pemimpin terpuji,pemimpin terkeji




UQBAH BIN AMIR menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata:

"apakah kalian mahu saya ceritakan ciri-ciri pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk?"

mereka menjawab "kami mahu mendengarnya wahai Rasulullah."

Rasulullah S.A.W menyambung "pemimpin paling baik adalah pemimpin yang paling baik bagi kalian. dia adalah pemimpin yang paling kalian sayangi dan dia juga mengasihi kalian. Kamu berdoa kepada Allah bagi pemimpin ini dan dia juga mendoakan kamu"

"pemimpin paling jahat adalah pemimpin yang paling buruk bagi kamu. pemimpin ini snagat di benci dan dia juga membenci kalian. Kamu berdoa kepada Allah agar dia dapat balasan, dan dia mendoakan kalian agar  mendapat kecelakaan.

para sahabat bertanya, "apakah kami boleh memerangi pemimpin-pemimpin yang keji ini, wahai rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "tidak, biarkan mereka selagi merek masih berpuasa dan bersolat."


CIRI PEMIMPIN TERPUJI :

1)individu yang berakhlak paling mulia di kalangan masyarakat
2)berkhidmat agi kesenangan rakyatnya
3)mengasihi dan mengambil berta hal ehwal rakyat
4)sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesenangan rakyatnya
5)rakyat mengasihi dan menyayanginya
6)rakyat mendoakan kesejahteraan dirinya

CIRI-PEMIMPIN TERKEJI :
1)Mempunyai akhlak paling rendah di kalngan masyarakat.
2)memaksa rakyat berkhidmat bagi kesenangannya
3)tidak mempedulikan kesusahan rakyat
4)rakyat sangat membemcinya
5)dia juga membenci rakyatnya.



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu