PENGENALAN BARU



asslamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. alhamdulillah kita masih bersua lagi. saya rasa sudah lama sangat saya tidak menulis entr pada blog ni. maklumlah saya masa semakin sibuk dengan urusan dunia yang tiada habisnya.. doakan saya agar kesibukan dunia tidak melalaikan saya dengan amal untuk bekalan di sana nanti.

alhamdulillah, setelah sekian lama mencari pekerjaan yang sesuai sebelum melanjutkan pelajaran, Allah mempertemukan saya dengan pekerjaan yang bagi saya sesuai dengan saya. walaupun kadangkala rasa penat mengusai diri, tapi saya gembira kerana saya dapat mencari wang pencarian sendiri.

sepanjang saya bekerja saya sentiasa membayangkan kesusahan ayah saya dalam mencari rezeki. baru saya sedar dan tahu dunia pekerjaan. begitu susah untuk mencari rezeki yang halal. tapi tidak mengapalah asalkan rezeki yang saya peroleh itu di redhai.

saya bersyukur sangat-sangat kerana di kurniakan kenalan-kenaln baru yang baik hati dan peramah. tidak jemu melayan kerenah saya. tidak tersinggung dengan tingkah saya yang terkadang melampau. hehehe.. mejoriti rakan-rakan di tempat saya bekerja dalam lingkungan 20 hingga 50 an. 

jika sebelum ini saya membayangkan kesusahan dan kesengsaraan jika bekerja dengan mereka yang lebih tua dan agak berusia, tapi sekarang saya sedar bahawa tanggapan saya meleset jauh. mereka baik dan tidak pernah bersikap kasar. mereka peramah. alhamdulillah, hari-hari saya di penuhi dengan gelak tawa walau kadang kala terbit ketidak selesaan dalam hatitapi saya percaya itulah lumrah dalam alam pekerjaan. 

dalam kehidupan memiliki pelbagai warna. jika kita melalui warna yang sama kita juga akan merasa bosan. Allah itu maha bijaksana... indah sebuah kehidupan..

jika ingin di perkenalkan satu-satu saya tidak ada gambar mereka. tidak mengapalah, jika saya ada gambar-gambar mereka saya kongsikan dengan kawan-kawan semua ya.. 


gambar-gambar rakan-rakan di tempat kerja yang saya ada.. ambil di facebook. kaum adam tiada.. yang ada kaum hawa aja. nanti kalau saya ada gambar mereka semua saya share dengan kawan-kawan ya,...

sampai di sini saja perkongsian saya. panjang umur kita bersua lagi. assalamualaikum.. ^_^

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu