catatan pena




Ya Allah... dahulu aku sering di permainkan.. di sakiti.. di khianati... tatkala aku berusaha untuk memusnahkan kepercayaanku kepada mereka, kau hadirkan seorang insan yang membuatkan aku kembali mempercayai lelaki...  pada awalnya aku sangsi untuk mempercayai, namun setelah ku lihat perilakunya hatiku semakin kuat mengatakan bahawa dialah insan ang aku cari.. namun segalanya tipu belaka... dia sama sahaja seperti lelaki lain yang menilai diriku dari paras rupa dan kecantikan...  walaupun dia telah menyatakan bahawa dia menerima aku seadanya, tapi sebenarnya aku tahu hatinya berkata lain..


Ya Allah... mengapa begitu mudah aku mempercayai insan yang bernama lelaki? Mengapa aku sering kali tertipu dengan tipu helah mereka ? mengapa aku begitu bodoh sehingga tidak mampu meneka kepura-puraan mereka.. Ya Allah.. berilah aku kekuatan agar aku tidak jatuh hanya kerana cinta.. antulah aku agar mampu menggunakan kewarasan akalku untuk mengatasi kesakitan hatiku.. ya Allah sedarkanlah aku agar tidak terhegeh-hegeh mencari cinta lelaki yang tidak tahu memegang kata dan janji.. Ya Allah, berilah kesedaran kepadaku ya Allah... Aku tahu aku tidak memiliki sebarang keistimewaan dan kelebihan, aku hanya insan biasa yang sering menagih cinta insan bernama lelaki. Namun setelah apa yang dia lakukan padaku, aku begitu yakin bahawa hatiku sudah tertutup untuk dirinya...



Ya Allah... bantulah aku.. bantulah hatiku untuk menangkis kesedihan ini... ya Allah, jauhkan aku daripada merasa cemburu kepada hal-hal yang sia-sia.. biarkanlah aku rela melepaskan dia dari hidupku dan melupakannya buat selama-lamanya..  aku tidak mampu lagi menahan hati Ya Allah... biarlah sekeping hatiku ini hanya buatMU.. kerana aku yakin cintaMU tidak penah luput buat hamba-hambaMU.. 


Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu