matrikulasi itu best..

Assalamualaikum,.. alhamdulillah, kita masih dapat bersua lagi. 

Rasanya dah lama sangat tak jenguk blog ni. maklumlah pelajar matrik, setiap detik dan setiap minit itu amat berharga bagi pelajar matrikulasi. bagi sesiapa yang dapat tawaran masuk matrik nanti bolehlah helo-helo dengan saya. mana tahu saya boleh share something yang berguna untuk adik-adik.

bagi adik-adik yang dapat tawaran sambung belajar, satu aja nasihat akak yang dah tua ni, belajar dengan bersungguh-sungguh, jangan fikir urusan couple atau pasangan dulu, sebab kita tak boleh campurkan soal hati bila belajar. nanti celaru. kesian otak kita..

Kalau adik-adik nak couple, tunggu bila dah ada kerja tetap, dah ada pendapatan sendiri, ha masa tu dah boleh dah nak angau 24 jam, nak mimpi siang hari jaga tengah malam... semuanya boleh.. la ni, masa tengah muda dan masih mentah ni, kita matangkan dulu akal dengan ilmu yang bermanfaat.

akak pesan ni sebab akak dah alaminya. bukan best tau bila dah jatuh cinta ni.. tidur tak lena, makan ta kenyang... hehehe.. jadi tak usahlah kita buat sesuatu yang akhir sekali hanya akan memudaratkan diri kita sendiri.. 

dah melalut dah, tak apa.. saya tak nak spoilkan semangat adik-adik yang tengah berkobar-kobar ni.. saya nak kongsikan pengalaman saya menjadi seorang pelajar matrik.

Matrikulasi merupakan salah satu sistem pendidikan yang boleh di katakan sebagai pra universiti. ramai yang kata matrik ni penat, sistem pelajarannya padat. cepat..

saya akui apa yang di katakan itu tepat, tapi sebenarnya suasana di matrikulasi adalah sangat menarik bila kita memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. 

bila dah join matrik ni, kita kena pandai arrange masa. kalau kita terleka sikit maka habislah... yang paling penting, focus dalam lecture.. kerana apabila di dalam kelas tutoran, cikgu tidak akan ulang sesuatu yang telah di ajarkan oleh lecturer. so, conclusionnya adalah, FOCUS DALAM LECTURER..


OK, bercinta masa duduk matrik ni adalah satu hal yang dah tak asing lagi dalam kalangan pelajar. kalau nak tengok kat mana pasangan ni akan pergi, pergilah di library ataupun di cafetaria. mesti kamu akan jumpa, tapi jangan join pula. 


di dalam matrikulasi, setiap ujian dan kuiz yang di lakukan oleh cikgu adalah carrying mark utk final. so hangan sesekali ambil mudah tentang kuiz yang cikgu buat. kehadiran pun penting juga.  masa saya di matrik dulu, jika kita kerap tak datang, maka kita akan di hadapkan ke mahkamah pelajar. ha, kat matrik pun ada mahkamah. 

apabila tiada sebab yang munasabah, maka setiap hari yang kita cuti akan di kenakan bayaran. hohoho... so janganlah sesekali ponteng kelas ya.

hmm.. rasanya ini aja yang nak di kongsikan. kalau ada adik-adik yang nak tahu lebih lanjut, atau nak tanya apa-apa bolehlah tanya. jangan segan.. senyu selalu... 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu