assalamualaikum

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..
salam-salam hai saudaraku semoga Allah merahmatimu..
salam-salam wahai semua semoga hidup jadi bahagia..

Assalamualaikum kawan-kawan semua.. alhamdulillah kita bersua kembali. cuba kawan-kawan baca bait-bait lagu yang tertera di atas. lagu itu bertajuk Assalamualaikum yang di nyanyikan oleh opik penyanyi indonesia. hari ini saya berminat untuk berbicara tentang salam.

kawan-kawan yang saya sayangi,pada waktu sekarang ni pemberian salam semakin pudar dalam masyarakat islam. kebanyakan kita lebih selesa menggunakan perkataan "hai" "hello" dan sebagainya. mengapa kita tidak menggunakan perkataan arab yang sudah di gunakan sejak dahulu lagi iaitu "ASSALAMUALAIKUM"

 kawan-kawan, pada zaman rasulullah dahulu para sahabat berebut-rebut mahu mengungapkan salam terlebih dahulu sebelum baginda Rasulullah,namun walaubagaiaman pun baginda rasulullah sentiasa menjadi yang pertama mengungkapkan salam. cuba kawan-kawan fikirkan baginda Rasulullah sendiri sentiasa menjadi yang pertama dalam mengungkapkan salam,mengapa kita tidak mahu mengungkapkan salam tetapi lelbih selesa menggunakan perkataan seperti "hello" "hai" dan sebagainya..

duhai kawan-kawan dan para pembaca yang saya sayangi, di sebalik pemberian salam ini terkandung satu rahsia iaitu tatkala kita mengungkapkan salam kita telah mendoakan kesejahteraan orang itu dan apabila dia menjawab kembali salam kita dia juga telah mendoakan kesejahteraan kita. tanpa kita sedari dalam perjalanan kehidupan kita ramai orang telah mendoakan kesejahteraan kita dengan hanya memberikan salam.

menjawab salam merupakan satu perkara yang wajib di lakukan apabila seseorang telah memberikan salam kepada kita. salah satunya bertujuan bagi menjaga hubungan antara sesama muslim. seterusnya dengan menjawab salam kita seolah-olah telah mendoakan kesejahteraannya juga. bagi mereka yang menganggap salam ini merupakan satu perkara yang remeh. segeralah buang tanggapan tersbeut. bukalah mata kita besar-besar. jika kita menggunakan perkataan hai atau hello,apakah maksudnya itu? adakah ia mendoakan kesejahteraan kita seperti mana yang erkandung dalam ungkapan salam? sudah tentu tidak. jadi apa dia kebaikan perkataan hello dan hai iitu. mengapa tidak kita menggunakan perkataan salam dalam menegur seseorang insyaAllah sesuatu perhubungan bakal berkekalan.

baiklah sampai sini sahaja entri saya mengenai pemberian salam. dan saya ingin mnegaskan bahawa pemberian salam lebih mulia daripada perkatan barat. jadi amalkanlah ia dan sebarkanlah ia agar kita bersama-sama mendapat keberkatan.  amin~~

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu