2012!!!

assalamualaikum smua... hmm nampaknya tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya,dan kini tahun 2012 menampakkan wajah... pada tahun baruu ini,marilah kita bersama-sama menyematkan azam dan tujuan baru dalam kehidupan kita.. jangan berpaling semula ke masa silam yang hanya akan membuatkan kita lemah dan tak mahu berdiri semula.. bayangakanlah masa depan yang cerah sedang menanti kita.....

hmmm.... apa yang and bayangkan dalam fikiran anda sekarang nie?? apa kata saya berikan sedikit cadangan..

1)bagi yang bersekolah=berazamlah untuk menjadi pelajar yang cemerlang
2)bagi yang bekerja= berazamlah untuk menjadi pekerja yang terbaik dan berusahalah untuk mendapatkan rezeki yang halal dan mningkatkan taraf kehidupan kearah yang lebih baik
3)bagi surirumah=berazamlah untuk menjaga keluarga dan anak-anak supaya sentaiasa tenteram...

bagaimana.. boleh??? hehehe... ^_^

ouh ye.. esok tarikh 4 januari 2012...  esok bermulanya alam persekolahan.. mesti adik-adik yang masih di sekolah rendah lebih-lebih lagi di sekolah tadika tidak sabar-sabar ingin melangkah ke alam persekolahan bukan.. ingin mempergakan alatan dan pakaian baru pada kawan-kawan.. saya hanya ingin menasihatkan... belajar elok-elok.. jangan nakal-nakal..

bagi yang sudah di alam sekolah menengah sudah semestinya tiada rasa excited ingin ke sekolah.. mungkin sudah lali dengan situasi sebelum musim ersekolahan berlku... hmmm... saya hanya ingin kongsikan kepada kamu... ilmu adalah penting... daripada segala-galanya... harta dan kekayaan tiada nilanya berbanding ilmu pengetahuan.. oleh sebab itu,bagi yang sudah bekerjapandai-pandailah menguruskan masa agar pelajaran anda tidak terganggu..

*kenapa saya katakan ilmu penting???
~tanpa ilmu kita mudah di tipu dan permainkan oleh orang yag berkuasa
~tanpa ilmu,kita sukar mencari masa depan yang cerah
~tanpa ilmu,agak sukar untuk memperoleh pekerjaan yang sesuai dan boleh mengubah masa depan..
~tanpa ilmu bagaiaman kita ingin memperbaiki kekurangan pada diri??

*renung-renungkanlah...

#ouh ya... saya sering dengar masalah disiplin yang teruk sering sahaja berlaku dalam kalangan remaja yang dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun... hmmm... mengapa ini boleh terjadi??
bagi pelajar yang terasa.. saya cuma ingin menasihatkan anda,dalam alam pekerjaan bukan hanya kepanddaian yang dicari,tapi sahsiah dan akhlak turut menjadi syarat-syarat dalam pemilihan pekerja...
jangan pernah biadap atau berkelakuan kurang sopan terhadap guru.. kerana tanpa redha guru,ilmu pelajaran kita tak akan berkat... oleh itu,bagi rakan-rakan saya yang ada melakukan salah pada guru-guru,minta ampunlah pada mereka... jadikan tahun 2012 ni sebagai tahun untuk anda berhijrah kepada yang lebih baik... insyaAllah kehidupan anda akan lebih tenang selepas ni...

sampai sini catatan saya, saya ambil kesempatan ni untuk mengucapkan salam tahun baru... tahun sudah bertukar baru,wajah muda sudah bertukar kacak dan jelita,amal kebajikan di perbanyakkan juga.. ibadah jangan lupa.. :)

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu