PESAWAT MH370
pada tanggal 8 mac 2014 negara Malaysia telah di gemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia, MH 370 yang ingin bertolak dari lapangan Kuala Lumpur ke Vietnam. penerbangan mereka yang di jangka tiba di Vietnam pada pukul 6.30 pagi(anggaran sahaja) hanya sekadar anggaran apabila kapal terbang tersebut tidak tiba ke destinasi. pada hari ini, sudah masuk hari pesawat MH 370 di laporkan hilang.
Ya Allah, terkejut apabila mendengar berita ini. seramai 227 orang penumpang dan 12 orang ank kapal yang menaiki pesawat tersebut masih belum di terima khabarnya sehingga ke hari ini.
Apa yang lebih membimbangkan lagi, di nyatakan bahawa minyak pesawat tersebut hanya mampu bertahan selama 7 jam sahaja. namun sampai ke hari ini sudah leih 24 jam. Ya Allah, apalah nasib mereka.
pilu rasa di hati apabila melihat wajah sugul ahli keluarga yang tiba di KLIA sebaik sahaja mendapat berita tentang kehilangan yang berlaku.
dapat saya rasakan betapa peritnya rasa di hati yang harus mereka tanggung. kerinduan,kebimbangan dan kerisauan yang tiada henti menggasak hati.
Namun ada juga masyarakat yang tidak bertanggungjawab menjadikan musibah ini sebagai bahan untuk menjatuhkan dan mengenakan sesuatu pihak politik. saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana bagi saya pada waktu sebegini, kita seharusnya bersama-sama mendoakan keselamatan penumpang-penumpang pesawat tersebut. kita juga perlu memberikan dorongan dan semangat kepada ahli keluarga mereka..
apa guna di hantar kaunselor yang ramai untuk menenangkan hati mereka jika di sekeliling mereka masyarakat tidak putus-putus membuat andaian yang negatif serta menjadikan topik ini sebagia bahan kearah yang negatif.
hargailah perasaan ahli keluarga mereka. janganlah begitu memnetingkan diri sendiri. mungkin pada waktu ini kita tidak berada di tempat mereka, jadi kita boleh bercakap sesuka hati, cuba suatu hari nanti kita berada di tempat mereka,ahli keluarga yang amat kita sayangi hilang, apa perasaan kita jika musibah yang melanda diri kita di jadikan bahan oleh masyarakat sekeliling?
kepada masyarakat yang berhati mulia, berhentilah daripada membuat andaian dan spekulasi sendiri. hormatilah perasaan mereka yang sedang bersedih. berdoalah untuk kesejahteraan mereka.
Comments
Post a Comment