perpisahan
assalamualaikum kawan-kawan. Baru-baru ini saya di kejutkan dengan sebuah berita kematian adik angkat saya yang berpunca daripada kemalangan motorsikal. walaupun saya dengan dia tidak begitu rapat, namun saya amat mengenali peribadi arwah. arwah merupakan seorang pelajar yang baik dan tidak terlalu banyak berkata-kata. semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisiNYA.
Kawan-kawan, kematian yang menimpa tidak dapat kita teka dan kita jangkakan. tanpa kita sedari ia berlaku dalam sekelip mata. jika hari ini kawan kita pergi meninggalkan kita, bilakah masanya untuk kita? mungkinkah esok, lusa atau minggu depan? kita tidak tahu.
kawan-kawan, jika berbicara tentang kematian, hati kita bakal gerun dan takut. ini kerana kita sudah sedia maklum dengan dunia kedua yang bakal kita tempuh iaitu alam kubur. alam kubur yang diisi dengan sesi persoalan. kawan-kawan, sesungguhnya kita telah tahu soalan yang bakal di tanyakan, namun jawapan itu bukanlah kita yang berikan namun iman dan amalan yang kita lakukan di atas muka bumi ini. jika amalan kita banyak, insyaAllah mudahlah kita menjawab soalan malaikat di dalam kubur, namun jika tidak bersedialah untuk menerima azab kubur yang tidak tertahan sakitnya.
kawan-kawan, saya sendiri tidak dapat meneka sebanyak mana amalan saya, oleh itu saya sedang berusaha untuk memperbanyakkan amalan saya.. mungkin saya tidak sedar melakukan kesilapan yang mampu menambahkan dosa dan menjadikan ia lebih banyak daripada pahala saya.. kawan-kawan, apabila ada kawan-kawan atau saudara sesama islam kita yang meninggal kita hendaklah membacakan "INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN" saya kurang mengetahui maksud kalimah ini, namun saya yakin kawan-kawan mengetahui maksud kalimah ini.
kawan-kawan, setiap kematian yang berlaku membuatkan kita sentiasa memikirkan diri kita. memikirkan amalan-amalan yang kita lakukan dan merasa takut akan kematian yang bakal mendatang. kawan-kawan, kematian merupakan satu peturan kehidupan yang telah di tetapkan bagi mereka yang hidup. oleh itu, begi mereka yang meninggal dunia, kita doakan kesejahteraan mereka namun bagi kita yang masih hidup, teruskan kehidupan dengan amalan kebajikan dan perbanyakkan amalan. insyaAllah semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman di sisiNYA.
Marilah kita doakan saudara-saudara kita yang telah meninggalkan kita, semoga mereka sentiasa tenang dalam menjawab soalan malaikat di dalam kubur.

Comments
Post a Comment