catatan penghujung April
assalamualaikum... alhamdulillah, diri ini masih di beri ruang dan peluang untuk bernafas dan bertaubat. alhamdulillah.. kehidupanku masih di beri kesempurnaan akal dan kesihatan tubuh badan tanpa sebarang kecacatan dan kekurangan. alhamdulillah.. dunia semakin tua dan uzur. pelbagai perkara yang berlaku di atas muka bumi ini. semakin hampir kita dengan akhir zaman semakin banyak muncul perkara yang pelik. apa yang menyedihkan adalah, kita sebagai umat manusia masih tidak sedar bahawa dunia semakin hampir kepada penghujungnya. kadang kala diri ini berfikir sendiri... bagaimanakah amalanku? bagaimanakah keadaanku di hari di mana berlakunya perhitungan nanti? bagaimana caraku melintasi titian sirat? mampukah aku melintsinya? atau aku akan terjatu dan masuk ke dalam lubang neraka yang dalam dan tidak tertahan perit dan sakitnya. kehidupanku di kelilingi oleh pelbagai jenis manusia dan pelbagai ragam yang tidak mampu ku teka satu demi satu. kadangkala hujan, kadan...