Posts

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

  MATANYA  menatap sayu pada gambar yang tertera pada skrin telefon bimbit bimbitnya. Perlahan jari jemarinya bermain di atas permukaan gambar seorang lelaki bertubuh tinggi dan agak berisi. Tanpa di sedari air mata mengalir perlahan dari anak mata yang enggan berkedip.  "Mengapa engkau pergi? apa salahku? ke mana lagi aku nak cari engkau?"bertubi tubi persoalan bermain di dalam benak fikirannya. berlegar-legar kenangan lalu melintasi ruang fikirannya membuatkan hatinya semakin meronta ronta.  tangannya pantas menyeka air mata yang semakin deras mengalir apabila menyedari satu sosok tubuh datang menghampiri.  "wei, jom kita keluar tengahari ni."ujar satu susuk tubuh perempuan yang tiba-tiba datang menghampiri lalu melabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi yang kosong di sisinya.  "nak keluar pergi mana?üjarnya sambil berpura-pura membetulkan tudungnya bagi mengelakkan matanya bertentangan dengan sosok tubuh d sebelahnya.  "Hmmm, aku rasa macam nak maka...

TIADA LAGI IMPIAN

  Mataku masih terbuka luas,  Bermakna aku masih perlu berjuang di atas jalan yang sudah tidak jelas lagi bagiku,  Sudah tiada harapan dan keinginan yang berada di atas jalan ini,  hanya kehampaan, kesedihan, kelukaan, kekecewaan dan kepedihan yang memenuhi setiap langkahku Seberapa lama lagi aku harus melangkah...  Seberapa lama lagi aku harus bertahan,, Adakah masih ada peluang dan ruang untuk aku mendapatkan cahaya..  Di saat kehidupan ini sudah tidak memberi ruang untuk aku memilih,  Aku harus bertahan hanya untuk memenuhkan kehendak mereka,  Yang tidak pernah sekali cuba untuk memahami,  Jantungku masih berdegup lancar,  walaupun jujurnya aku enggap untuk membiarkan ia berdegup lagi,  Aku tertanya tanya,  Kenapa? Mengapa?  Apakah kebaikan di sebalik ujian yang datang untukku,  Aku tahu tidak layak untuk aku mempersoalkan, Aku tahu tidak layak untuk aku mempertikaikan,  Namun diri ini sudah tidak kuat.. ...

DUHAI KEKASIHKU

 DI CIPTAKU UNTUK MENCINTAIMU,  DUHAI KEKASIHKU,  BEGITU LAMA AKU BERLARI,  BEGITU JAUH AKU MENYEPI,  NAMAMU TIDAK LAGI MENITI,  KISAHMU TIDAK LAGI KU HAYATI,  SEMAKIN AKU JAUH, SEMAKIN AKU HANYUT DENGAN KEHIDUPAN INI,  DUHAI KEKASIHKU,  AKU MERINDUI DI SAAT AIR MATA INI MENATA RINDU,  AKU MERINDUI DI SAAT HATI BERGETAR MENGINGATMU,  AKU MERINDUI DI SAAT AKU MERASAKAN SUSUKMU,  AKU MERINDUI DI SAAT AKU MERASAKAN DIRIMU,  DUHAI KEKASIHKU,  MUNGKIN TAKDIRKU BEGINI,  AKU TERIMA WALAUPUN AKU TIDAK BERDAYA,  NAMUN ADAKAH AKU LAYAK,  DUHAI KEKASIHKU....  MASIH KAH AKU LAYAN MENJADI PEMUJAMU,  MASIHKAH LAYAK AKU MENGIMPIKANMU MASIHKAH LAYAK AKU MENGHARAPKANMU,  DUHAI KEKASIHKU,  AKU MASIH MENUNGGU SAAT UNTUK BERTEMU DENGANMU, NAMUN, ADAKAH AKU LAYAK ADAKAH AKU BERPELUANG MENJADI KEKASIHMU,  DUHAI KEKASIHKU,  DIRIMU TERLALU LAMA AKU DAMBA,  NAMUN AKU KERAP LEKA DENGAN CINTA LA...

Menagih sekuntum cinta

Image
rantaian kasih kian berjuntaian... himpunan kata-kata rindu semakin membara meniti di bibir, rasa kasih dan cinta menjadi ratapan ku saban hari, hamparan nota-nota silam menjadi kenangan ku, wajahmu terbayang menepis realiti yang mahu menerpa... duhai sayang, langit nan biru tetap dengan warnanya, deruan ombak masih memutih buihnya, kicauan burung masih merdu kedengaran, namun mengapa, dirimu menjadi bayangan yang sukar untuk aku dapatkan.. duhai kasihku, semakin sukar aku menggapaimu, semakin jauh untuk aku mendekatimu, semakin sakit perjalananku kepadamu, adakah hati ini tidak cukup mencintaimu, adakah hati ini tidak cukup merinduimu, adakah rasa ini hanyalah sebuah kepura-puraan... yang telah membuatkan cintamu begitu payah ku hampiri.. duhai cintaku, hamparan syahdu menjadi ratapanku, deraian air mata menjadi peneman di kala sunyi, alunan merdu ayat-ayatmu menjadi pengubat rindu yang menggunung.. aku masih menanti.. aku masih menunggu, saat dan waktu, agar a...

cinta saya

Image
Assalamualaikum, Allah.. terasa sudah terlalu lama tangan ini tidak menaip entri di dalam blog ni. masa yang sangat sangat cemburu dengan diri saya membuatkan saya tidak dapat mengisi setiap ruang kekosongan dalam blog ini dan menambah baik kekurangan yang ada.. ya... cinta, semua orang pernah merasainya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja.. kita sering mendengar orang tua- tua ada berpesan jangan terlalu membenci nanti boleh jatuh cinta. saya tidak menafikannya. kerana itu yang terjadi dengan diri saya sendiri. kenapa saya nak berbicara soal ini? hmmm... tidak ada sebab yang tertentu sebenarnya. cuma saya lebih tertarik dengan tajuk ini. mungkin sebilangan dari para pembaca juga memiliki kisah-kisah tersendiri mengenai topik ini. saya tidak mahu mengganggu privasi para pembaca semua. bagi saya setiap orang ada kisah mereka. bagaimana dengan dunia percintaan saya?? hmmm, jujur, saya masih tidak memahami apa tu cint...

Untukmu

Image
Assalamualaikum.. bismillahirrohmanirrohim... kisah ini saya copy daripada viral di whatsapp... dan hati saya begitu tersentuh.. jadi saya kongsikan di sini.. agar daot menjadi tatapan dan jentikan buat sahabat yang lain juga... Sahabat senior kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul- betul menyentuh hati. syeikh: kamu suka dia? fulan: ya syeikh.... syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu? fulan: ya syeikh, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya... syeikh: bila kamu akan menikahinya? fulan: lepas belajar syeikh. dalam 3 tahun lagi syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? ...

SEMESTER 2 UTHM

Assalamualaikum...  para pembaca semua.. rasa dah terlalu lama sangat saya tak update blog di sini. rindu pula rasanya.. kekangan masa sebagai pelajar universiti yang sering di asak dengan assignment dan projek yang menimbun membutkan saya tiada masa yang terluang untuk mengisi blog ini.... alhamdulillah, tugasan dan projek dapat di selesaikan dengan baik. alhamdulillah, beberapa malam tidak dapat lenaa memikirkan kerja yang menimbun akhirnya segalanya selesai dengan pertolongan dan bantuanNYA. namun beberaoa hari kebelakangan ini, fikiran saya sering kali di tekan dengann pelbagai ersoalan dan hati saya sering kali di asak dengan seribu perasaan, marah,sedih,takut,bimbang dan sebagainya. semuanya bermula apabila saya menghadiri sebuah majlis yang di anjurkan oleh sahabat yadim UTHm.. saya rasa bersyukur sangat kerana terppilih untuk menghadiri majlis sebegitu. saya mula berkenalan dan menyedari bahawa realiti islam pada hari ini semakin tergugat, semakin lemah, dan semakin m...