2012

assalamualaikum... apa khabar para pembaca semua.. harap para pembaca sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga dan insan tersayang.... pejam celik pejam celik tahun 2012 sudah hampir ke penghujungnya.. bagai baru semalam kita menjejakkan kaki ke tahun 2012 bukan..

mungkin ada yang menantikan perubahan tahun ini dan ada juga yang tidak mahu perubahan tahun ini terjadi..  setiap insan memiliki sebab-sebab mereka sendiri. namun bagi saya, tahun 2012 banyak memberikan kenangan indah dalam kehidupan saya.. tahun 2012 banyak mengajar saya akan sebuah kehidupan dan tahun 2012 banyak mengajar saya agar menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab..

hmmm.. sebenarnya berat hati saya ingin meninggalkan tahun ini kerana apabila tahun ini bertukar itu bermaksud saya akan kehilangan insan-insan yang yang saya sayangi.. mungkin ada raka-rakan yang memikirkan bahawa saya boleh bertemu mereka di mana-mana tempat,namun bagi saya ia amat berbeza apabila bertemu di tempat lain. kerana saya lebih selesa bertemu dengan mereka di sekolah. tempat saya menuntut ilmu...

ya sekolah,sekolah merupakan tempat di mana seribu kenangan tersimpan di dalamnya. sekolah tempat saya belajar,sekolah tempat saya mengenal erti sebuah perjuangan,sekolah mengajar saya erti perasaan dan sekolah mengajar saya erti persahabatan.. saya amat merindui alam persekolahan.. dan saya yakin para pembaca juga begitu.. setiap insan amat meirndui alam persekolahan... namun saya amat sedih kerana saya hanya mempunyai masa  setahun lagi sebelum saya menamatkan alam persekolahan.. sedih bukan..

kita akan kehilangan insan yang baik... guru yang tabah,rakan yang periang.. segala-galanya.. sedihnya.. tapi saya yakin segalanya bakal di gantikan dengan yang lebih baik.. insyaAllah.. saya harap rakan-rakan dapat memberikan bimbingan kepada saya agar lebih tabah berahadapan dengan tahun baru tanpa mereka yang saya sayangi ya.. terima kasih..

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu