Posts

Showing posts from August, 2013

cantiknya

Image
pandanganku ku halakan ke setiap penjuru dunia.. hatiku terdetik sesuatu... sesuatu yang baru saja ku sedari.. tatkala mata dan hati bersatu memandang ciptaanNYA.. lautan biru terbentang luas... hamparan hijau menyinari setiap derapan langkahku.. kicauan burung  menjadi alunan muzik yang yang sentiasa mengiringi setiap langkahku... Ya Allah sungguh indah ciptaanMU.. ku pandang ke hamparan langit yang biru... awan putih berarak lembut sungguh menenangkan.. hembusan angin yang tiada henti berkejaran menenangkan hatiku... ku pejamkan mataku erat... ku hirup udara dalam-dalam... dapat ku rasakan kasihMU di sekelilingku.. sungguh.. ciptaanMU sungguh indah Ya Allah... ku sandarkan tubuhku pada hamparan hijau yang lembut.. rumputan hijau seolah-olah membelaiku lembut... membuatkan aku terlena.. terbang segala kekacauan dan kegalaun hati.. terbang segala masalah dan kekusutan... sungguh.. hatiku begitu tenang... sungguh indah ciptaanMU Ya ...

Hari Raya Aidilfitri ^_^

Image
Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian.. apa khabar. semoga sihat sentiasa dan sentiasa gembira bersama keluarga tersayang. alhamdulillah.. kita sudah berjaya sampai ke penghujung bulan Ramadhan.. hanya tinggal sehari saja lagi kita akan bertemu dengan bulan syawal.. bulan yang di nantikan oleh setiap umat islam terutama kanak-kanak. kawan-kawan, apabila bulan syawal menjelma saya sering teringat akan kenangan sewaktu berada di sekolah rendah.. kenangan yang tak boleh di lupakan.. saya dan kawan-kawan bersama-sama bersalaman memohon maaf. dan kami diiringi dengan lagu-lagu raya... perhubungan kami amat rapat umpama satu keluarga.. walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain dengan begitu rapat namun ukhuwah tetap terjalin. masih saya ingat lagi apabila sudah puas beraya bersama keluarga kami akan menetapkan satu hari untuk beraya bersama-sama.. masih saya ingat betapa ramainya kami sehinggan mampu memenuhi rumah tuan rumah yang kami kunjungi. kami berjalan be...

catatan pena

Image
Ya Allah... dahulu aku sering di permainkan.. di sakiti.. di khianati... tatkala aku berusaha untuk memusnahkan kepercayaanku kepada mereka, kau hadirkan seorang insan yang membuatkan aku kembali mempercayai lelaki...  pada awalnya aku sangsi untuk mempercayai, namun setelah ku lihat perilakunya hatiku semakin kuat mengatakan bahawa dialah insan ang aku cari.. namun segalanya tipu belaka... dia sama sahaja seperti lelaki lain yang menilai diriku dari paras rupa dan kecantikan...  walaupun dia telah menyatakan bahawa dia menerima aku seadanya, tapi sebenarnya aku tahu hatinya berkata lain.. Ya Allah... mengapa begitu mudah aku mempercayai insan yang bernama lelaki? Mengapa aku sering kali tertipu dengan tipu helah mereka ? mengapa aku begitu bodoh sehingga tidak mampu meneka kepura-puraan mereka.. Ya Allah.. berilah aku kekuatan agar aku tidak jatuh hanya kerana cinta.. antulah aku agar mampu menggunakan kewarasan akalku untuk mengatasi kesakitan hatiku.. ya Allah sed...

sabar duhai saudaraku

Image
di sini aku mampu melihat langit biru, namun, di sana pandanganmu di batasi tembo batu, disini aku mampu melihat rumput hjau dan bunga yang mekar indah, namun, di sana pandanganmu hanya di hiasi rataan  tumpahan darah yang merah di sini aku tertawa riang dengan pelbagai hiburan dan keasyikan, namun, di sana dirimu menangis dan meraung hiba melihat jasad insan tersayang rebah dan berselerakkan.. di sini kami kaya dengan juadah dan santapan, namun, di sana dirimu kehausan dan kebuluran serta di hantui ketakutan. duhai saudaraku, walaupun ribuan keluargamu syahid, walaupuan ribuah sahabatmu jihad, walaupun ribuan saudaramu rebah, dirimu tidak pernah gentar dan berundur... semangatmu mempertahankan agama begitu kukuh dan padu, membuatkan kami malu dan malu... kerana.. walaupun hanya dengan sebiji batu kamu tetap mempertahankan islam, sedangkan kami, walaupun mewah dengan senjata kami tetap takut menentang kemungkaran... kerana.. walaupuan ancaman kematian ...

KU MERINDUIMU

Image
assalamualaikum.... apa khabar para pembaca sekalian... semoga sihat sentiasa bersama insan tersayang.. alhamdulillah.... saya masih bernafas dan di beri kesempatan untuk bersua dan berkongsi cerita dengan para pembaca sekalian. kawan-kawan yang saya sayangi.... entah mengapa sejak beberapa hari ini saya sentiasa merindui sat tempat yang sering kali menjadi idaman setiap umat islam... ya tanah suci kota mekah... hati saya begitu terpanggil untuk melawatinya dan berhijrah ke sana.. namun, masih belum berkemampuan untuk melangkah ke sana.. kawan-kawan saya yakin sekali, kawan-kawan juga ingin pergi ke sana bukan. siapa yang tidak mahu melangkah ke tanah suci, tempat di mana agama islam mula di sebarkan dan tempat di mana insan yang amat kita sayangi di lahirkan iaitu junjungan besar nabi Muhammad S.A.W... kawan-kawan, jujur saya katakan.. saya akan rasa cemburu dan iri hati apabila melihat rakan-rakan saya sudah ada yang pernah melawati tanah suci kota mekah, terasa diri ini begi...