^_^

Thursday 6 July 2017

TAKDIR part 1


Hasil carian imej untuk tepi laut senja

PANDANGAN matanya tertumpu pada sepucuk surat yang terletak di atas mejanya. tangannya dengan berhati-hati membuka surat tersebut. tiba-tiba jantungnya berdegup laju tatkala nama tunangannya tertera di atas surat tersebut.

"Allah... " sepatah kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. lututnya terasa lemah dan layu. Dia terduduk di birai katilnya. air matanya yang bergenang sedari tadi sudah mulai berguguran dengan deras. esak tangisnya mulai kedengaran.  sebentuk cincin yang di sertai di dalam surat itu di genggam kemas.

"Fatiha... Fatiha.. " kedengaran pintu biliknya di ketuk dari luar. tiada sahutan darinya. tiba-tiba pintu biliknya terbuka. kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 20-an sedang berdiri di sebalik pintu.

"Ya Allah, Fatiha. kenapa ni?"soal Tiara sambil merangkul kemas bahu sahabatnya itu.

"Zaki..." ujarnya pendek tidak mampu melanjutkan kata-katanya.

"Kenapa dengan Zaki?" soal Tiara lalu mencapai surat yang berada di atas lantai. mulutnya ternganga tatkala membaca isi kandungan surat tersebut. lantas dia mendapatkan sahabatnya yang masih di ulit kesedihan.

"Sabar ya Fatiha. mungkin kau dengan dia sudah tiada jodoh. Zaki sanggup putuskan pertunangan ni hanya kerana perempuan tu. maksudnya dia tidak sungguh-sungguh sayangkan kau. biarlah dia. kau kena kuat Tiha." ujar Tiara sambil menarik Fatiha ke dalam dakapannya.

kedengaran esak tangis Fatiha semakin kuat dan semakin rancak. sesekali tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangisan. Tiara cuba menangkan sahabatnya itu. niat sebenarnya menemui sahabatnya itu segera di matikan. Tiara memahami perasaan sahabatna itu ketika ini.


"ASSALAMUALAIKUM..." laungnya dari anak tangga. sesekali tangannya membetulkan tudungnya yang di tiup angin petang.

"Waalaikumussalam, Fatiha. bila sampai nak." ujar Cik Salmah sambil mendapatkan anaknya.

"baru je mak. Fatiha datang dengan Tiara. Fatiha balik ni ada benda yang nak di beritahu pada mak dan abah." ujar Fatiha. Tiara yang berada di sisi sekadar tersenyum sambil mengangguk perlahan.

"Kalau ya pun, masuklah dulu. mesti kamu berdua penatkan. " ujar Cik Salmah sambil mengajak anaknya naik ke atas rumah.

mereka mengekori Cik Salmah dari belakang. Tiara dan Fatiha melabuhkan punggungna di atas kerusi sambil melepaskan lelah setelah tiga jam perjalanan.

"Tiha tak kerja ke hari ni?"soal Cik Salmah sambil menuangkan minuman dan menghidangkan kuih di atas meja.

" Tiha ambil cuti hari ni mak. Tiha nak balik kampung jumpa mak dengan abah. Abah mana mak." soal Tiha sambil menjengah ke ruang dapur mencari kelibat ayahnya.

"Ayah kamu ke surau. ada program selepas asar tadi. sekejap lagi baliklah tu. Tiara, jemputlah minum. mak cik ke dapur sekejap." ujar Cik Salmah lalu meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

"Tiara, aku risau.." ujar Fatiha sambil menggenggam tangannya.

"In Shaa Allah, aku yakin mak dan ayah kau faham. kuatkan hati dan semangat kau ya." ujar Tiara sambil menggenggam tangan Fatiha, memberikan kekuatan buat sahabatnya itu.

"Assalamualaikum..."kedengaran satu suara dari muka pintu. tiba-tiba muncul seorang lelaki yang agak berusia sambil membawa sebilah pisau.

"Waalaikumussalam ayah.." ujar Fatiha lalu mendapatkan ayahnya, Haji Wan.

"Baru sampai ke Tiha?"soal Haji Wan dengan tenang. Fatiha sekadar mengangguk. Fatiha tidak mampu memandang mata ayahnya. tidak sanggup rasanya untuk dia mengungkapkan hal yang telah terjadi antara dirinya dengan tunangannya.

"tak apalah. marilah duduk. ayah pun masih penat lagi." ujar Haji Wan tenang.  mereka kembali duduk di meja utama.

"ayah, sebenarnya Fatiha ada benda penting yang Fatiha perlu beritahu ayah dan mak hari ni." ujar Fatiha.

"Macam penting sahaja bunyinya." ujar Cik Salmah yang tiba-tiba muncul sambil membawa segelas air kopi untuk suaminya.

"penting mak.. ayah, ini berkaitan dengan hubungan saya dan Zaki." Ujar Fatiha tersekat-sekat. di kerlingnya Tiara yang berada di sisi. Tiara sekadar tersenyum sambil mengangguk perlahan. memberikan kekutan buatnya untuk meneruskan kata-kata.

"Tak perlulah kakak berkata apa-apa lagi, kami sudah tahu." tiba-tiba muncul Borhan dari ruang dapur sambil mengesat peluhnya. Fatiha terkejut dengan kehadiran adik lelakinya yang tiba-tiba, namun kenyataan adik lelakinya itu lagi mengejutkannya. jantungnya terasa laju berlari. matanya tidak mampu menatap wajah orang tuanya.

kepalanya di tundukkan. air matanya mulai bergenang. tiba-tiba terasa bahunya hangat di rangkul. Dia mengangkat kepalanya memandang ke sisi. kelihatan ibunya sedang tersenyum manis kepadanya sambil merangkul tubuhnya.

"Maafkan Tiha, Tiha tak tahu macam mana nak cakap. Tiha dan malukan mak dan ayah. Maafkan Tiha." ujar Fatiha sambil menahan esak tangis. air matanya mulai gugur dengan deras. Borhan mengambil tempat di sisi ayahnya.

" Tidak mengapa nak. Mak dan ayah faham. mak dan ayah tidak marahkan kamu. bukan salah kamiu. jika kamu dengan Zaki terpaksa putus, bermaksud jodoh kamu dengan Zaki tidak ada. " ujar Cik Salmah lembut.

" Fatiha, ayah tidak marahkan kamu. ayah yakin di sebalik kejadian yang berlaku ada hikmahnya." ujar Haji Wan.

"Ala kak. buat apa nak menangis untuk lelaki buaya macam dia tu. sepatutnya akak bersyukur sebab Allah dah tunjukkan siapa si Zaki tu yang sebenar. belum kahwin dah buat hal, kalau dah kahwin nanti macam mana." ujar Borhan sambil mengenggam penumbuk. kedengaran nada suaranya yang sedikit tidak puas hati.

Fatiha tersentak dengan kata-kata adik kembarnya itu.

"Sudahla, Fatiha dan Tiara pergilah rehat dulu. lagi pula dah petang ni."  ujar Cik Salmah.


"selamat pagi mak cik." ujarTiara sambil membantu menyusun kuih muih ke dalam pinggan.

"Ouh Tiara. Fatiha sudah bangun?"soal Cik Salmah.

"Fatiha lepas subuh tadi sudah tiada di bilik, saya sangka dia tolong mak cik di dapur. "

"Tak ada pula Fatiha ke sini." ujar Cik Salmah.

"Mak... " kedengaran suara Fatiha dari belakang rumah sedang menjerit di selang seli dengan suara gelaka ketawa.

Cik Salmah dan Tiara mengorak langkah menuju ke pintu belakang rumah. kelihatan Fatiha sedang menyembunyikan dirinya di sebalik dinding kayu manakala Borhan sedang memegang getah air. tubuh Borhan sudah lecun di basahi air sabun.

" Ya Allah kamu berdua ni. dah besar pun masih lagi perangainya macam kanak-kanak." ujar Cik Salmah sambil menggelengkan kepala. Tiara tergelak kecil melihat tingkah Fatiha yang mengelak dirinya dari di pancut air oleh Borhan.

"Akak ni ha. pergi simbah Han dengan air sabun. habis basah baju Han." ujar Borhan . tangannya masih ligat mengacu air ke arah Fatiha.

"Ala, air sabun je, kau pun belum mandi lagi kan. " ujar Fatiha sambil tergelak besar.

"Siap kau kak. aku basahkan kau pula." Baldi kosong di sisinya di penuhkan dengan air.

"Mak tengok Borhan." ujar Fatiha berhati hati tatkala melihat baldi di sini kembarnya semakin penuh.

"Ambik ni"  tangan Borhan melemparkan air di dalam baldi ke arah Fatiha. namun Fatiha sempat mengelak. tanpa di sedari susuk tubuh yang baru tiba di belakang Fatiha telah menerima simbahan air dari Borhan.

"Alamak, abang Man. sorry abang Man." ujar Borhan lalu mendapatkan Aman yang sudah basah kuyup di simbahi air. Aman sekadar tergelak.

"tak apalah Han." Aman memerah bajunya yang lecun untuk mengurangkan kebasahan.

"Ya Allah Borhan, kan dah basah Aman tu." ujar Cik Salmah. Fatiha terkedu tatkala mendengar nama yang tidak asing baginya. Dia mencuri pandang ke arah susuk  tubuh yang di maksudkan.

"Amanuddin.." bisik hati kecilnya...

Sunday 26 February 2017

Menagih sekuntum cinta

Hasil carian imej untuk kekasih
rantaian kasih kian berjuntaian...
himpunan kata-kata rindu semakin membara meniti di bibir,
rasa kasih dan cinta menjadi ratapan ku saban hari,
hamparan nota-nota silam menjadi kenangan ku,
wajahmu terbayang menepis realiti yang mahu menerpa...

duhai sayang,
langit nan biru tetap dengan warnanya,
deruan ombak masih memutih buihnya,
kicauan burung masih merdu kedengaran,
namun mengapa,
dirimu menjadi bayangan yang sukar untuk aku dapatkan..

duhai kasihku,
semakin sukar aku menggapaimu,
semakin jauh untuk aku mendekatimu,
semakin sakit perjalananku kepadamu,
adakah hati ini tidak cukup mencintaimu,
adakah hati ini tidak cukup merinduimu,
adakah rasa ini hanyalah sebuah kepura-puraan...
yang telah membuatkan cintamu begitu payah ku hampiri..

duhai cintaku,
hamparan syahdu menjadi ratapanku,
deraian air mata menjadi peneman di kala sunyi,
alunan merdu ayat-ayatmu menjadi pengubat rindu yang menggunung..
aku masih menanti..
aku masih menunggu,
saat dan waktu,
agar aku dapat kembali bersama ..
agar aku dapat kembali merasakannya..
agar aku dapat kembali ketenangan yang tertanam lama...

duhai pemilik seluruh hati,
tetapkanlah hatiku tetap kepadamu..
tetapkanlah jalanku kekal di atas redha mu..
izinkan insan ketandusan kasih ini...
menagih cinta dan meratap rindu kepadamu..
tariklah daku kembali,
pilihlah diri ini kembali...
aku masih merindui
tarbiah cinta yang manis dan indah...
sentuhan kasih,
yang tidak menyakitkan malah menenangkan...

Hasil carian imej untuk cinta hakiki

Wednesday 22 February 2017

cinta saya

Hasil carian imej untuk cinta

Assalamualaikum, Allah.. terasa sudah terlalu lama tangan ini tidak menaip entri di dalam blog ni. masa yang sangat sangat cemburu dengan diri saya membuatkan saya tidak dapat mengisi setiap ruang kekosongan dalam blog ini dan menambah baik kekurangan yang ada..

ya... cinta, semua orang pernah merasainya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja..

kita sering mendengar orang tua- tua ada berpesan jangan terlalu membenci nanti boleh jatuh cinta. saya tidak menafikannya. kerana itu yang terjadi dengan diri saya sendiri. kenapa saya nak berbicara soal ini? hmmm... tidak ada sebab yang tertentu sebenarnya. cuma saya lebih tertarik dengan tajuk ini. mungkin sebilangan dari para pembaca juga memiliki kisah-kisah tersendiri mengenai topik ini.

saya tidak mahu mengganggu privasi para pembaca semua. bagi saya setiap orang ada kisah mereka. bagaimana dengan dunia percintaan saya?? hmmm, jujur, saya masih tidak memahami apa tu cinta yang sebenarnya. walaupun  kehidupan saya sering kali di isi dengan cinta yang sering kali bertukar.

cinta.. ya cinta.. sesuatu ungkapan yang sangat indah walaupun ianya hanyalah sebaris perkataan yang mengandungi huruf c.. i...n..t dan a.. namun tatkala ia di sebut di bibir, terasa hati seakan terbang dan melayang. bukan mahu melebih-lebih, tapi sebenarnya itulah yang terjadi.

salah ke bercinta?? hmmm, bagi saya tidak salah asalkan tidak berlakunya kezaliman dalam percintaan. bagaimana? tatkala kita terlalu taksub dengan cinta, sehingga lupa dengan sesuatu yang wajib kita dahulukan, itu di namakan zalim. tatkala kita terlalu memenuhi kehendak percintaan sehingga lupa untuk menjaga hati dan perasaan kita sendiri, itu di namakan zalim. ya, bercintalah.. saya setuju.. cinta itu perlu.. ya.. cinta itu perlu.

saya pernah bercinta, dan hampir menuju ke stage seterusnya, tapi jodoh kami tak panjang. dan kehendakNYA lebih indah. terkadang ujian yang datang di dalam sesuatu perhubungan bukanlah sebuah penghalang, tapi sebenarnya cara-cara dan langkah untuk kita lebih mengenali pasangan kita.

tidak semua yang kita harapkan dan kita impikan menjadi satu kenyataan.. jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi dalam sebuah perhubungan yang kita sendiri tidak pasti bagaimana penghujungnya namun kita boleh merancang untuk melangkah ke peringkat yang lebih baik..

Hasil carian imej untuk kahwin

Semua pasangan menginginkan hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.. ya saya juga.. namun pada saat ini, ada sesuatu yang lebih saya utamakan.. iaitu pelajaran saya yang masih berbaki 2 tahun. in shaa Allah, tamat sahaja belajar ini, saya akan memutuskan ke pringkat seterusnya..

jodoh?? calon? dalam islam kita sendiri di galakkan untuk memilih dalam mencari pasangan. bukan kerana cerewet tapi kerana pemilihan daripada aspek yang baik, itulah yang akan membantu kita dalam mengekalkan hubungan rumah tangga..

kenali latar belakang keluarganya, kenali sikapnya, risiklah tingkahnya, dan cuba untuk memahami pasangan anda..

saya?? in shaa Allah, segala pemilihan saya serahkan pada orang tua saya. walaupun saya memiliki pilihan yang sendiri, tapi persetujuan dan restu mereka yang paling utama.. in shaa Allah, semoga mimpi ini menjadi kenyataan. namun, jika ianya hanya angan-angan, saya cuma berharap ia lebih baik buat saya..

sampai sini sahaja catatn saya. jam sudah merangkak ke jam 12 malam. dan saya ada kelas pagi pada esok hari. in shaa Allah, i will keep in touch .... thanks sebab sudi baca blog saya walaupun x sempurna. semoga terhibur...