Empat wasiat Rasulullah untuk umatnya
Empat wasiat Rasulullah untuk umatnya
Di hari-hari terakhir Rasulullah Shallalahu alaihi wassalam, beliau banyak meninggalkan pesanan-pesanan yang berupa nasihat kepada para sahabat. Diantara wasiat itu adalah empat wasiat Rasulullah tentang keutamaan sentiada bertakwa, pentingnya bersatu didalam sunnah agama yang benar dan taat kepada pemerintah yang sah. Beliau juga memerintahkan para sahabat meninggalkan perkara-perkara bidaah dalam agama.
Berkata al-‘Irbadh bin Sariyah Radhiyallahu anhu : “Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat bersama kami kemudian beliau menghadap kepada kami dan memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang menjadikan air mata berlinang dan membuat hati bergetar, maka seseorang berkata: ‘Wahai Rasulullah nasihat ini seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah, maka berikanlah kami wasiat.’ Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Aku wasiatkan kepada kalian agar tetap bertaqwa kepada Allah, tetaplah mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah seorang budak dari Habasyah. Sungguh, orang yang masih hidup di antara kalian setelahku akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah erat-erat dan gigitlah dia dengan gigi gerahammu. Dan jauhilah oleh kalian perkara-perkara yang baru (dalam agama), karena sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid‘ah. Dan setiap bid‘ah itu adalah sesat.”
10].HR. Ahmad (IV/126-127), Abu Dawud (no. 4607) dan at-Tirmidzi (no. 2676), ad-Darimy (I/44), al-Baghawy dalam kitabnya Syarhus Sunnah (I/205), al-Hakim (I/95), dishahihkan dan disepakati oleh Imam adz-Dzahabi. Syaikh al-Albani juga menshahihkan hadits ini dalam Irwaa-ul Ghaliil (no. 2455).
PENGAJARAN DARI HADIS
Rasulullah mewasiatkan kepada kita sebagai umatnya untuk tetap Istiqamah kepad 4 perkara iaitu:
KEKAL SENTIASA BERTAKWA
Takwa adalah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah subhana wa taala dengan penuh keiklasan dan mengharap kepada pengampunan dan balasan syurga dan dijauhkan dari siksaan api neraka. Dan untuk menjadi orang yang bertakwa harus di pelajari ilmu yang benar dari para ilmuan yang meniti di jalan sunnah yang benar.
TAAT KEPADA PEMIMPIN YANG SAH
Rasulullah saw memerintahkan kita untuk kekal taat kepada pemimpin yang sah walaupun yang meminpin itu seorang hamba kulit hitam. Memang tidak ada seorang pun yang suka seorang hamba sebagai pemimpin tetapi Rasulullah saw memerintahkan kita untuk taat jika itulah pemimpin kita selagi mana pemimpin itu tidak mengajak kepada perkara larangan Allah kerana ketàatan kepada Allah adalah suatu yang mutlak.
TETAP BERPEGANG KEPADA SUNNAH YANG HAQ
Sentiasa ittiba atau menurut sunnah Rasulullah saw dalam perkara syariat. Kaedahnya adalah berpegang kepada dalil dari hadis sahih. Dan telah muncul berbagai kelompok seperti muktazilah dan pecahannya yang mendahulukan logik akal dari hadis, khawarij yang mengkafirkan kepimpinan muslimin dan pelaku dosa, jabarriah, qadarriah, antihadis, plurisme, sekularisme dan sebagainya. Namun nabi saw berpesan untuk berpegang dengan sunnahnya walaupin bersendirian.
HINDARI PERKARA BAHARU ATAU BIDAAH
Bidaah adalah bentuk pemahaman aqidah tauhid dan amalan ibadat yang baharu dan tidak pernah diajar dan dilakukan oleh nabi saw dan sahabatnya
Comments
Post a Comment