duhai kekasihku

Duhai kekasih hati,
wajahmu menjadi igauanku,

akhlakmu membuatkan aku terpikat,
perjuanganmu membuatkan hatiku sayu,
kasih sayangmu membuatkan cintaku padamu menebal,

duhai kekasihku,
namamu menjadi sebutan orang di sekelilingku,

ajaranmu menjadi peganganku dan saudaraku,
kitabmu menjadi pegangan kami,
sunnah mu menjadi amalan kami,

duhai kekasihku,
pemergianmu menjadi tangisan ramai manusia,
tiada ruang untukku bertemu denganmu,
hanya dalam doaku ku panjatkan,
agar aku mampu bertemu denganmu,

duhai kekasihku,
layakkah aku bersama denganmu,
sedangkan kelalaian banyak memenuhi ruang harianku,
dan amalan baik banyak aku siakan,
layakkan aku menatap wajahmu,
wajahmu yang mulia dan bercahaya,
lebih indah daripada bulan dan bintang yang menerangi pada malam hari

duhai kekasihku,
salamku ku utuskan siang dan malam,
doaku agar benih cintaku buatmu akan tetap bercambah,
agar mampu menjadi sepohon cinta yang kekal mekar dalam hatiku.

duhai kekasihku,
aku rindu ingin bertemu denganmu,
aku rindu ingin menatap wajahmu,
aku rindu ingin meluahkan kata hati yang begitu mencintaimu,
aku rindu pada kemerduan suaramu,
aku rindu akan ketabahan dan kesabaranmu.

duhai kekasihku,
aku umatmu yang menagih cintamu,
harapkan dirimu mahu menyambutnya,
duhai kekasihku Rasulllah

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu