jom solat
Assalamualaikum kawan-kawan. apa khabar kawan-kawan hari ini? semoga sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. ouh ya, jam dah menunjukkan 7.38 minit pagi. kawan-kawan dah solat subuh belum? dah lewat sangat ni. kalau belum, cepat solat..
kawan-kawan, solat merupakan tiang agama. cuba kawan-kawan fikirkan sebuah rumah yang tiada tiangnya.. apa akan jadi pada rumah tersebut? roboh bukan.. begitu juga iman kita.. jika kita tidak solat, iman kita mudah goyang apabila di hasut oleh syaitan.
kawan-kawan, jika kawan-kawan cakap penat untuk solat cuba kawan-kawan fikirkan, kita solat sehari semalam hanya lima waktu sahaja. cuba kita anggarkan satu solat kita hanya manfaatkan 5 minit sahaja, kalau 5 solat fardhu, kita baru memanfaatkan 25 minit sahaja. sedangkan satu hari kita ada 24 jam. jadi selebihnya kita ada 23 jam 30 minit. betapa banyaknya masa yang kita ada untuk mengejar dunia.. namun jika di bandingkan bantuan Allah kepada kita, ianya lebih besar daripada amal ibadah kita.
kawan-kawan, kita hanya memanfaatkan masa yang tidak sampai satu jam untuk mempamerkan rasa syukur kita kepada Allah... namun jika kita meninggalkan solat yang hanya seketika itu, bila kita mampu mengucapkan rasa syukur kepada Allah? Kawan-kawan, baginda Rasulullah S.A.W beribadah sehingga bengkak kakinya, sedangkan baginda telah pun di janjikan Syurga oleh Allah. baginda lakukan ini adalah bagi melahirkan rasa kesyukurannya kepada Allah. tapi mengapa kita yang masih belum di janjikan apa-apa untuk hari kelak sudah berani meninggalkan solat?? kawan-kawan fikirkanlah sendiri ya..
kawan-kawan, nampaknya sampai di sini sahaja catatan saya. saya harus menyiapkan kerja saya sekejap. insyaAllah kita akan bertemu di lain waktu. assalamualaikum..
Comments
Post a Comment