cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan yang sudi datang ke blog saya. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi. Kawan-kawan saya ingin menceritakan tentang satu hal yang sering menjadi masalah kita terutama bagi kaum remaja. Rasa-rasanya apakah masalah yang saya maksudkan ini?? CINTA.. ya cinta. saya yakin kawan-kawan semua pernah merasakannya. Saya tertarik untuk menulis tentang cinta kerana saya ada terbaca perbualan antara dua teman.

si teman ni menyatakan bahawa dia telah jatuh hati pada seorang lelaki yang lebih tua dariya. jarak umurnya dengan lelaki itu amat jauh. mereka berkenalan di dalam telefon,tanpa pernah bersua. si teman amat menyintai lelaki itu berbeza daripada cintanya terhadap teman lelakinya yang sebelum ini. Namun setelah berkenalan lama, tiba-tiba si lelaki mengatakan bahawa si dia ingin berkahwin,si teman amat berduka cita. namun si teman sering di hubungi oleh isteri lelaki tersebut. dan mereka selalu menyalahkan si teman sebagai penyebab hal itu berlaku.

baiklah kawan-kawan, sedih bukan mendengar cerita ini. mungkin ada di antara teman-teman yang pernah menrasakannya sebelum ini., jadi insyaAllah saya akan membantu mana yang saya mampu berkaitan hal ini. sebelum itu, apa it cinta sebenarnya? cinta merupakan sebuah perasaan yang hadir tanpa boleh di paksa kerana ia datang sendirinya. dalam cinta terdapat pahit manis yang tersendirinya. kebiasaannya cinta ini bertujuan bagi memilih pasangan hidup(kahwin) jadi saya kurang bersetuju bagi kaum remaja yang sudah bercinta atau lebih mudah di kenali dengan istilah couple. Couple merupakan satu hal yang bakal mendekatkan diri kita dengan maksiat. Couple hanyalah satu perasaan yang di kenali sebagai cinta monyet.

kawan-kawan, bagi masalah si teman ini, kita tidak boleh salahkan dia. kenapa dia suka pada lelaki yang lebih tua dari dia sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan si lelaki itu. kawan-kawan kena tahu satu hal, hati wanita amat cair apabila mendengar kata-kata puitis, kata-kata manis daripada kaum lelaki kerana mereka mudah merasakan bahawa diri mereka amat di hargai oleh si lelaki. tapi satu hal yang ingin saya katakan.. jangan muda percaya kepada lelaki yang mudah mengungkapkan kata cinta dan tidak menjaga perbatasan antara lelaki dan perempuan... ini kerana lelaki sebegini tidak mustahil akan mengkhianati cinta anda jika anda sudah berkahwin dengannya lagi.

baiklah masalah seterusnya adalah, si teman mengetahui si lelaki ingin berkahwin... dan berusaha untuk melupakan si lelaki. duhai teman, melupakan seorang insan yang amat di cintai bukan semudah membuang kertas lama di tong sampah. ia amat menyakitkan. oleh itu ada yang menyebut jangan cuba menjolok sarang tebuan. kerana sakitnya amat pedih. bagi teman itu, dia telah terlanjur mencintai si lelaki, baiklah hanya satu hal yang boleh di lakukan, iaitu berhenti daripada berhubungan denga si lelaki dan orang-orang berhampiran dengannya. seterusnya banyakkan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. mungkin kawan-kawan mengatakan bahawa cara ini sudah kuno.. jangan pernah kata seperti itu kerana hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan. cubalah untuk membuka hati agar dapat melihat cinta yang paling besar dan tinggi.. mungkin kawan-kawan tertanya-tanya apakah itu.. cinta yang teragung dan tertinngi adalah cinta dari NYA dan cinta dai baginda Rasululah s.a.w.

di samping kita mendekatkan diri kepada Allah, berusahalah untuk yakin dengan janji baik Allah. redhalah dengan apa yang telah di tentukan. jangan pernah merungut dan bersabarlah dalam menghadapi Qada' dan Qadar Allah. yakinlah bahawa Allah sentiasa hadir bersama orang yang sabar.

Kawan-kawan tiada guna kita menangisi seorang lelaki kerana ia tidak dapat mengubah apa-apa. lebih-lebih lelakki itu bukan suami yang sah buat kita. jadi mengapa harus kita tangiskan. sepatutnya kita doakan kebahagiaan dia di samping meohon agar kita memperoleh pasangan yang lebih baik dari dia. tapi kawan-kawan yang masih belajar seperti saya, stoplah dulu dalam mencari cinta, tapi berjuanglah untuk mencari ilmu. kerana ilmu amat penting. yakinlah dengan ketentuan yang maha esa. insyaAllah, pelangi bakal muncul setelah hujan truurn dengan lebatnya.

baiklah saya rasa sampai disini sahaja catatan saya mengenai cinta. insyaAlla kita akan bertemu lagi pada catatan seterusnya.. Assalamualaikum..


 

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu