tudung itu indah

"kakak, kenapa kita perlu menutup aurat?"soal si kecil bersuara petah kepada si kakak. si kakak tersenyum lantas membelai lembut si kecil.

"kerana Allah suruh para perempuan dan wanita menutup aurat." balas kakak masih tersenyum. 

"kenapa Allah suruh kita pakai tudung?"soal si kecil lagi. si kakak kembali tersenyum.

"kerana Allah sayangkan kita. Allah suruh kita pakai tudung agar dapat melindungi diri dari perkara yang buruk." jawab di kakak.

"Kakak, kalau tak pakai tudung, Allah marah ya?" soal si kecil. Si kakak mengangguk sambil tersenyum.

"Bila kita tak nak pakai tudung, kita akan dapat dosa. bila dosa kita banyak sangat, kita akan masuk neraka nanti." balas si kakak.

"Adik tak nak masuk neraka. neraka panas. ibu cakap dalam neraka ada api, ada ular, adik takut."ujar si kecil. senyuman pada wajah kakak mula melebar.

"pandai adik akak. Kalau adik pakai tudung, Allah sayang. ibu sayang, ayah sayang, akak sayang cikgu sayang, orang lain pun sayang pada adik."ujar si kakak. si kecil ketawa girang.  

si adik lantas berlari masuk ke dalam bilik. hanya beberapa ketika, si adik muncul sambil mengenakan tudung si kakak pada kepalanya.

"Kakak, adik pakai tudung. cantik tak?" soal si kecil lantas berlari mendapatkan kakaknya.

"Adik kakak memang cantik kalau pakai tudung. tapi kalau rambut ni tak nampak, lagi cantik."ujar si kakak sambil memasukkan rambut si adik yang terjuari keluar. si adik ketawa girang. dia berlari mendapatkan ibunya yang sedang memasak di dapur. kedengaran suara pujian si ibu.

"hisy! leceh betullah nak kena pakai tudung besar-besar ni."kedengaran rungutan uda sambil menghempaskan tubuhnya di atas kerusi. dengusan nafas kasar di lepaskan menunjukkan rasa protes.

"Kenapa Uda cakap macam tu?" soal kakak lembut lantas mengambil tempat di sisi adiknya yang ke tiga.

"Panaslah kak. kawan-kawan di sekolah semua cakap uda ni ketinggalan zaman." ujar uda kasar. kakak sekadar tersenyum.

"Biasalah tu. biar kita panas di dunia jangan di akhirat. biarlah apa kawan-kawan uda nak cakap, yang penting Allah suka apa yang uda buat sekarang." jawab kakak.

"kawan-kawan uda semua tak nak kawan dengan uda. mereka malu. uda lagi malu kak."ujar uda. kakak tersenyum memahami gelora remaja adik ketiganya itu.

"Allah sentiasa ada di sisi uda. jangan malu pada manusia tapi malulah pada Allah, sebab Allahlah yang anugerahkan kita udara, akal, tubuh badan,kesihatan, makanan, ilmu dan segalanya bukan kawan-kawan kita."ujar si kakak

"Tapi kak, bila uda pakai tudung labuh, tak ada siapa nak pada uda. kawan-kawan uda ramai yang dah ada couple, pasangan masing-masing, uda aja tak ada. kalau macam ni macam mana uda nak kahwin nanti."ujar uda.

"uda sekarang masih muda. perjalanan uda masih panjang. pelajaran uda amat penting pada masa ni. jika bab jodoh, pasangan uda janganlah risau. Allah dan tentukan segalanya buat kita. Allah telah janjikan lelaki yang baik buat wanita yang baik dan lelaki yang kurang baik buat wanita yang kurang baik. uda janganlah risau ya."ujar si kakak sambil tersenyum tenang.

"Sayang tengah buat apa tu?" sapa satu suara. kelihatan seorang lelaki bermisai tipis dan berkaca mata sedang berdiri di sisi si kakak. 

"Sedang duduk berbual dengan adik kesayangan saya abang."ujar si kakak. si kakak memandang ke arah Uda.

"Kakak dulu pun macam uda juga. tapi akak yakin dengan ketentuanNYA. alhamdulillah akak di jodohkan dengan suami yang baik seperti abang ipar uda sekarang ni."ujar kakak sambil merangkul tangan pemuda yang sedang berdiri di sisinya.

"ngumpat abang ya sayang."ujar pemuda itu sambil tersenyum. kelihatan si kakak sekadar tersenyum. 

"terima kasih kak, uda dah faham sekarang. akak datinglah dengan abang dulu. uda nak tolong ibu di dapur."ujar uda. si kakak tersenyum.

alhamdulillah...



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu