catatan penghujung April

assalamualaikum... 
alhamdulillah, diri ini masih di beri ruang dan peluang untuk bernafas dan bertaubat. alhamdulillah.. kehidupanku masih di beri kesempurnaan akal dan kesihatan tubuh badan tanpa sebarang kecacatan dan kekurangan. alhamdulillah..

dunia semakin tua dan uzur. pelbagai perkara yang berlaku di atas muka bumi ini. semakin hampir kita dengan akhir zaman semakin banyak muncul perkara yang pelik. 

apa yang menyedihkan adalah, kita sebagai umat manusia masih tidak sedar bahawa dunia semakin hampir kepada penghujungnya. 

kadang kala diri ini berfikir sendiri... bagaimanakah amalanku? bagaimanakah keadaanku di hari di mana berlakunya perhitungan nanti? bagaimana caraku melintasi titian sirat? mampukah aku melintsinya? atau aku akan terjatu dan masuk ke dalam lubang neraka yang dalam dan tidak tertahan perit dan sakitnya.

kehidupanku di kelilingi oleh pelbagai jenis manusia dan pelbagai ragam yang tidak mampu ku teka satu demi satu. kadangkala hujan, kadangkala ribut, kadangkala cerah dan kadangkala mendung.  itulah yang boleh aku ibaratkan sikap manusia dari hari ke hari.

aku terfikir... apakah sumbanganku pada agama? apakah yang aku lakukan dalam membuktikan bahawa aku seorang yang cintakan agamaku? aku gentar beridir di hadapan dalam menegakkan kebenaran, sedangkan ada saudaraku yang sedang di ratah tanpa peri kemanusiaan oleh yahudi laknatullah..

aku tidak mampu menegur dan menegakkan kebenaran, walaupun di luar sana ramai pejuang yang terkorban semata-mata untuk menegakkan kebenaran. 

aku tidak mampu menegur insan yang hampir denganku dengan alasan takut persaudaraan bakal terputus.. ya benar islam melarang kita memutuskan hubungan sesama islam.. tapi apa yang bakal aku jawab jika di akhirat nanti aku di soal mengapa tidak memberi teguran dan bimbingan kepada saudaraku yang tersalah jalan??

di mana perjuanganku? di mana pengorbananku? jika dahulu sahabat rasulullah sanggup meninggalkan harta dan keluarga semata-mata untuk menyebarkan dan menegakkan agama islam, bagaimana pula dengan diriku? aku tidak berkorban apa-apa.. malah aku kalah dengan nafsuku.. aku mengikut kehendak hati.. aku gagal mengawal kehendak hatiku sendiri...

ya Allah.. aku termenung sendiri... terbayang di mindaku bagaimana hari di mna berlakunya ke hancuran. manusia berlari bertempiaran. si ibu lupa akan anaknya.. si anak lupa akan ibu dan ayah. wanita yang mengandung lupa akan kandungannya. manusia berlari lupa mereka yang lain. lupa kekasih, lupa keluarga, lupa saudara mara. yang mereka fikirkan hanyalah diri mereka sendiri.

ya kita semua hanya memikirkan diri kita sendiri. kita hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri kita sendiri walaupun hakikatnya pada hari itu tidak akan ada manusia yang terselamat. 

begitulah yang akan terjadi pada hari akhirat nanti di mana manusia dari zaman kaum nabi adam hingga umat nabi Muhammad S.A.W dihimpunkan di tempat yang sama. dalam keadaan tidak berpakaian. tapi pada masa itu tidak akan terbit rasa malu dengan keadaan sebegitu, yang hanya terbit dalam fikiran hanyalah bayangan penyesalan dan ketakutan yang tinggi tatkala penglihatan menangkap bayangan neraka dan telinga menangkap ngauman neraka yang menunggu manusia untuk di humban ke dalamnya. 

Ya Allah... di manakah tempatku pada hari itu? tidak terbayang di fikiranku. dosaku yang tinggi membuatkan aku malu untuk membayangkan syurga yang indah sepertimana yang telah di ceritakan dalam al-QURAN.

segelanya menjadi mimpi dan fikiranku..  bertuah bagi mereka yang telah pergi.. mereka tidak akan bertemu dengan hari di mana berlakunya kehancuran. kadangkala aku akan berdoa agar aku tidak bertemu dengan hari itu( meninggal dunia dahulu) namun setelah terkenang dosa dan kelalaianku selama ini, sanggupkah aku mengahdapi azab kubur yang tidak terperi sakitnya... 

ya Allah.. sesungguhnya ENGKAU lebih mengetahui apa yang bermain dalam fikiranku ini.. jadi bantulah hambamu ini.. 

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu