TIADA LAGI IMPIAN

 Mataku masih terbuka luas, 
Bermakna aku masih perlu berjuang di atas jalan yang sudah tidak jelas lagi bagiku, 
Sudah tiada harapan dan keinginan yang berada di atas jalan ini, 
hanya kehampaan, kesedihan, kelukaan, kekecewaan dan kepedihan yang memenuhi setiap langkahku
Seberapa lama lagi aku harus melangkah... 
Seberapa lama lagi aku harus bertahan,,
Adakah masih ada peluang dan ruang untuk aku mendapatkan cahaya.. 
Di saat kehidupan ini sudah tidak memberi ruang untuk aku memilih, 
Aku harus bertahan hanya untuk memenuhkan kehendak mereka, 
Yang tidak pernah sekali cuba untuk memahami, 

Jantungku masih berdegup lancar, 
walaupun jujurnya aku enggap untuk membiarkan ia berdegup lagi, 
Aku tertanya tanya, 
Kenapa? Mengapa? 
Apakah kebaikan di sebalik ujian yang datang untukku, 
Aku tahu tidak layak untuk aku mempersoalkan,
Aku tahu tidak layak untuk aku mempertikaikan, 
Namun diri ini sudah tidak kuat.. 

Nafasku masih berhembus... 
Melepaskan segala beban di kala langkah masih di atur, 
Mengapa aku harus melalui kehidupan ini?
Mengapa aku harus menerima kesakitan,
Mengapa aku harus menerima pengkhianatan, kebohongan dan sendiri, 
Di saat aku cuba menjaga setiap hati dan perasaan insan yang ku temu.. 
Namun akhirnya mereka menghancurkan milikku tanpa meninggalkan walaupun secebis 

Aku semakin menjauh, 
Aku semakin meliar, 
Aku semakin hilang tempat bergantung, 
Aku sudah hilang harapan dan impian, 
Aku sudah pent bermimpi dan mengharapkan keindahan.. 
kerana hidupku hanya sendiri, 
Aku membiarkan ombak kehidupan menghempas diriku, 
Aku membiarkan deruan ombak membawa diri ini tanpa aku tahu ke mana dan bagaimana ...
Bagaimana penghujungnya hidupku.. 

Aku miliki cinta,
Aku miliki sayang, 
Aku miliki mimpi,
Aku miliki impian, 
Namun kehidupan ini membuatkan aku sedar, 
semua itu adalah dosa untuk ku, 
Aku tidak layak mendapatkan semua itu, 
kerana hidupku hanya di bawah telapak manusia, 
kerana hidupku hanyalah layak menjadi boneka yang di pergunakan, 

Adakah aku akan terus begini selamanya?
Adakah di sini aku juga bersalah?
Adakah di sini aku juga yang berdosa? 
Adakah di sini aku juga yang silap?
Adakah menjadi satu kesalahan untuk aku melakar kehidupan ku sendir? 
Jika salah, mohon maaf dariku 
Aku akan biarkan dunia ini menghempas lumat diri ini.. 

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu