SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA
MATANYA menatap sayu pada gambar yang tertera pada skrin telefon bimbit bimbitnya. Perlahan jari jemarinya bermain di atas permukaan gambar seorang lelaki bertubuh tinggi dan agak berisi. Tanpa di sedari air mata mengalir perlahan dari anak mata yang enggan berkedip.
"Mengapa engkau pergi? apa salahku? ke mana lagi aku nak cari engkau?"bertubi tubi persoalan bermain di dalam benak fikirannya. berlegar-legar kenangan lalu melintasi ruang fikirannya membuatkan hatinya semakin meronta ronta.
tangannya pantas menyeka air mata yang semakin deras mengalir apabila menyedari satu sosok tubuh datang menghampiri.
"wei, jom kita keluar tengahari ni."ujar satu susuk tubuh perempuan yang tiba-tiba datang menghampiri lalu melabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi yang kosong di sisinya.
"nak keluar pergi mana?üjarnya sambil berpura-pura membetulkan tudungnya bagi mengelakkan matanya bertentangan dengan sosok tubuh d sebelahnya.
"Hmmm, aku rasa macam nak makan spagheti karbonara. ada satu kedai dessert baru buka dekat taman kota masai tu. jomlah teman aku."ujarnya sambil menarik narik hujung lengan bajunya.
"kau ni Fatin, ada je benda yang mengidamnya. mengalahkan orang mengandung pula. "ujarnya sambil tersenyum. mencuba menyembunyikan sendu yang sedang bermain di dalam hatinya.
ala... hari ni kan baru gaji. bolehlah belanja lebih sikit. please ida, pleaseeee"ujar Fatin seakan merayu.
ÿelah, nanti rehat kita keluar. tapi naik kereta kau, sebab aku malas nak bawa kereta"ujarnya. Kelihatan senyuman terukir pada wajah teman sepejabatnya itu. setelah beberapa minit berbual, Fatin minta diri untuk menyambung kembali kerja-kerjanya.
pandangan matanya kembali tertancap pada layar komputer yang sudah malap kerana di biarkan lama. tangannya menggerakkan tetikus perlahan. terpancar gambar pada wallpaper skrin komputernya. hatinya mulai di serbu rasa sedih dan pedih.
pandangannya tertancap pada gambar sosok lelaki yang menjadi hiasan skrin komputernya.
"sampainya hati kau... "bisik hatinya sedih. segera tangannya membuka layar excell bagi menutup gambar hiasan skrin komputernya.
*******
Comments
Post a Comment