KU MERINDUIMU





assalamualaikum.... apa khabar para pembaca sekalian... semoga sihat sentiasa bersama insan tersayang.. alhamdulillah.... saya masih bernafas dan di beri kesempatan untuk bersua dan berkongsi cerita dengan para pembaca sekalian.

kawan-kawan yang saya sayangi.... entah mengapa sejak beberapa hari ini saya sentiasa merindui sat tempat yang sering kali menjadi idaman setiap umat islam... ya tanah suci kota mekah... hati saya begitu terpanggil untuk melawatinya dan berhijrah ke sana.. namun, masih belum berkemampuan untuk melangkah ke sana..

kawan-kawan saya yakin sekali, kawan-kawan juga ingin pergi ke sana bukan. siapa yang tidak mahu melangkah ke tanah suci, tempat di mana agama islam mula di sebarkan dan tempat di mana insan yang amat kita sayangi di lahirkan iaitu junjungan besar nabi Muhammad S.A.W... kawan-kawan, jujur saya katakan.. saya akan rasa cemburu dan iri hati apabila melihat rakan-rakan saya sudah ada yang pernah melawati tanah suci kota mekah, terasa diri ini begitu jauh dan kerdil kerana tidak mampu kesana sedangkan kemewahan dunia sentiasa mengeliingi diri..

kawan-kawan, ajal dan maut segalanya di tangan tuhan yang maha BESAR... Saya tidak tahu bila agaknya roh saya akan di cabut daripada jasad zahir yang kelihatan sempurna... saya tidak tahu bila agaknya jasad saya kembali kepada asal kejadiannya iaitu tanah.. saya tidak tahu bila agaknya pandangan yang sedia kabur menjadi gelap selamanya. saya tidak dapat meneka mahupun menebak...  saya takut jika saya tidak mampu melangkah ke tanah suci sebelum perjalanan kehidupan saya berakhir.. saya takut impian saya selama ini untuk menjejakkan kaki ke tanah suci tidak kesampaian.. kerana itulah harapan dan keinginan saya yang paling besar...

rasa rindu dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W membuatkan saya kadangkala terfikir, sudah cukupkan amalku sebagai tanda ku sayangkannya...? apa yang aku lakukan sebagai tanda aku kasihkannya? saya merasakan diri saya begitu hina kerana hanya mampu menuturkan cinta dan sayang kepada baginda tanpa sedikit pun berusaha untuk emmbuktikannya... sahabat, teman, rakan dan kawan-kawanku... tahukah kita betapa sayangnya baginda kepada kita semua umatnya?tahukah kita betapa besarnya perjuangan baginda semata-mata untuk menyelamatkan kita darpada sebuah kesesatan yang nyata? kekayaan dan kemewahan membuatkan kita lupa... membuatkan kita leka.. kecantikan dan kesempuranaan membuatkan kita lupa pemilik kepada segala kecantikan dan kesempurnaan ini...

kawan-kawan, marilah kita bersama menzahirkan rasa cinta kpada baginda Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita melakukan sunnahnya dan mengamalkan segala apa yang di ajarkannya.. walaupun kita tidak pernah bersua dengan baginda, namun ajaran dan agama islam yang bawa baginda membuatkan kita sentiasa merasakan kehadiran baginda dalam kehidupan kita.. janganlah lokek untuk berselawat kepada baginda.. janganlah lokek untuk emngeluarkan suara,  marilah kita bersama-sama meyambung perjuangan baginda.. insyaAllah..

sekian saja daripada saya, Rashidatul adawiyah (R.A.A/S.M)



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu