fahami hati kami

assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian.. terima kasih kerana masih setia membaca entri di dalam blog saya ini.. kawan-kawan, alhamdulillah kita telah bertemu dengan bulan 12 dan tidak lama lagi kita akan bersua dengan tahun 2013. insyaAllah dalam bulan  12 ini ada kawan-kawan yang bakal menerima keputusan peperiksaan PMR.

saya tahu kemungkinan ada golongan ibu bapa yang membaca blog saya ini. dan kemungkinan ada ibubapa yang anaknya bakal memperoleh keputusan PMR. peperiksaan ada satu ujian bagi menilai kefahaman kita dalam pelajaran. dan nilai yang kita peroleh adalah menunjukkan tahap kefahaman kita dalam sesuatu pelajaran. janganlah adik-adik bersedih hati jika memperoleh keputusan yang kurang cemerlang dalam peperiksaan PMR. peperiksaan PMR bukanlah peperiksaan yang menentukan masa depan, namun ia merupakan peperiksaan yang menunjukkan di mana tahap kemahiran kita bagi melanjutkan pelajaran.

jadi adik-adik janbgan berputus asa ya. segalanyua telah di tentukan Allah. kita hendaklah redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. sabarlah, sesungguhnya Allah menyayangi orang yang sabar. kalau adik-adik nak tahu, akak bukanlah orang yang bijak, peperiksaan akan tidaklah begitu cemerlang alahmdulilalh masih layak untuk di banggakan. akak dulu menangis juga bila dapat keputusan yang tidak seperti akak harapkan, namun lama kelamaan akak sedar bahawa perjuangan akak masih jauh dan akan perlu terus berusaha.

bagi ibu bapa, janganlah terlalu memaksa anak-anak mengikuti kehendak kita. anak-anak memliki kelemahan dan kelebihan mereka tersendiri yang masih belum dapat kita lihat. oleh itu kita perlulah memberikan dorongan trus kepada mereka. jangan sekali-kali membedakan mereka dengan kawan-kawan mereka yang bijak, dan lebih baik dari mereka kerana ini akan menurunkan semangat mereka untuk berusaha. tidak semua anak-anak itu sama. ada anak-anak akan berusaha giat apabila di bedakan seperti itu, namun ada juga anak-anak yang akan merendah diri dan berhenti berusaha apabila di bedakan. jadi fahamilah hati anak-anak.

duhai ibu, duhai ayah... anak-anak memiliki perasaan yang perlu di jaga. mereka masih merangkak dalam alam kehidupan. kehidupn mereka penuh dengan noda dan duri serta godaan yang akan mengganggu jiwa dan perasaan mereka. oleh itu janganlah ibu dan ayah menekan perasaan mereka dengan mengungkit kegagalan mereka. jangan marah jika anak-anak akan menjauh drai ibu dan ayah.. jangan marah jika anak-anaka lebih memilih kawan daripada ibu dan ayah. kerana anak-anak seperti sudah menganggap ibu dan ayah mereka gagal memahami perasaan mereka dan kawan-kawan mereka lebih memahami hati mereka.. oleh itu berusahalah untuk menerima kelemahan anak. jangan sakiti hati mereka kerana perjuangan mereka masih jauh. jika ibu dan ayah menghormati hati mereka, mereka akan menghormati hati dan perasaan ibu dan ayah.. renungkanlah kata-kata saya..

renungkanlah bait-bait ayat di atas. kerana ini luahan dari hati seorang anak.. ayah, ibu.. janganlah menggesa anak-anak untuk memenuhi kehendak kita, kerana mereka bukan robot dan bukan juga patung.. ingat, anak-anak perlukan seseorang yang memahami hati mereka..

sekian saja catatan saya. insyaAllah kita akan bersua lagi.. assalamualaikum..

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu