azam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. alhamdulillah kita dapat bersua kembali setelah sekian laam saya meninggalkan blog ini kerana kesuntukan masa. di harapkan sahabat-sahabat tidak jemu membaca entri di dalam blog saya.. terima kasih..
Ahlan wasahlan, atau yang bermaksud selamat datang. ya selamat datang. alhamdulillah, tanpa kita seddari kita semakin hampir dengan tahun 2013. selamat datang tahun 2013. mungkin tahun ini bakal memberikan corak perubahan kepada kita. mungkin ada pada tahun ini seorang isteri bakal bergelar ibu, mungkin ada pada tahun ini sepasang kekasih bakal menjadi suami isteri, mungkin ada pada tahun ini pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti saya, dan mungkin juga pada tahun ini ada seorang pemimpin yang mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik daripada tahun 2012.
alhamdulillah, kita semua dapat bertemu dengan tahun ini. walaupun mungkin di luar sana ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita yang sudah pergi bertemu denganNYA, namun kita masih berkesempatan untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi yang indah ini. alhamdulillah.. semoga kita dapat memanfaatkan peluang yang di berikan Allah kepada kita dengan sebaik mungkin.
seperti mana yang telah saya kupaskan sebelum ini bahawa masa merupakan emas. walaupun ia tidak dapat di dapati di kedai emas ^_^ namun ia amat berharga seperti emas yang sering kita gila-gilakan. baru-baru ini saya ada mengahdrii kursus bersama motivator yang terkenal iaitu saudara osman Affan, saya yakin ramai yang mengenalinya kerana beliau ada menerbitkan beberapa buah buku motiveasi yang amat berguna kepada para pelajar. katanya, kita mestilah mempunyai azam dalam kehidupan. kalau kawan-kawan nak tahu, dahulu saya tidak mempunyai azam apa-apa. bagi saya saya hanya perlu belajar dan mendapatkan kejaaan. namun setelah mendengar ceramah daripada beliau, baru saya sedari bahawa azam itu penting.
mengapa azam itu penting?? azam merupakan target yang kita mahu kecapi pada sesuatu masa. jadi pada tahun ini saya mahu mencubanya. walaupun baru ebrmula, saya telah memperoleh sedikit perubahan pada diri saya. jika pada sebelum ini saya agak malas untuk belajar dan melakukan hal bagi mengubah diri saya, namun seetlah saya coretkan di aats kertas tentang azam yang ingin saya kecapi, saya bertambah semangat untuk mengulang kaji eplajaran dan melakukan hal yang mampu membantu saya mengubah diri saya.. alhamdulillah.. namun ada satu hal yangperlu kita ingat, azam yang kita tulis pada sehelai kertas mestilah di baca agar ia mampu membakar semanga.. insyaAllah saya akan berusaha lebih gigih agar mampu menacapai azam saya.. jika kawan-kawan ingin mencuba, silakan... insyaAllah ia akan emmeberikan manfaat kepada kawan-kawan.
sebenarnya kehidupan ini umpama sebuah perjalanan.. jika kawan-kawan ingin berjalan-jalan, mesti kawan-kawan perlukan arah dan tujuan bbukan? jika tiada tujuan kawan-kawan tidak berasa semangat untuk berjalan dan meneruskan perjalanan. begitu juga dengan kehidupan, apabila kita tahu kemana kita akan pergi, dan apa halatuju kita, sudah tentu kita akan terus berjuang agar dapat tiba ke destinasi tersebut.. benar bukan.. dan jika ada halangan atau rintanga, mesti kita tidak akan lemah kerana kita tahu kemasian setelah memperoleh apa yang kita hajatkan.. jadi itulah fungsi keazaman.. apabila kita berazam dalam hati,kita menulisnya di atas keras dan kita baca setiap hari, akal kita akan berfungsi dan membntu kita dalam mencari jalan dalam menjadikan ia satu realiti.. insyaAllah.. baiklah kawankawan sampai di sini saja.. insyaAllah kita akan bertemu lagi di lain cerita..
Assalamualaikum.. ^_^ selamat membaca
Comments
Post a Comment