Posts

Showing posts from March, 2014

PESAWAT MH370

Image
                     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca walau di mana juga anda berada. Alhamdulillah, kita masih di berikan kesempatan untuk melanjutkan kehidupan di atas muka bumi ini dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. pada tanggal 8 mac 2014 negara Malaysia telah di gemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia, MH 370 yang ingin bertolak dari lapangan Kuala Lumpur ke Vietnam. penerbangan mereka yang di jangka tiba di Vietnam pada pukul 6.30 pagi(anggaran sahaja) hanya sekadar anggaran apabila kapal terbang tersebut tidak tiba ke destinasi. pada hari ini, sudah masuk hari pesawat MH 370 di laporkan hilang. Ya Allah, terkejut apabila mendengar berita ini. seramai 227 orang penumpang dan 12 orang ank kapal yang menaiki pesawat tersebut masih belum di terima khabarnya sehingga ke hari ini.  Apa yang lebih membimbangkan lagi, di nyatakan bahawa minyak pesawat tersebut h...

Tanda-Tanda Kiamat kecil

Image
Ibu Abbas menceritakan, ketika haji Wada', Rasulullah SAW memegang pintu Kaabah, kemudian mengehadapkan wajahnya kepada orang ramai. lalu berkata kepada mereka: "Wahai sekalian orang Islam, antara tanda-tanda kiamat ialah solat tidak lagi didirikan,kehendak syahwat diikut,para pemimpin mengkhianati dan para menteri pula melakukan perbuatan fasik." Tiba-tiba Salman al-Farisi ke arah beliau dan berkata " demi ayah dan ibuku sebagai tebusan Wahai Rasulullah, apakah perkara tersebut benar-benar  akan berlaku?" Rasulullah menjawab " benar wahai Salman. ketika itu kemungkaran di anggap sebagai perbuatan yang baik sedangkan perbuatan yang baik di anggap sebagai kemungkaran." "apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" soal Salman lagi. Rasulullah menjelaskan lagi " benar wahai Salman. ketika itu hati orang islam akan larut di dalam badannya seperti garam yang larut di dalam air. ini kerana, dia melihat kemungkaran tetapi ti...

KEADAAN SEWAKTU KEMATIAN MENJEMPUT

Image
Al-Barak Bin Azib menceritakan, dia bersama sahabat-sahabat yang lain bersama Rasulullah S.A.W menghadiri pengebumian jenazah seorang ansar. Apabila kami sampai di kubur dan mayat sudah di bujurkn di dalam liang lahad. Rasulullah duduk dan dan kami juga duduk mengelilingi beliau, seolah-olah ada burun di atas kepala kami. pada tangan Rasulullah SAW terdapat sebatang ranting dan beliau memukul tanah. Rasulullah mendongakkan kepalanya ke atas dan berkata " berlindunglah kamu dari azab kubur" Rasulullah SAW mengucapkannya dua atau tiga kali kemudian Rasulullah menambah: "sekiranya seorang hamba yang beriman meninggal dunia dan menuju ke akhirat, para malaikat turun dari langit, wajah mereka putih seakan-akan matahari. mereka membawa kain kafan dari syurga dan minyak wangi untuk mayat dari syurga. mereka duduk di hadapan mayat sejauh mata memandang. setelah itu malaikat maut datang dan duduk berhampiran dengannya. ia berkata "wahai jiwa yang tenang, keluarlah kepada...

pemimpin terpuji,pemimpin terkeji

Image
UQBAH BIN AMIR menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata: "apakah kalian mahu saya ceritakan ciri-ciri pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk?" mereka menjawab "kami mahu mendengarnya wahai Rasulullah." Rasulullah S.A.W menyambung "pemimpin paling baik adalah pemimpin yang paling baik bagi kalian. dia adalah pemimpin yang paling kalian sayangi dan dia juga mengasihi kalian. Kamu berdoa kepada Allah bagi pemimpin ini dan dia juga mendoakan kamu" "pemimpin paling jahat adalah pemimpin yang paling buruk bagi kamu. pemimpin ini snagat di benci dan dia juga membenci kalian. Kamu berdoa kepada Allah agar dia dapat balasan, dan dia mendoakan kalian agar  mendapat kecelakaan. para sahabat bertanya, "apakah kami boleh memerangi pemimpin-pemimpin yang keji ini, wahai rasulullah?" Rasulullah menjawab, "tidak, biarkan mereka selagi merek masih berpuasa dan bersolat." CIRI PEMIMPIN TERPUJI : 1) individu ya...

SPM

Image
ASSAAMUALAIKUM DAN SALAM UKHUWAH.. alhamdulillah, dapat lagi kita bersua pada lembaran yang baru. sudah lama rasanya saya tidak menulis pada blog ini. terasa rindu pula dengan nasyid yang bergema dan telatah rakan-rakan.  Alhamdulillah, bulan mac sudah menampakkan wajahnya. dan in shaa Allah tidak lama lagi keputusan SPM bakal keluar tak lama lagi. ya Allah takutnya hati ni. rasa serba tak kena aja. saya pasti rakan-rakan yang sebaya dengan saya turut merasakan hal yang sama. tak dapat saya bayangkan bagaimanakah keputusan saya nanti. hanya doa yang boleh saya hamparkan . in shaa Allah, saya serahkan segalanya padaNYA. keputusan SPM merupakan sesuatu yang amat pentingbagi seseorang ingin melanjutkan pelajarannya.. saya berharap sangat agar saya mendapat keputusan yang baik agar saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik..           in shaa Allah kalau saya dapat sambung belajar nant i saya ingin ambil bidang farmasi dan kedokt...