sebatang pena



Assalamualaiakum dan salam sejahtera duhai kawan-kawan dan para pembaca yang amat saya hargai.. alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bersua  setelah sekian lama saya menyepi kerana kesibukan dan kesuntukan masa yang tak dapat di elakkan..

kawan-kawan, hari ini saya ingin bercerita tentang sebatang pena.. mesti kawan-kawan tertanya-tanya mengapa saya memilih gambar ini dan bukannya sebatang pena bukan.. sebenarnya, saya ingin mengkaitkan antara pena dengan sebuah perjalanan.

kawan-kawan, tanpa kita sedari, kehidupan kita ini umpama kisah. kadang-kala sedih, gembira, pilu, kecewa dan sebagainya. kehidupan kita di penuhi dengan masam manis kehidupan. andai kata setiap apa yang kita lalui kita lakarkan ia menjadi sebuah kisah, sudah tentu ia merupakan sebuah kisah yang amat panjang tanpa penghujungnya. ya tanpa penghujungnya selagi kita masih bernyawa selagi itu sebuah pena kehidupan akan terus melakar sebuah kisah tanpa hentinya.

kawan-kawan, andai kata kita baca semula kisah kehidupan kita, sudah tentu kita akan tertawa dan berasa lucu kerana kita tidak menyangka hari-hari kita yang lalu amat melucukan dan memberikan kesan kepada kita..

kawan-kawan, sebatang pena dan sebuah kisah mewakili diri kita... andai kata pena itu terhenti... tiada siapa yang mampu menyambungnya lagi. hanya kita pemilik pena itu.. jadi berusahalah untuk menjaga pena itu dan berushalah untuk melakar sebuah kisah yang indah dan sempurna dalam kehidupan kita..

kawan-kawan, sekian saja dari saya insyaAllah kita berjumpa lain kali.. doakan saya semoga saya mampu menyediakan isi yang bersesuaian dan menarik untuk bacaan kawan-kawan.

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu