Posts

Showing posts from January, 2013

salam maulidurrasul

Image
assalamuaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian.. alhamdulillah kia masih dapat bersua  sekali lagi.. kawan-kawan baru-baru ni kita umat islam ada meraikan satu sambutan yang amat bermakna buat kita semua.. mesti kawan-kawan dapat menekanya... yup...baru-baru ni kita telah menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah .S.A.W,,  mungkin ada segelintir masyarakat menganggap ini satu perkara yang tidak di lakukan pada zaman baginda... namun salahkah jika kita menyambut hari kelahiran baginda, seorang insan yang amat mulia dan amat kita sayangi.. alhamdulillah, sewaktu tarikh 12 Rabiulawal ini kita semua dapat bercuti di rumah.. saya yakin mesti ada di antara kawan-kawan yang meraikannya di masjid bersama ahli keluarga dan saudara sesama islam yang lain... pada tahun ni saya tidak dapat meraikannya di masjid seperti sebelum ini, namun alhamdulillah saya masih dapat berselawat bersama-sama rakan-rakan saya di sekolah... kawan-kawan, mesti kawan-kawan akan terkenangkan saat manis ...

malam ini.

malam itu gelap, siang itu terang, malam itu malap, siang itu menyinar, malam itu sunyi, siang itu tenang, malam itu sepi, siang itu meriah, malam itu manusia lena, siang itu manusia bekerja, malam itu manusia bersantai dan bersuka, siang itu manusia berhempas pulas dan berusaha... jika malam dan siang sentiasa diisi dengan hal dunia.. bila agaknya ia diisi untuk beribadah kepada Allah? jika siang dan malam sudah penuh diisi dengan lembaran catatn kesibukan, bila agaknya catatan itu mempunyai ruang kosong untuk diisi dengan rayuan dan rasa kehambaan kepada Allah? siapa agaknya yang sanggup mengorbankan siang dan malam mereka, walau hanya sesaat untuk beribadah kepada Allah? adakah saya? adakah anda? sudah tentulah kita semua... tapi bila? adakah esok? adakah lusa? sudah tentulah sekarang.. malam ini kita tersenyum gembira, malam ini kita melihat bintang di langit bersinar indah, malam ini kita lihat wajah saudara kita, keluarga kita, tersenyum.. namun, adakah esok kita boleh melihat ha...

sahabatku

duhai sahabat, duhai adikku, engkau pergi meninggalkan ku, engkau pergi tanpa sempat aku temui, langkahmu mula terorak tanpa ku temani, senyumanmu belum sempat ku tatap, wajahmu belum sempat ku pandang, duhai sahabat, duhai teman, ku sesali diriku, hanya kerana hal dunia ku lupakanmu, hanya kerana hal dunia ku bairkanmu, maafkan ku duhai adikku, maafkan aku duhai sahabatku, duhai adikku, air mata kakak mengalir lagi, hati kakak bertambah pilu dan sayu, kakak sesali perbuatan kakak, adik... semoga adik berjaya menjalani kehidupan adik, semoga adik berjaya dalam perjuangan adik, semoga ilmu yang adik kejar... semoga ilmu yang adik timba... adik peroleh dengan penuh keberkatan.. duhai adikku, duhai sahabatku, dirimu merupakan permata dan mahligai buatku, dirimu merupakan seorang insan.. yang menggalas dua gelaran... di dalam hatiku.. duhai sahabatku, duhai adikku.. semoga kita bertemu lagi.. catatan akak tidak pernah terhenti.. doa akak tidak pernah berhenti.. harapan akak tidak pernah t...

saya minta maaf

Image
Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca yang amat saya sayangi.. terima kasih kerana masih sudi membaca entri saya.. mohon maaf kerana blog saya semakin lemah kerana saya kesuntukan masa untuk mengisi ruang blogg ini.. namun untuk kali ini bagi tidak menghampakan kawan-kawan saya ingin menceritakan tentang satu hal yang kita sering terlepas pandang. ya.. satu ayat yang begitu mudah di ucapkan namun kerana keegoan ia menyukarkan lisan untuk berbicara.. "saya minta maaf" itulah sebaris ayat yang begitu sinonim dengan kehidupan kita. sebaris ayat ni akan di tuturkan apabila kita melakukan kesilapan.. mungkin di anatara kita menganggap bahawa ia merupakan satu ayat yang mudah di tuturkan namun apabila suatu masalah terjadi dan kita sukar mengakui kesalahan kita ayat ini merupakan satu ayat yang begitu sukar untuk di ucapkan.. kawan-kawan, saya berbicara di sini sama seperti saya menasihati diri saya sendiri.. sebagai seorang manusia kita tidak pernah terlepas daripada satu s...

langkah

langkah ini masih terus terukir, siang dan malam mengorak tanpa henti, tatkala kelesuan, tatkala keletihan, hanya zikir dan tasbih meniti di bibir, tatkala kesejukan, tatkala kedinginan, hanya air mata yang mengalir, menghangatkan diri, kadang kala langkah ini di uji dengan onak dan duri, membuatkan diri tidak lekang dari meminta dan memuji, kadang kala langkah ini di uji dengan keenakan dan kedamaian, membuatkan diri terasa tidak mahu mengorak lagi namun memikirkan keindahan yang berada di akhir jalan, membuatkan langkah kaki harus tetap di ukir, walau seberat mana beban di galas, walau seperit mana kehidupan sepanajang perjalanan, ia masih mahu terus melangkah tanpa henti.. semoga perjalanan ini di redhai, dan keindahan yang hakiki dapat di kecapi.. amin...

mimpi itu

dimanakah ibu? dimanakah ayah? dimanakah aku sekarang? mengapa pembaringanku hanya tanah yang kering...... mengapa atap pembaringanku gelap dan ruangnya sempit.. dimana tilam empukku... dimana bantal tempat aku melenakan mata?? mengapa pakaianku putih??? mengapa aku diikat?? dimana pakaian mewahku yang selama ini menghiasi tubuhku?? dimanakah perhiasan indah yang selama ini mengindahkan diriku?? mengapa disini sunyi sepi... mengapa disini tiada cahaya? mengapa disini begitu gelap dan suram... dimana rakan-rakanku.. dimana kekasihku.. dimana kekayaanku??? dimana kemewahanku... "Ya Allah....." mengapa baru kini ku sebut namaNYA... "Ya Allah...bantulah hambamu ini..." mengapa baru sekarang aku mengaku aku makhluknya.. bukankah selama ini aku angkuh dengan kekayaanku.. "Ya Allah...kau maha berkuasa..." mengapa baru sekarang aku mengkui kekuasaannya... bukankah selama ini aku angkuh ...

couple itu haram

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan dan para pembaca yang tidak pernah jemu menantikan entri terbaru saya. alhamdulillah, saya masih dapat menulis catatan pada blogger ini setelah sekian lama menyepi. kesuntukan masa semenjak musim persekolahan membuatkan saya tada kesempaatan untuk menulis. tapi tidak mengapa, insyaAllah niat saya untuk terus menulis dan menyampaikan sesuatu hal yang bagi saya amat penting tidak aakn saya tinggalkan. kawan-kawan, hari ini saya ingin berbicara tentang apa sebenarnya hukum couple. mengapa agaknya saya memilih tajuk ini? keadaan sekeliling saya yang mejorotinya menunjukkan suasana alam bercouple membuatkan saya tertarik untk menulis mengenai itu.  sebenarnya bukan istilah couple itu yang saya takuti, namun sikap remaja yang sudah jauh tersasar dan tiada rasa gerun terhadap azab Allah membuatkan saya rasa terpanggil untuk menyentuh tajuk ini. kawan-kawan, dalam islam tidak melarang kita uintuk saling sayang-menyayangi dan suka antara sat...