Aurat

Assalamualaikum kawan-kawan yang setia bersama saya.. pada hari ini saya ingin bercerita tentang satu hal yang amat penting dan ia berkaitan dengan kaum perempuan. Kawan-kawanku yang berjantina sama dengan ku... sebelum agama islam datang, kita di anggap hina oleh masyarakat, namun apabila islam datang, maruah kita di angkat tinggi. pelbagai cara dan peraturan di berikan kepada kaum hawa agar diri ini terpelihara. salah satunya adalah bahagian aurat.

kawan-kawan, aurat merupakan hal yang penting bagi kita. apabila kita memelihara aurat kita diri kita akan terpelihara daripada hal yang buruk. aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. kawan-kawan janganlah merungut apabila kita di perintahkan menutup aurat kerana cuba kawan-kawan fikir, apalah sangat kepanasan dan ketidak selesaan kita menutup aurat berbanding harga diri dan keselamatan diri kita.

 saya sering melihat saudara sejantina saya berpakaian seperti ini.. rasa-rasanya apa yang salah daripada pakaian mereka?? dalam al-quran ada menyebut agar kaum wanita memakai pakaian yang longgar, labuh dan tudung yang besar hingga ke bawah dada. jika kawan-kawan lihat gambar ini, 4 orang wanita berpakaian ketat namun bertudung.. kawan-kawan jangan salah, menutup aurat bukan hanya memakai tudung, namun seluruh badan kita harus di tutup dengan pakaian yang di perintahkan agama. "tapi saya lebih bai daripada mereka yang tidak memakai tdung." ini adalah kata-kata yang sering di lemparkan oleh kaum wanita yang berpakain seperti ini. kawan-kawan, sebenarnya kawan-kawan yang berpakaian seperti ini lebih teruk daripada mereka yang tidak memakai tudung, nak tahu kenapa? yelah kawan-kawan secara tidak langsung telah mempermainkan perintah agama. agama menyruuh kita berpakaian cara islam,namun kawan berpakaian cara songsang..



mungkin ada kawan-kawan yang berfikir, kalau berpakaian ttup tiada jodoh.. kawan-kawan jangan bimbang hal jodoh.. segalanya telah di tentukan.. kalau kawan-kawan nak tahu kaum adam hjanya menganggap mereka yang berpakaian seksi sebagai permainan dan menganggap wanita yang sempurna auratnya sebagai calon isteri.. jadi mana satu yang kawan-kawan nak, di jadikan sebagai permainan atau calon isteri.. saya tahu kawan-kawan mampu memikirkannya.. tidak perlu saya menjawabkannya..

kawan-kawan.. tahukan kawan-kawan kaum hawa paling ramai di dalam neraka? mahukah kita termasuk dalam golongan itu.. kalau saya saya tidak sanggup.. jadi saya juga tidak mahu kawan-kawan masuk ke dalamnya.. jadi marilah kita menutup aurat dengan sempurna.. insyaAllah kita akan terhindar daripada panasnya api neraka.. ^_^..

saya sayangkan kawan-kawan, tapi saya rasa mesti kawan-kawan lebih sayangkan diri kawan-kawan sendiri kan.. jadi mengapa tunggu lagi.. jom. kita lakukan hal yang di perintahkan dan meninggalkan larangannya...

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu