siapa dia?
Assalamualaikum kawan-kawan semua. apa khabar? harap-harap semuanya sihat sejahtera.
baiklah dapatkah kawan-kawan semua meneka siapakah insan di dalam gambar yang saya letak dalam entri ini? sudah tentu 100% diantara kawan-kawan dapat meneka siapakah individu dalam gambar ini bukan. ibu dan ayah merupakan individu yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. ada di antara kita yang masih memiliki kedua-dua insan ini dan ada juga diantara kita yang sudah kehilangan salah seorang diantara mereka atau kedua-duanya sekali.
ibu dan ayah merupakan insan yang paling hampir dengan kita. mereka yang menjaga dan mendidik kita sejak kita kecil sehingga kita meningkat dewasa dan sehingga kita berumah tangga. tanpa kita sedari pada waktu kecil ibu merupakan seorang doktor,seorang guru dan seorang kekasih yang paling hampir dengan kita manakala ayah merupakan insan yang sentiasa memenuhi keperluan kita tanpa rasa lelah. pernahkah kita terfikir, pernahkah mereka merungut tatkala kita menangis pada waktu malam? pernahkah mereka mengeluh tatkala kita merengek inginkan mainan? pernahkah mereka marah-marah apabila kita berkelakuan nakal? sudah tentu tidak.. kita di jaga dengan penuh kasih sayang. dan di dalam padangan mereka dan fikiran mereka adalah ingin melihat kita bangkit membesar dan menjadi insan yang berguna..
tatkala kita meningkat dewasa,kita telah berkenalan dengan individu yang di panggil teman.. dan pada saat itu kita semakin jauh dari ibu dan ayah,dan kita semakin rapat denga teman. segala masalah yang kita hadapi kita share dengan kawan-kawan.. sehinggakan kita merasakan rakan insan yang paling penting. dan apabila ibu bapa menegur dan memarahi kita,kita mula merasakan bahawa ibu bapa tidak pernah menyayangi kita sedangkan merekalah insan yang sentiasa memberikan kasih sayang kepada kita sewaktu kita kecil bukan teman. betul kan.
ibu bapa sentiasa menyayangi kita,sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. tanpa kita sedari dan menyedarinya. pernahkah kita melihat air mata ibu bapa kita mengalir? mungkin agak sukar kerana mereka merupakan insan yang tabah. kita sentiasa melukakan hati mereka dan mereka menahannya di dalam hati. pernahkah kita terbayangkan satu saat tatkala kita sedar akan segala kesilapan kita,dan kita pulang ke rumah dan mendapati rumah ayah dan ibu di penuhi ramai orang. dan apabila melangkah masuk 2 kujur tubuh di selimuti kain putih. pada saat itu tiada apa yang boleh kita lakukan lagi. air mata yang mengalir tidak mampu mengembalikan dua insan yang amat berharga dalam hidup kita..
tapi apa yang boleh saya katakan adalah walaupun kita telah melakukan seburuk-buruk perlakuan,tapi hati seorang ayah dan seorang ibu akan tetap memaafkan kesaahan anak-anaknya. namun apabila hati seorang ibu dan ayah telah terluka kita akan di gelar anak derhaka.. jadi duhai teman yang saya sayangi,segeralah memohon maaf kepada mereka.

Comments
Post a Comment