masih adakah esok buatku

peredaran hari membuatkan aku merasakan hariku semakin hampir. dan tatkala mata terbuka.. alhamdulillah DIA masih memberikan pinjaman kepadaku. namun aku tidak tahu bilakah masaku akan hadir,mungkinkah esok lusa ataupun hari ini.. segalanya dalam pengetahuan Allah..

amalanku sungguh sedikit,dosaku melambung tinggi,membuatkan aku merasakan baawa diriku tidak layak untuk merasakan nikmat syurga namun apa dayaku menahan kepedihan api neraka.
tatkala alunan ayat suci indah bergema,hatiku tersentuh dan terasa pilu. terasa rindu untuk bersua kekasih hati.. namun apabila membayangkan kelalaian diri membuatkan aku merasakan diriku tidak pernah layak untuk bersama dengannya..

keindahan dunia membuat aku sering leka dan lalai dalam mengerjakan tanggungjawab... apabila diriku tersungkur barulah aku berteleku di tikar sejadah memohon kemaafan dan keinsafan. namun setelah kenikmatan mulai memenuhi ruang hari, aku mulai lupa untuk bersyukur.. aku tidak layak mendapatkan kasih sayang daripadanya.. kerana diriku terlalu rendah dan hina di sisinya..

Ya ALLAH ampunilah hambamu ini.. berilah ketetapan iman agar hamabmu ini dapat mengerjakan apa yang engkau perintahkan dan meninggalakn segala laranganmu.. bimbingilah hambamu ini ke jalanmu yang benar. Ya Allah jadikanlah hambamu ini seorang hamba yang bersyukur,, Ya Allah izinkanlah hambamu ini berteemu dengan kekasih hati yang amat aku rindui.. namanya sering bergema di mana-mana wajahnya menjadi harapanku.. dan akhlaknya menawan hatiku.. bantulah hambamu ini ya Allah

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu