saudaraku
Duhai saudaraku,
Air matamu mengalir tanpa henti,
Air matamu mengalir tanpa henti,
zahir dan batinmu di dera tanpa belas kasih,
teriakan mu sayu memohon simpati,
kesakitan menjadi santapanmu setiap hari,
kesakitan menjadi santapanmu setiap hari,
duhai saudaraku,
matamu tidak lekang daripada memerhati suasana ngeri,
anak kecil menangis mencari kasih suci,
si ibu menangis melihat sang suami terkulai sepi,
si ibu menangis melihat sang suami terkulai sepi,
darah menjadi laluan mu sehari-hari.
duhai saudaraku,
hatimu seteguh para syuhada'
hatimu tabah tanpa mengenal erti lesu,
hatimu tabah tanpa mengenal erti lesu,
perjuanganmu tanpa henti,
walaupun engkau tahu nyawamu menjadi galang ganti,
ya Allah..
Engkau maha berkuasa,
Engkau maha pemurah,
kurniakanlah ketabahan buat saudaraku,
kurniakanlah kesabaran buat saudaraku,
kurniakanlah kecekalan buat saudaraku,
sesungguhnya mereka berjuang di jalanMU..
Ya Allah,
tiada apa yang mampu kulakukan di sini,
hanya mampu memerhati dengan doa tiada lekang di hati,
kesengsaraan yang di alami,
membuatkan hatiku menjadi sayu dan peri,
perjuangan yang di sumbangkan,
membuatkan hatiku membara,
namun ku tahu,
Engkau akan membalasnya..
kerana Engkau maha berkuasa,
Kerana Engkau maha menyayangi makhlukmu
yang berjuang demi agama suci ini..

Comments
Post a Comment