isteri solehah



isteri cerdik dan solehah... 
penyejuk mata..
penawan hati ...
penajam fikiran...


Assalamualaikum para pembaca sekalian.. terima kasih kerana masih sudi membaca entri saya di dalam blog pena setia ini.. baiklah [pada hari ini saya lebih tertarik untuk berkongsi tentang satu hal yang amat penting. ia adalah berkaitan dengan isteri.. alhamdulillah, mungkin pada saat ini ada kaum ibu atau isteri yang membaca blog saya.. di harapkan dapatlah membaca entri ini sehingga habis.

Maaf, sebelum saya meneruskan catatan ini, ingin saya jelaskan di sini walaupun saya masih belajar dan tiada pengalaman dalam dunia rumah tangga, namun keadaan sekeliling yang semakin jelas membuatkan saya matanag tentang alam perkahwinan dan rumah tangga.duhai isteri yang cantik.... isteri mudah masuk ke syurga dan mudah masuk neraka... tahukah mengapa? isteri mudah masuk ke syurga apabila dia taat dan patuh pada parintah Allah,Rasulullah dan suaminya.. dan hal ini lebih mudah jika suaminya redha akan dirinya.. manakala isteri mudah masuk neraka apabila suami berasa kecil hati atau sakit hati dengan sikap isteri.

maaf bukan ingin lancang, namun saya kurang bersetuju dengan film-filem yang di tayangkan di televisyen, kerana kebanyakan filem-filem yang di tayangkan memaparkan sikap isteri yang sering melawan kata-kata suami, berkata kasar dengan suami, curang di belakang suami, menyakiti hati suami dan merendah-rendahkan martabat suami. amat sukar untuk menonton file-filem yang menunjukkan sikap isteri yang patuh dan taat pada erintah suami. filem ini sedikit sebanyak mampu menunjukkan imej yang buruk terhadap agama islam.

duhai isteri tahukah kamu mengumpat atau menceritakan keburukan suami kepada orang lain adalah satu kesalahan yang besar? sebagai seorang isteri, berusahalah untuk menyembunyikan keburukan suami atau masalah yang melanda dlam keluarga kerana ia hanya akan memburukkan imej keluarga anda sendiri..

duhai isteri, janganlah kamu alpa daripada menyediakan keperluan suami.. kerana setiap apa yang kamu lakuakn untuk keluarga kamu, ia adalah satu pahala dan Allah tidak menyiakan ia.

betapa mudahnya kita untuk menjadi isteri yang soleha asalkan kita tahu hal-hal yang perlu di lakukan dan hal-hal yang perlu di cegah dalam menjadi seorang isteri yang soleha.. insyaAllah.. jika suami anda redha, Allah akan meredhai kamu..

ada satu kisah yang terjadi pada zaman baginda Rasulullah. kisah ini menceritakan tentang seorang suami yang meninggalkan isterinya dalam jangka masa yang lama kerana ada keperluan. sebelum pemergiannya si suami telah berpesan kepada isteri agar tidak meninggalkan rumah sepanjang ketiadaan suami. namun setelah pemergian suaminya, si isteri mendapat berita bahawa ayahnya sakit tenat di rumah. namun dia tetap patuh dan taat pada arahan suaminya agar tidak meninggalkan rumah sepanjang ketiadaan suaminya. sehingga akhirnya ayahnya meninggal dunia, si isteri tetap tidak dapat menjenguk ayahnya. hal ini telah di adukan kepada baginda Rasulullah, Rasulullah menyatakan bahawa si ayah telah di tempatkan di dalam syurga kerana kesolehan anaknya terhadap suami.

jadi apa yang boleh saya simpulakn di sini adalah, seorang wanita apabila telah berkahwin dengan seorang lelaki, maka segala ketaatannya haruslah di berikan kepada suaminya 100%.. manakala tanggungjawab suami telah bertambah iaitu terhadap ibubapanya serta ibubapa mertuanya.. jadi isteri-isteri yang soleha, janganlah kamu bersedih hati apabila di pandang rendah semata-mata ingin menjaga ketaatan kamu kepada suamimu, tapi berbanggalah kerana Allah menyayangimu..

kepada masyarakat yang lainnya, tolonglah jangan membawa mulut atau melukai hati seorang isteri yang mahu memberikan ketaatannya kepada suaminya, kamu telah bersusah payah menambah dosa untuk dirimu sendiri sedangkan isteri yang soleha itu terus menerus mendapat pahala atas kebajikan yang di lakukan..  jadi berhentilah daripada menyakiti hati saudaramu.. setiap individu memiliki keadaan dan jalan hidup yang berbeza, jadi janganlah samakan jalan hidupkmu dengan jalan hidup mereka yang lain kerana ia tidak sama..

renungkanlah duhai isteri...
suami tidak perlu marah, namun cukup terasa hati terhadap ister, sudah cukup untuk membuatkan si isteri perlu berjaga-jaga... marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dan kembali ke jalan yang benar.... taatilah suamimu...

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu