TINGGAL KENANGAN
assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. alhamdulillah kita masih boleh bertemu lagi. pada kali ini saya ingin berkongsi cerita gembira bersama kawan-kawan semua. ^_6
di sini saya sertakan beberapa gambar insan-insan yang berjaya mewarnai kehidupan saya. ingat tak entri saya sebelum ini mengenai pengenalan baru. dan saya telah nyatakan yang saya akan berkongsi dengan kawan-kawan gambar-gambar mereka.
ehem..ehem... test suara sebelum memulakan perkenalan.
baiklah yang kat atas tu En.Azli(bos) di sebelah kiri manakala yang disebelah kanan En.Jamsuri (Abg Jaja)
ha.. yang ni pula abang shah. tinggi orangnya. macam cikgu Salwa. hehehe... tapi jangan risau, baik orangnya, tengok muka pun dah tahu..
ha.. ni kaum hawa. yang bertudung faridah tu Kak Shidah(ibu kpd kawanku), Kak Lina, Kak Yana,Kak Linda,Kak Ain,Kak Ain Roses, Rina(sepet). yang bawang tu kami bertiga.. heheh..
gamabr terakhir sebelum kak Linda balik. sedih :'(
posing-posing.. hahaha... tak apalah, buat kenangan.
dalam bilik mesyuarat pun boleh. tak apalah. hahaha...
gambar yang paling cute, comey, dan cantik. ada tangan terselit di situ. (tangan siapakah??)
segalanya tinggal kenangan. In shaa Allah, kenangan ini akan diingat sehingga bila-bila selagi Allah memberikan pinjaman akal yang waras dan keupayaan untuk mengingat, kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam hati.
setiap pertemuan ada perpisahan, itulah sebuah adat kehidupan. setiap yang hidup akan merasai kematian. itulah lumrah dan ketentuan yang Maha pencipta.
ada amanat yang perlu di laksanakan. ada harapan yang perlu di tunaikan dan ada janji yang perlu di patri.. in shaa Allah, hanya itu yang termampu di ungkap kerana ketentuan itu milikNYA, saya hanya berusaha dengan kehendakNYA. alhamdulillah.
kenangan tidak bererti ia akan di lupakan, realiti tidak bererti ia di sedari..
Comments
Post a Comment