JOM DHUHA..
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. semoga kawan-kawan sihat sejahtera pada hari ini. bagi yang kurang sihat, semoga cepat sembuh ya. ^_^ . kawan-kawan cuba kawan-kawan tengok jam pada saat ini, jam saya sudah menunjukkan pukul 8.49 pagi. Jadi apa kata kita solat sunat Dhuha jom.
Apa itu solat sunat Dhuha? solat sunat Dhuha adalah solat sunat dua rakaat yang di lakukan pada waktu pagi sebelum munculnya zuhur. tujuan solat ini di lakukan adalah bagi di mudahkan rezeki kita sepanajang hari. tak lama kawan-kawan, cuma dua rakaat aja dan mungkin tidak sampai 10 minit.
kawan-kawan, dahulu saya amat bera dan susah sekali mengerjakan solat sunat Dhuha, maklumlah baru berjinak-jinak dengan solat sunat ini sebab saya selalu melihat emak saya menunaikannya. namun setelah beberapa minggu melakukannya alhamdulillah ia sudah menjadi rutin harian saya jika tiada rintangan. kawan-kawan, kalau kawan-kawan cuba solat sunat Dhuha ini insyaAllah kawan-kawan akan merasa tenang hati dan damai sangat. kalau kawan-kawan ragu-ragu dengan kenyataan saya ini kawan-kawan boleh cuba. tak kena bayar pun. insyaAllah ianya sentiasa percuma.
kalau ada kawan-kawan yang kurang tahu bagaimana mengerjakannya, kawan-kawan boleh rujuk di internet. mungkin saya dapat sertakan beberapa sahaja, jika kawan-kawan masih tidak faham kawan-kawan boleh rujuk sendiri di buku solat-solat sunat yang banyak terdapat di kedai-kedai buku.
baiklah, kita mulakan dengan niat ya.
ok baiklah. solat sunat ini di lakukan seperti solat sunat biasa. sebanyak dua rakaat. niatnya adalah seperti di atas. setelah mengucapkan salam. ada doa dhuha. ini saya sertakan sekali.
hmm... hanya ini yang mampu saya kongsikan.. baiklah kawan-kawan, syaa mahu solat sunat dhuha dulu.. kawan-kawan jangan lupa cuba tau.. tak rugi..
Comments
Post a Comment