tahun 2013

tahun 2013 semakin hampir untuk melaburkan tirainya.. pelbagai kenangan pahit dan manis yang saya lalui membuatkan saya mempelajari pelbagaai perkara yang membuatkan saya lebih kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan akan datang. namun kadangkala peristiwa pahit yang sudah menjadi sejarah dalam kehidupan saya membuatkan saya bersedih dan menitiskan air mata.. hmmm.... memang sakit bila di sakiti dan di khianati perasaannya. namun saya yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikamhnya. saya yakin apa yang "dia" lakukan pada saya pasti ada hikmahnya. saya tidak mampu menyalahkan sesiapa kerana saya juga yang bersalah kerana mudah menyerahkan perasaan kepada orang lain. hmmm... saya sudah melalut panjang nampaknya. tak apalah saya ringkaskan catatan saya dengan gambar-gambar kenangan saya tahun ini.. hanya sedikit saja gambarnya sebab saya ni jenis yang tak suka bergambar...