Posts

Showing posts from March, 2013

perpisahan

Image
kehidupan di penuhi dengan corak yang pelbagai. kadangkala ia di kelilingi kesuraman dan kegelapan. kadangkala ia di kelilingi keteranagn dan keceriaan. itulah corak kehidupan. kehidupan bermula dengan sebuah pertemuan dan diikuti dengan perpisahan. itulah lumrah sebuah kehidupan.sebuah perpisahan tidak mampu kita tahan dan kita larang. hanya titisak air mata yang mengiringi sebuah perpisahan. hanya kita mampu berserah semoga perhubungan yang terjalin di berkati Allah. kesedihan... air mata yang menjadi wakil perasaan kita sebenar. bagiku tidak sanggup aku menghadapinya...

guru

Image
Duhai Guruku, dahulu aku mengeja namamu, kini aku membaca karyamu, dahulu aku bertatih mengira angka, kini aku pantas mendapat jumlahnya, dahulu aku merangka gambar, kini aku melakar potret, dahulu aku membaca huruf hijaiyah kini aku seorang qariah duhai guru, dikala fajar memperlihatkan diri, dikau sudah setia menanti, dihadapan pagar dengan senyuman di beri, di kala fajar menyembunyikan terang, dikau menemani kami pulang, dengan senyuman yang tidak hilang, membuat kami sentiasa terkenang duhai guru, waktu terus berlalu, tanpa memberi peluang untuk kita bertemu, wajahmu berubah berkedut seribu, matamu yang segar semakin layu, langkahmu yang pantas kini tidak bersatu, namun, masih terpancar keikhlasan itu, dalam menabur ilmu kepadada anak didikmu duhai guruku, lihatlah mereka di sana, berkenderaan gah buatan Malaysia, lihatlah mereka di sana, berpakaian indah mempersona, lihatlah mereka di sana berseragam segak mengangkat senjata, tahukah dikau duhai guru tercinta, itulah anak didikmu ...

tolong menolong

Image
"Akak tolong adik naik bukit, kesian adik tak dapat naik sendiri." Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian. apa khabar kawan-kawan pada hari ini. alhamdulillah kita dapat bersua lagi. kawan-kawan, hari ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang satu topik yang amat popular. entah mengapa tiba-tiba saya terfikir akan tajuk ini sewaktu saya sedang duduk berehat bersama keluarga. tajuk saya adalah tolong menolong. pepatah melayu ada menyebut, berat sama di pikul ringan sama di jinjing. kawan-kawan, pada masa sekarang ni, budaya saling tolong menolong kian menipis dalam kalangan masyarakat. hal ini terjadi paling kritikal sekali apabila berlaku antara kaum yang berbeza misalnya cina dengan melayu, india dengan cina dan seumpamanya. malah ada yang lebih menyedihkan taraf dan juga kedudukan turut di kaitkan sekali. kawan-kawan, apa salahnya kita saling membantu. bukankah ia mampu meringankan beban orang lain juga. ada yang menyatakan "saya bukan orang se...

sebatang pena

Image
Assalamualaiakum dan salam sejahtera duhai kawan-kawan dan para pembaca yang amat saya hargai.. alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bersua  setelah sekian lama saya menyepi kerana kesibukan dan kesuntukan masa yang tak dapat di elakkan.. kawan-kawan, hari ini saya ingin bercerita tentang sebatang pena.. mesti kawan-kawan tertanya-tanya mengapa saya memilih gambar ini dan bukannya sebatang pena bukan.. sebenarnya, saya ingin mengkaitkan antara pena dengan sebuah perjalanan. kawan-kawan, tanpa kita sedari, kehidupan kita ini umpama kisah. kadang-kala sedih, gembira, pilu, kecewa dan sebagainya. kehidupan kita di penuhi dengan masam manis kehidupan. andai kata setiap apa yang kita lalui kita lakarkan ia menjadi sebuah kisah, sudah tentu ia merupakan sebuah kisah yang amat panjang tanpa penghujungnya. ya tanpa penghujungnya selagi kita masih bernyawa selagi itu sebuah pena kehidupan akan terus melakar sebuah kisah tanpa hentinya. kawan-kawan, andai kata kita baca semula kisah kehidup...