Al-Barak Bin Azib menceritakan, dia bersama sahabat-sahabat yang lain bersama Rasulullah S.A.W menghadiri pengebumian jenazah seorang ansar. Apabila kami sampai di kubur dan mayat sudah di bujurkn di dalam liang lahad. Rasulullah duduk dan dan kami juga duduk mengelilingi beliau, seolah-olah ada burun di atas kepala kami. pada tangan Rasulullah SAW terdapat sebatang ranting dan beliau memukul tanah. Rasulullah mendongakkan kepalanya ke atas dan berkata " berlindunglah kamu dari azab kubur" Rasulullah SAW mengucapkannya dua atau tiga kali kemudian Rasulullah menambah: "sekiranya seorang hamba yang beriman meninggal dunia dan menuju ke akhirat, para malaikat turun dari langit, wajah mereka putih seakan-akan matahari. mereka membawa kain kafan dari syurga dan minyak wangi untuk mayat dari syurga. mereka duduk di hadapan mayat sejauh mata memandang. setelah itu malaikat maut datang dan duduk berhampiran dengannya. ia berkata "wahai jiwa yang tenang, keluarlah kepada...
Assalamualaikum,.. alhamdulillah, kita masih dapat bersua lagi. Rasanya dah lama sangat tak jenguk blog ni. maklumlah pelajar matrik, setiap detik dan setiap minit itu amat berharga bagi pelajar matrikulasi. bagi sesiapa yang dapat tawaran masuk matrik nanti bolehlah helo-helo dengan saya. mana tahu saya boleh share something yang berguna untuk adik-adik. bagi adik-adik yang dapat tawaran sambung belajar, satu aja nasihat akak yang dah tua ni, belajar dengan bersungguh-sungguh, jangan fikir urusan couple atau pasangan dulu, sebab kita tak boleh campurkan soal hati bila belajar. nanti celaru. kesian otak kita.. Kalau adik-adik nak couple, tunggu bila dah ada kerja tetap, dah ada pendapatan sendiri, ha masa tu dah boleh dah nak angau 24 jam, nak mimpi siang hari jaga tengah malam... semuanya boleh.. la ni, masa tengah muda dan masih mentah ni, kita matangkan dulu akal dengan ilmu yang bermanfaat. akak pesan ni sebab akak dah alaminya. bukan best tau bila dah jatuh cin...
assalamualaikum duhai pembaca yang budiman. maaflah saya belum memperkenalkan diri saya lagi. apa lah saya ni kan.. tak patut betul.. baiklah.. saya akan memperkenalkan diri saya dari awal. nama saya Rashidatul Adawiyah, saya di lahirkan di pasir gudang johor. saya di lahirkan pada 17 april 1996, tepat pada pukul 1.40 petang. saya memperoleh pendidikan awal di sekolah tadika Habim seawal usia 4 tahun. kemudian saya di tukarkan ke sekolah tadika pasti al irfan pada umur 5 tahun. apabila saya meningkat ke usia 7 tahun,ayah saya telah menghantar saya ke sekolah kebangsaan pasir gudang 3. sekolah saya sekolah yang sederhana namun telah memberikan saya seribu kenangan terindah dalam kehidupan saya. kemudian apabila saya meningkat ke alam remaja, saya telah di hantar ke sekolah menengah kebangsaan pasir gudang 1. sekolah ini boleh di kenali sebagai sekolah yang cemerlang. alhamdulillah saya terpilih untuk memasuki sekolah ini apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan...
Comments
Post a Comment