INDAHNYA

Bismillahirrohmanirrohim, assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. alhamdulillah kita dapat bersua lagi.. masa sangat singkat dan begitu banyak halangan untuk aku menaip kata hati di ruangan ini. alhamdulillah, masih di izinkan untuk kita bersua lagi.

alhamdulillah, pejam celik, pejam celik.. sudah mahu hampir satu semester aku menuntut di universiti Tun Hussein Onn, pelbagai pengajaran yang dapat aku raih. pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui membuatkan aku kembali kukuh untuk berdiri..

saya pernah terduduk tatkala mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswi dan juga sebagai seorang remaja. sudah menjadi fitrah seorang manusia dan juga jiwa seorang remaja yang merintih untuk di cintai dan di sayangi serta di lihat oleh insan yang bergelar lelaki.. begitu juga dengan diriku. dalam masa aku mengejar cita-cita hadir sebuah perasaan yang hadir yang membuatkan aku bersemangat untuk aku melangkah.

ya seorang lelaki yang patut ku contohi sebagai seorang muslim yang amat beriman dan seorang pelajar serta mahasiswa yang berjaya. aku beitu kagum, sehingga terkadang membuatkan hati aku merintih aku mendapatkan dirinya sebagai pasangan hidup. kelakar sungguh jika aku fikirkan semua. aku hampir menangis dan kehilangan kekuatan tatkala aku mengetahui dirinya sudah di miliki. aku hampir kehilangan separuh hidupku. mungkin ini yang di rasakan oleh para wanita yang bercinta di luar sana...

alhamdulillah, kekuatanku kembali hadir... DIA sentiasa ada memberikanku kekuatan dan keyakinan. terkadang tatkala aku berfikir kembali, begitu banyak penawar yang telah di berikan kepadaku. hatiku kembali nyaman, hatiku kembali tenteram dan hatiku kembali yakin bahawa DIA telah menentapkan yang terbaik buatku..

jiwa remajaku memberontak ingin di cintai oleh insan.. hadir seorang insan menyatakan ada pesanan yang perlu aku baca agar aku tahu ada cinta yang sedang menanti aku.. ya, aku lupa bahawa pesanan itu telah di kirimkan kepada aku begitu lama, tapi aku hanya memandangnya sekilas, hanya membacanya tanpa menghayatinya, membawanya tanpa mahu bercinta dengan penghantar pesanan itu.

tatkala aku jatuh, aku raih pesanan itu penuh hiba.. hatiku kembali bertamu di muka pesanan, tatkala mata memandang barisan ayat yang indah, tatkala lidah mengalunkan mesej dan pesanan yang begitu lembut, air mataku mengalir.. ya, aku sedar bahawa rinduku telah kembali bertamu pada pemilik pesanan itu.. cintaku telah ku temu.. telah ku berikan sepenuh cintaku pada pesanan itu.. penghantar pesanan yang begitu ku cintai sedari aku mendengar namanya..

duhai jiwa duhai hati yang meronta.. cintamu telah datang sayang, cintamu telah datang... memanggil kamu untuk sama brtaut kasih.. hadirlah kepadanya sayang.. aku minta, aku memohon.. tiada cinta seagong cinta itu.. tiada kasih seagong kasih itu.. dampingilah pemilik pesanan itu..

indahnya tatkala cinta telah bertaut. rasa resah dan gelisah pudar dan hilang.. tiada lagi harapan palsu.. dan tiada lagi penantian yang tiada kepastian.. aku telah meraihnya.. meraih cinta yang sbenar.. tatkala kakiku melangkah, aku yakin pasti akan ada duri yang melukai kakiku, namun aku pasti.. cinta itu akan hadir sebagai penawar luka walaupun bagi luka yang paling dalam..

itulah cinta hakiki, itulah cinta suci, itulah cinta abadi, cinta sang pemilik bumi, cinta sang pencipta langit dan alam... cinta penguasa cinta sang raja yang paling tinggi..


Hasil carian imej untuk cinta paling agung

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu