Al-quran

Assalamualaikum dan selamat pagi buat kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya.. terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawati blog saya yang sederhana ini.. alhamdulillah... pelbagai idea dan buah fikiran di kurniakan kepada saya agar dapat menambah baik kandungan blog saya ini... terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberikan komen dan pandangan terbuka kepada saya..

baiklah,pada hari sabtu hari cuti ini saya lebih berminat untuk menceritakan tentang sebuah kitab yang menjadi pegangan kita sebagai umat islam.
 ya Al-quran.. baginda rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa barangsiapa yang berpegang pada Al-quran dan hadis maka tidak sesat baginya.. alhamdulillah... berdasarkan sabda baginda Rasulullah s.a.w ini dapatlah kita fahammi bahawa sesiapa yang berpegang teguh dengan al-quran dan hadis tanpa sedikit keraguan insyaAllah tidak akan sesat bagi mereka.. jadi marilah kawan-kawan kita jadikan al-quran dan hadis ini sebagai satu pegangan kehidupan kita.. mungkin kawan-kawan tertanya apa yang di maksudkan pegangan bagi ayat saya itu bukan.

baiklah,pada zaman baginda Rasulullah s.a.w, apabila umat islam mempunyai masalah mereka dapat merujukkan masalah mereka kepada baginda Rasulullah s.a.w namun pada masa kini,baginda Rasulullah telah lama meninggalkan kita.. oleh itu dengan adanya Al-quran kita dapat merujuk segala-galanya dalaM Al-quran.

jika pada zaman baginda Rasulullah s.a.w al-quran mudah di fahami walaupun dalam bahasa arab,namun siapalah kita.. ilmu hanya sedikit dan belum mampu menguaisai bahasa arab. Alhamdulillah, telah muncul golongan-golongan ulama' yang mengisi masa mereka untuk menterjemah Al-quran bagi kemudahan kita semua.. oleh itu jangan kita hanya membaca Al-quran semata-mata tanpa mengetahui maksudnya.

Ada sesetengah golongan mengatakan bahawa jangan mencampurkan hal-hal agama dengan hal-hal politik,sosial,mahupun kehidupan harian.. bagi mereka agama adalah solat,puasa,haji dan yang seumpama dengannya..  mengapa kita katakan begitu?? Al-quran merupakan wahyu yang di turunkan kepada baginda Rasulullah apabila masalah timbul pada zaman baginda.. adakah hanya masalah agama saja yang di ajukan kepada baginda? sudah semestinya tidak... semua hal yang terjadi samaada hal agama,politik mahupun ekonomi terkandung dalam Al-quran.. secara kesuluruhannya segala kehidupan dan dari hal solat hingga hal pentadbiran segala-galanya terkandung dalam Al-quran.. jadi mengaap kita suka-suka mengatakan jangan mencampurkan hal agama dengan hal luaran.. sungguh...

kawan-kawan, saya pasti kawan-kawan pernah merasakan ketidak tenangan hati bukan? saya juga sama dengan kawan-kawan.. apa yang mampu saya kongsikan adalah apabila kita merasa tidak tenang, kita boleh  membaca al-quran..  Al-quran merupakan susunan ayat yang amat indah yang mampu menenangkan hati bagi mereka yang mendengar lebih-lebih lagi bagi mereka yang membaca.. jadi mengapa tidak kita mengamalkannya sebagai satu amalan..

sebuah rumah yang diisi dengan alunan ayat Al-quran akan terang benderang manakala rumah yang diisi dengan alunan muzik dunia akan kelihatan suram dan malap.. segalanya dapat kita perhatikan sendiri.. jadi mengapa tidak kita terangkan rumah kita dengan cahaya Al-quran?? kawan-kawan, saya berkata sebegini bukan bermaksud saya telah melakukan segalanya,saya juga sama dengan kawan-kawan.. pada saat ini saya  sedang berusaha untuk menjadikan Al-quran sebagai teman hidup saya yang kekal abadi... insyaAllah...

baiklah kawan-kawan,nampaknya hanya sampai sini saja perkongsian saya tentang Al-quran.. insyaAllah  saya akan berkongsi akan hal yang lain pada masa akan datang.. baiklah.. Assalamualaikum kawan-kawan// ^_^

    

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu