KEADAAN SEWAKTU KEMATIAN MENJEMPUT
Al-Barak Bin Azib menceritakan, dia bersama sahabat-sahabat yang lain bersama Rasulullah S.A.W menghadiri pengebumian jenazah seorang ansar. Apabila kami sampai di kubur dan mayat sudah di bujurkn di dalam liang lahad. Rasulullah duduk dan dan kami juga duduk mengelilingi beliau, seolah-olah ada burun di atas kepala kami. pada tangan Rasulullah SAW terdapat sebatang ranting dan beliau memukul tanah. Rasulullah mendongakkan kepalanya ke atas dan berkata " berlindunglah kamu dari azab kubur" Rasulullah SAW mengucapkannya dua atau tiga kali kemudian Rasulullah menambah: "sekiranya seorang hamba yang beriman meninggal dunia dan menuju ke akhirat, para malaikat turun dari langit, wajah mereka putih seakan-akan matahari. mereka membawa kain kafan dari syurga dan minyak wangi untuk mayat dari syurga. mereka duduk di hadapan mayat sejauh mata memandang. setelah itu malaikat maut datang dan duduk berhampiran dengannya. ia berkata "wahai jiwa yang tenang, keluarlah kepada...
Comments
Post a Comment