SPM
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua.... alhamdulillah kita masih dapat bersua semula setelah sekian lama saya tidak menulis entri pada blog saya ni.. saya amat sibuk mengulang kaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan SPM.. Alhamdulillah walaupun soalan yang di ajukan sebahagiannya agak susah tapi alhamdulillah saya masih dapat menjawabnya dengan tenang. semuanya berkat doa dan usaha guru-guru serta ibu bapa yang tidak putus-putus buat saya.
SPM atau sijil pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan penting yang bakal menentukan corak perjalanan seseorang pada masa akan datang.. oppsss lupa nak bagi tahu, alhamdulillah saya sudah selesai menduduki peperiksaan SPM, sepanjang peperiksaan saya dan kawan-kawan tidak putus-putus mengulang kaji pelajaran. guru-guru juga mengambil kesempatan yang terluang untuk mengadakan kelas tambahan. baru saya sedar etapa besarnya pengorbanan seorang guru terhadap kejayaan muridnya.
setiap hari sebelum peperiksaan kami akan baca yasiin bagi menenangkan hati dan perasaan. masih segar di ingatan saya pada hari pertama saya menududki peperiksaan SPM dengan subjek pertama adalah bahasa melayu, sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam dewan, terasa tangan sejuk seolah-olah tiada darah. apabila pengawas peperiksaan menyatakan peperiksaan di mulakan, tiba-tiba fikiran saya buntu. saya akut ingin memulakan walau satu huruf. tangan saya menggeletar,susah ingin menulis. saya terfikir mungkin inilah sebabnya cikgu saya selalu pesan suruh tenangkan diri.
peperiksaan SPM agak lama... ingin menunggu kertas soalan yang terakhir terasa begitu tertekan.. namun sebebnarnya musim peperiksaan amat menyeronokkan.. apa yang seronok??? seronoknya apabila masuk dewan peperiksaan suasa sunyi sepi.. kemudian, kami dapat solat berjemaah bersama-sama, kami dapat baca yasin sama-sama, kami dengar luahan hati guru-guru yang begitu prihatin akan kami. kami dapat merapatkan lagi hubungan antara teman-teman. dan di saat akhir sekali adalah di saat sebahagian pelajar melaungkan "merdeka" sebaik sajah mereka selesai menduduki kertas peperiksaan yang terakhir. sungguh menggembirakan...
jika pada awal persekolahan, saya berasa amat bosan, dan tak sabar hendak berhenti sekolah. tapi apabila hari terakhir peperiksaan mula melaburkan tirai, perasaan sayu,sedih,rindu dan hiba mula bersarang dalam hati. kembali teringatkan kenangan dengan kawan-kawan lama.. tak tahu sama ada dapat bersua lagi,kerana ingin menunggukan bulan mac tahun 2014 terlalu lama, takut tak sempat pula..
hmm... mungkin sampai di sini saja dulu cattaan saya... sekian saja dari saya...

Comments
Post a Comment