Posts

Showing posts with the label DAKWAHKU

jom solat

Image
Assalamualaikum kawan-kawan. apa khabar kawan-kawan hari ini? semoga sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. ouh ya, jam dah menunjukkan 7.38 minit pagi. kawan-kawan dah solat subuh belum? dah lewat sangat ni. kalau belum, cepat solat.. kawan-kawan, solat merupakan tiang agama. cuba kawan-kawan fikirkan sebuah rumah yang tiada tiangnya.. apa akan jadi pada rumah tersebut? roboh bukan.. begitu juga iman kita.. jika kita tidak solat, iman kita mudah goyang apabila di hasut oleh syaitan. kawan-kawan, jika kawan-kawan cakap penat untuk solat cuba kawan-kawan fikirkan, kita solat sehari semalam hanya lima waktu sahaja. cuba kita anggarkan satu solat kita hanya manfaatkan 5 minit sahaja, kalau 5 solat fardhu, kita baru memanfaatkan 25 minit sahaja. sedangkan satu hari kita ada 24 jam. jadi selebihnya kita ada 23 jam 30 minit. betapa banyaknya masa yang kita ada untuk mengejar dunia.. namun jika di bandingkan bantuan Allah kepada kita, ianya lebih besar daripada amal ibadah kita. k...

JOM DHUHA..

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. semoga kawan-kawan sihat sejahtera pada hari ini. bagi yang kurang sihat, semoga cepat sembuh ya.  ^_^ . kawan-kawan cuba kawan-kawan tengok jam pada saat ini, jam saya sudah menunjukkan pukul 8.49 pagi. Jadi apa kata kita solat sunat Dhuha jom. Apa itu solat sunat Dhuha? solat sunat Dhuha adalah solat sunat dua rakaat yang di lakukan pada waktu pagi sebelum munculnya zuhur.  tujuan solat ini di lakukan adalah bagi di mudahkan rezeki kita sepanajang hari. tak lama kawan-kawan, cuma dua rakaat aja dan mungkin tidak sampai 10 minit. kawan-kawan, dahulu saya amat bera dan susah sekali mengerjakan solat sunat Dhuha, maklumlah baru berjinak-jinak dengan solat sunat ini sebab saya selalu melihat emak saya menunaikannya. namun setelah beberapa minggu melakukannya alhamdulillah ia sudah menjadi rutin harian saya jika tiada rintangan. kawan-kawan, kalau kawan-kawan cuba solat sunat Dhuha ini insyaAllah kawan-kawan akan merasa tenang hati da...

perpisahan

Image
assalamualaikum kawan-kawan. Baru-baru ini saya di kejutkan dengan sebuah berita kematian adik angkat saya yang berpunca daripada kemalangan motorsikal. walaupun saya dengan dia tidak begitu rapat, namun saya amat mengenali peribadi arwah. arwah merupakan seorang pelajar yang baik dan tidak terlalu banyak berkata-kata. semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisiNYA. Kawan-kawan, kematian yang menimpa tidak dapat kita teka dan kita jangkakan. tanpa kita sedari ia berlaku dalam sekelip mata. jika hari ini kawan kita pergi meninggalkan kita, bilakah masanya untuk kita? mungkinkah esok, lusa atau minggu depan? kita tidak tahu. kawan-kawan, jika berbicara tentang kematian, hati kita bakal gerun dan takut. ini kerana kita sudah sedia maklum dengan dunia kedua yang bakal kita tempuh iaitu alam kubur. alam kubur yang diisi dengan sesi persoalan. kawan-kawan, sesungguhnya kita telah tahu soalan yang bakal di tanyakan, namun jawapan itu bukanlah kita yan...

Aurat

Image
Assalamualaikum kawan-kawan yang setia bersama saya.. pada hari ini saya ingin bercerita tentang satu hal yang amat penting dan ia berkaitan dengan kaum perempuan. Kawan-kawanku yang berjantina sama dengan ku... sebelum agama islam datang, kita di anggap hina oleh masyarakat, namun apabila islam datang, maruah kita di angkat tinggi. pelbagai cara dan peraturan di berikan kepada kaum hawa agar diri ini terpelihara. salah satunya adalah bahagian aurat. kawan-kawan, aurat merupakan hal yang penting bagi kita. apabila kita memelihara aurat kita diri kita akan terpelihara daripada hal yang buruk. aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. kawan-kawan janganlah merungut apabila kita di perintahkan menutup aurat kerana cuba kawan-kawan fikir, apalah sangat kepanasan dan ketidak selesaan kita menutup aurat berbanding harga diri dan keselamatan diri kita.  saya sering melihat saudara sejantina saya berpakaian seperti ini.. rasa-rasanya apa yang salah daripada pakaian...

Neraka

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog pena setia. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali pada catatan yang seterusnya. Baru-baru ini saya ada terjumpa sebuah buku kepunyaan saya sendiri yang sudah lama saya biarkan dan tidak saya sentuh. namun pada masa itu saya sangat tertarik apabila terbaca kembali tajuk buku tersebut iaitu "80 sebab manusia masuk neraka". Alhamdulillah setelah saya baca isi kandungannya banyak hal-hal yang sering kita lakukan namun tidak kita ketahui bahawa ia tergolong dalam sebab-sebab manusia masuk neraka. jadi pada hari ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua akan sebab-sebabnya. sebab kemasukan manusia kedalam neraka: 1)orang yang melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan keluarga(silaturrahim) 2)penggambar 3)menuduh wanita mukmin yang berkeadaan terpelihara dan tiada berniat curang 4)wanita yang memakai cemara(rambut palsu) 5)wanita yang meminta memakai cemara(rambut palsu) 6)sesiapa yang menyembunyi...

MASA

Image
assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca yang amat saya hormati.. alhamdulillah kita bertemu lagi setelah beberapa minggu saya tidak mengisi ruangan blog saya ini.. hmm.. apa khabar kawan-kawan semua? semoga kawan-kawan sihat selalu dan sentiasa di lindungi Allah dari hal-hal yang lagho insyaAllah. mesti kawan-kawan tertanya-tanya apakah tajuk catatan saya pada kali ini? baiklah pada kali ini saya lebih berminat untuk mengupas tentang satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. cuba kawan-kawan renungkan gambar di bawah,insyaAllah kawan-kawan dapat meneka dengan tepat tajuk catatan saya pada kali ini. hmm... benar sekali apa yang kawan-kawan teka. saya hari ini lebih tertarik untuk berbincangkan tentang MASA. agak-agaknya mengapa saya mahu berbicara tentang MASA?  saya ingin berbicara tentang masa kerana saya menyedari bahawa masa itu amat penting. mungkin kawan-kawan ada akaun laman sosial facebook,twitter,myspace dan sebagainya bukan. samalah dengan saya. daya tarikk...

Al-quran

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi buat kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya.. terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawati blog saya yang sederhana ini.. alhamdulillah... pelbagai idea dan buah fikiran di kurniakan kepada saya agar dapat menambah baik kandungan blog saya ini... terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberikan komen dan pandangan terbuka kepada saya.. baiklah,pada hari sabtu hari cuti ini saya lebih berminat untuk menceritakan tentang sebuah kitab yang menjadi pegangan kita sebagai umat islam.  ya Al-quran.. baginda rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa barangsiapa yang berpegang pada Al-quran dan hadis maka tidak sesat baginya.. alhamdulillah... berdasarkan sabda baginda Rasulullah s.a.w ini dapatlah kita fahammi bahawa sesiapa yang berpegang teguh dengan al-quran dan hadis tanpa sedikit keraguan insyaAllah tidak akan sesat bagi mereka.. jadi marilah kawan-kawan kita jadikan al-quran dan hadis ini sebagai satu pegangan kehidupan kita.....

duhai kekasihku

Image
Duhai kekasih hati, wajahmu menjadi igauanku, akhlakmu membuatkan aku terpikat, perjuanganmu membuatkan hatiku sayu, kasih sayangmu membuatkan cintaku padamu menebal, duhai kekasihku, namamu menjadi sebutan orang di sekelilingku, ajaranmu menjadi peganganku dan saudaraku, kitabmu menjadi pegangan kami, sunnah mu menjadi amalan kami , duhai kekasihku, pemergianmu menjadi tangisan ramai manusia, tiada ruang untukku bertemu denganmu, hanya dalam doaku ku panjatkan, agar aku mampu bertemu denganmu, duhai kekasihku, layakkah aku bersama denganmu, sedangkan kelalaian banyak memenuhi ruang harianku, dan amalan baik banyak aku siakan, layakkan aku menatap wajahmu, wajahmu yang mulia dan bercahaya, lebih indah daripada bulan dan bintang yang menerangi pada malam hari duhai kekasihku, salamku ku utuskan siang dan malam, doaku agar benih cintaku buatmu akan tetap bercambah, agar mampu menjadi sepohon cinta yang kekal mekar dalam hatiku. duhai kekasihku, aku rindu ingi...

tanggungjawab

Image
setiap manusia memiliki amanah yang perlu di kerjakan. Assalamualaikum kawan-kawan. hari ini alhamdulillah banyak idea yang muncul dalam fikiran. pada kali ini saya ingin bercerita tentang tanggungjawab. apa itu tanggungjawab ya. tanggungjawab adalah satu amanah yang di berikan kepada kita. kawan-kawan sebenarnya setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu di laksanakan. janga pernah berfikir bahawa amanah ini hanya di berikan kepada pemimpin,pengawasmguru dan sebagainya. tapi sebagai seorang insan biasa kita juga mempunyai amanah. iaitu kita di berikan amanah untuk mendidik diri kita dan membawa diri ke arah kebaikan. itu bagi insan biasa. namun bagi pemimpin ataupun pengawas kita mempunyai tanggungjawab yang lebih berat iaitu bukan sekadar menbawa diri kearah kebaikan tetapi juga orang di sekeliling kita. keberatan tanggungjawab ini yang saya rasai sekarang. hal ini keraan saya merupakan seorang pengawas di sekolah. walaaupun hanya seorang pengawas sekolah,namun se...