INDAHNYA
Bismillahirrohmanirrohim, assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. alhamdulillah kita dapat bersua lagi.. masa sangat singkat dan begitu banyak halangan untuk aku menaip kata hati di ruangan ini. alhamdulillah, masih di izinkan untuk kita bersua lagi. alhamdulillah, pejam celik, pejam celik.. sudah mahu hampir satu semester aku menuntut di universiti Tun Hussein Onn, pelbagai pengajaran yang dapat aku raih. pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui membuatkan aku kembali kukuh untuk berdiri.. saya pernah terduduk tatkala mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswi dan juga sebagai seorang remaja. sudah menjadi fitrah seorang manusia dan juga jiwa seorang remaja yang merintih untuk di cintai dan di sayangi serta di lihat oleh insan yang bergelar lelaki.. begitu juga dengan diriku. dalam masa aku mengejar cita-cita hadir sebuah perasaan yang hadir yang membuatkan aku bersemangat untuk aku melangkah. ya seorang lelaki yang patut ku contohi sebagai seorang musli...