tolong menolong
"Akak tolong adik naik bukit, kesian adik tak dapat naik sendiri."
Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian. apa khabar kawan-kawan pada hari ini. alhamdulillah kita dapat bersua lagi.
kawan-kawan, hari ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang satu topik yang amat popular. entah mengapa tiba-tiba saya terfikir akan tajuk ini sewaktu saya sedang duduk berehat bersama keluarga. tajuk saya adalah tolong menolong. pepatah melayu ada menyebut, berat sama di pikul ringan sama di jinjing.
kawan-kawan, pada masa sekarang ni, budaya saling tolong menolong kian menipis dalam kalangan masyarakat. hal ini terjadi paling kritikal sekali apabila berlaku antara kaum yang berbeza misalnya cina dengan melayu, india dengan cina dan seumpamanya. malah ada yang lebih menyedihkan taraf dan juga kedudukan turut di kaitkan sekali.
kawan-kawan, apa salahnya kita saling membantu. bukankah ia mampu meringankan beban orang lain juga. ada yang menyatakan "saya bukan orang senang" bagi mengelakkan diri daripada membantu orang lain. kawan-kawan, sebuah pertolongan bukan hanya di kategorikan dengan bantuan dari segi nilai mata wang, tapi ia juga termasuk bantuan tenaga, nasihat dan dorongan. jadi setiap orang mampu memberikan bantuan kepada orang lain. malah golongan bawahan tidak mustahil dalam membantu golongan atasan. bagi golongan atasan,janganlah rasa terhina apabila menerima bantuan, berfikiran positiflah sentiasa. kita harus ingat kedudukan kita yang berada di atas tidak menjamin kesempuirnaan kita sehingga kita berasa enggan untuk menerima bantuan daripada orang lain.
kawan-kawan, saya merupakan seorang pelajar sekolah. dan budaya tolong menolong ini amat tipis di amalkan dalam kawasan sekolah, tak kiralah sekolah biasa ataupun sekolah berasrama penuh. apa gunanya kebijakkan yang tinggi jika sikap murni ini tidak di tanam dan diamalakan. bukankah nilai-nilai sahsiah turut di ambil dan bukan sahaja nilai-nilai akademik? jadi mengapa hal-hal sebegini sering di pandang ringan. bukankah sesuatu bermula dari sebuah pendidikan. jikia nilai-nilai yang baik tidak di terapkan di dalam diri pelajar-pelajar sejak dari bangku sekolah, amat mustahil dan sukar bagi mereka untuk memupuk nilai-nilai tersebut apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan yang amat mencabar.
kawan-kawan, saya berkata begini bukan kerana saya selalu membantu. saya juga manusia yang amat lemah. kadang-kala saya juga terlepas pandang akan hal ini. oleh sebab itu saya berasa tertarik utnuk berkongsikan dengan kawan-kawan kerana ia juga mampu memberikan peringatan kepada diri saya juga.
maaflah kawan-kawan, nampaknya catatan saya pada hari ini agak emosi dan terlalu panjang. harap kawan-kawan tidak bosan membacanya. insyaAllah saya akan hadir dengan maklumat yang menarik untuk catatan seterusnya. terima kasih dan assalamualaikum..
Comments
Post a Comment