Posts

Showing posts from January, 2014

tudung itu indah

Image
" kakak, kenapa kita perlu menutup aurat?"soal si kecil bersuara petah kepada si kakak. si kakak tersenyum lantas membelai lembut si kecil. "kerana Allah suruh para perempuan dan wanita menutup aurat." balas kakak masih tersenyum.  " kenapa Allah suruh kita pakai tudung?"soal si kecil lagi. si kakak kembali tersenyum. "kerana Allah sayangkan kita. Allah suruh kita pakai tudung agar dapat melindungi diri dari perkara yang buruk." jawab di kakak. "Kakak, kalau tak pakai tudung, Allah marah ya?" soal si kecil. Si kakak mengangguk sambil tersenyum. "Bila kita tak nak pakai tudung, kita akan dapat dosa. bila dosa kita banyak sangat, kita akan masuk neraka nanti." balas si kakak. "Adik tak nak masuk neraka. neraka panas. ibu cakap dalam neraka ada api, ada ular, adik takut."ujar si kecil. senyuman pada wajah kakak mula melebar. " pandai adik akak. Kalau adik pakai tudung, Allah sayang. ibu sayang, ayah s...

CINTA YANG HAKIKI

cintakan bunga, bunga akan layu.. cintakan manusia, manusia akan mati.. cintakan Allah, kekal abadi sesungguhnya itulah cinta yang hakiki... bismillahirrohamanirrohim,  bunga dan manusia hanya makhluk yang di ciptakan di atas muka bumi ini sebagai hamba untuk beribadah kepada yang Maha Pencipta.. kehidupan kita telah di atur segalanya sejak tiada mula, dan kita sebagai hamba hanya menjalankannya.. sayang..  seribu kali sayang.. perasaan yang suci dan murni di letakkan di atas landasan yang rapuh dan tidak utuh.. remaja begitu asyik dengan cinta monyetnya, sang dewasa begitu lalai dengan dunia cintanya, termasuklah sang emas, yang segelintirnya masih mencari cinta duniawinya. cintakan bunga akan layu, cintakan manusia akan mati, makhluk ini hanyalah sementara.. tiba saatnya ia akan pergi dan musnah.. jangan meletakkan cinta kepada hamba yang paling utama, tapi letaklah cinta ilahi yang pertama.. kerana apa? cint...

rukhsah solat

Image
Rukhsah [ solat ketika sakit ] Email This   BlogThis!   Share to Twitter   Share to Facebook Maksud Rukhsah Rukhsah ialah kemudahan /keringanan/kelonggaran/keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada hamba Nya dalam mengerjakan ibadat, dengan keadaan tertentu seperti musafir, sakit dan di medan perang. Dan hari ini saya ingin menceritakan bagaimana cara untuk rukhsah solat ketika sakit. Maksud solat Dari segi bahasa : Bermaksud doa Dari segi istilah : Satu ibadat yang merangkumi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan niat dan di akhiri dengan salam. Maksud solat ketika sakit/Rukhsah Menunaikan ibadah solat mengikit keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikan solat secara biasa. Konsep Ibadat ketika sakit Allah mewajibkan setiap umat Islam yang Mukallaf melaksanakan ibadat yang difardhukan mengikut kemampuan masing2. Antaranya ialah, 1. Solat - Orang yang sakit boleh melakukan solat secara duduk , baring ...

pesanan Syeikh Ahmad Yasin

Image
PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi ora...

kisah batu dan syiling

Image
seorang pekerja buruh sedang khusyuk membancuh simen di bawah terik matahari. sedang di khusyuk melakukan kerjanya, tiba-tiba sekeping syiling jatuh berhampiran dengan tempatnya berdiri. Dia segera mengambil duit syiling itu lalu menyambung kerjanya semula. tidak berapa lama kemudian, sekeping duit syiling sekali lagi jatuh tidak jauh dari tempatna berdiri, dia segera mengambil duit tersebut sambil berkata "rezeki aku" sebenarnya bos kepada buruh tersebut sedang melihatna dari tingkat 8 bangunan yang masih belum siap di bina. Bosnya telah mencampakkan duit ke bawah kerana ingin memanggil pekerja buruh tersebut kerana suaranya tidak sampai untuk memanggil pekerjanya itu yang berada di aras bawah. Bos itu tetap membaling duit syiling ituke bawah dengan harapan buruh tersebut menoleh ke atas  dan mencari punca datang duit syiling tersebut. namun sehingga habis duit syiling di lemparan ke bawah, pemuda buruh ersebut tidak juga memandang ke atas, malah mengutip duit syilin...

Kisah lelaki yang memukul Ibrahim bin Adham

Image
Kisah lelaki yang memukul Ibrahim bin Adham Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia Ketika sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalnya lalu bertanya kepadanya, “Engkau seorang hamba?” Jawab Ibrahim, “Ya”. “Di mana tempat perkampungan terdekat?” tanya lelaki itu. Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke perkuburan yang ada di dekat situ sambil berkata, “Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki”. Lelaki itu mundur sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata, “Aku menanyakan letak perkampungan, mengapa kamu menunjukkan pekuburan kepadaku? Apa kamu hendak mengolok-olok aku?”. Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Ibrahim dengan tongkatnya sehingga darah bercucuran dari kepala Ibrahim. “Pukullah kepala yang telah lama berbuat dosa kepada  Al...

Empat wasiat Rasulullah untuk umatnya

Image
Empat wasiat Rasulullah untuk umatnya Di hari-hari terakhir Rasulullah Shallalahu alaihi wassalam, beliau banyak meninggalkan pesanan-pesanan yang berupa nasihat kepada para sahabat. Diantara wasiat itu adalah empat wasiat Rasulullah tentang keutamaan sentiada bertakwa, pentingnya bersatu didalam sunnah agama yang benar dan taat kepada pemerintah yang sah. Beliau juga memerintahkan para sahabat meninggalkan perkara-perkara bidaah dalam agama. Berkata al-‘Irbadh bin Sariyah Radhiyallahu anhu : “Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat bersama kami kemudian beliau menghadap kepada kami dan memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang menjadikan air mata berlinang dan membuat hati bergetar, maka seseorang berkata: ‘Wahai Rasulullah nasihat ini seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah, maka berikanlah kami wasiat.’ Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Aku wasiatkan kepada kalian agar tetap bertaqwa kepada Allah, tetapl...

Petua menjadi orang bertakwa

Image
Petua menjadi orang bertakwa " Kitab ( Al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk kepada orang bertakwa " ( Al-Baqarah : 2 ). Diriwayatkan dari Imam At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari 'atthiyah as-Suddi , dia menceritakan bahawa : Rasullulah bersabda ; " Tidaklah seorangg hamba mencapai darjah Mutaqqin ( orang yang bertakwa ) hingga dia meninggalkan apa yang boleh dilakukannya kerana khuatir akan menjerumuskan kepada apa yang tidak boleh dikerjakan ( iaitu perkara yangg diharamkan ) " Iman At-Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan gharib. Diceritakan bahawa Umar bin Khatab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab mengenai takwa. Ubay bertanya kembali kepadanya. " Tidakkah engkau pernah melewati jalan yang berduri ".  Umar menjawab " Ya ".  Ubay bertanya kembali." Lalu apa yang engkau lakukan "  Umar Menjawab " Aku akan berusaha untuk menghindarinya ( duri itu ) " Kemudian Ubay me...

solat Fardhu

Image
                 BALASAN BAGI ORANG YANG MENGINGGALKAN SOLAT # ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT, DI SEKSA PADANYA LIMA BELAS SIKSAAN, ENAM PERKARA DI DUNIA, TIGA PERKAA SEMASA MATINYA, TIGA DI DALAM KUBUR DAN TIGA LAGI SELEPAS KEBANGKITAN. @ AZAB DI DUNIA IALAH: 1)  TIDAK DI BERKATI UMURNYA (KEHIDUPANNYA) 2)TIADA KEBERKATAN PADA REZEKINYA 3)KEHILANGAN NUR YANG MANA MUKA ORANG-ORANG SOLLEH PENUH DENGANNYA 4)TIADA TERPELIHARA BAGINYA AGAMA ISLAM 5)TIDAK MENERIMA PAHALA BAGI AMALAN-AMALAN YANG BAIK 6)TIADA DI ANGKAT DOANYA KE LANGIT OLEH MALAIKAT (DOANYA TIDAK DI TERIMA) @ AZAB KETIKA HENDAK MATI: 1) MATI DENGAN KEADAAN HINA 2)MATI DALAM KELAPARAN 3)MATI DALAM KEADAAN DAHAGA  HINGGA AIR DALAM LAUTAN DUNIA INI TIDAK DAPAT MENGHILANGKAN KEHAUSANNYA. @  AZAB DIDALAM KUBUR : 1)DI SEMPITKAN KUBURNYA (DI HIMPIT OLEH KUBURNYA HINGGA TULANG-TULANG RUSUKNYA BERCERAGAH) 2)API DI DABAKR DI DALAM KUBURNYA DAN DIA DI GULI...