kata-kata

assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.. alhamdulillah kita bertemu lagi setelah sekian lama saya menyepi.. kawan-kawan baru-baru ini saya ada menonton televisyen. dalam cerita itu menunjukkan seorang wanita yang tergoda dengan kata-kata lelaki. baiklah, saya ingin bercerita tentang kata-kata. harap kawan-kawan tidak jemu membacanya.



perkataan yang ingin saya ceritakan di sini adalah perkataan I LOVE YOU, SAYA SUKA AWAK, SAYA CINTA AWAK dan sebagainya.. perkataan ini sebenarnya banyak di tuturkan oleh kaum adam. saya sendiri tidak tahu mengapa. tapi apabila kata-kata ini di tuturkan oleh lelaki kepada perempuan, perempuan mudah cair dengan kata-kata ini. mungkin ini adalah kelebihan lelaki yang mudah memujuk dan menggoda perempuan.

beginilah, bagi kaum lelaki, berhentilah daripada menipu kaum hawa dengan ayat-ayat manis anda. kerana anda pasti akan menyakiti hatinya. hati seorang wanita tidak sama dengan lelaki, hati wanita umpama kaca, apabila ia telah pecah ia sudah tidak dapat di sambungkan lagi dengan mudah,. oleh itu janganlah kamu begitu mudha menuturkan kata indah kepada mereka.

mungkin kaum lelaki akan berkata, itu salah perempuan, kenapa mudah sangat percaya. duhai kaum adam, sebenarnya hati perempuan begitu lembut. ia mudah cair apabila mendengar kata-kata lelaki yang menggoda, itu adalah kelemahan perempuan,.. perempuan tidak mampu menahan hati apabila di berikan kata-kata indah, walaupun pada mulanya dia berkeras dan menyatakan kebenciannya, namun lambat laun hatinya akan lemah dan cair juga. oleh itu bagi kaum adam, guankanlah kebolehan kamu memujuk dan mnggoda ini kearah kebaikan,.

mungkin ada yang tertanya-tanya, jalan kebaikan? apa dia? misalnya, kamu boleh menggunakan kebolehan kamu dalam memujuk ibu mu dan menegur tingkah kawan-kawan perempuanmu kearah kebaikan. insyaAllah mereka akan mendengar kata-katamu. ayat-ayatmu itu amat berguna dalam mengukuhkan sebuah rumahtangga. kamu boleh memujuk isteri kamu yang tercinta dengan ayat yang seperti itu. insyaAllah, keluargamu akan terhindar dari penceraian.

sebenarnya saya juga pernah beberapa kali menerima ayat yang sebegitu rupa. ada yang menyatakan sanggup tunggu sehingga saya menerimanya, ada yang menyatakan suka saya dan sebagainya. walaupun saya telah beberapa kali mendengar ayat-ayat sperti itu, namun hati saya mudah cair dengan ayat sebegitu. namun alhamdulillah kekerasan saya menghalang saya daripada tunduk akan kehendak hati,oleh itu saya memohon kepada kaum adam supaaya tidak menyakiti hati perempuan apatah lagi mempergunakan mereka. mereka ada hati begitu juga dengan kamu.

sampai sini saja cerita saya tentang topik ini. mungkin banyak kekurangan di dalam ayat ini, mohon maaf.. semoga kita berjumpa lagi.. insyaAllah.. assalamualaikum semua



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu