Posts

Showing posts from October, 2013

DAMAINYA

kehidupan ini entah sampai bila kita sendiri tidak tahu.. putaran dunia terus berlaku tanpa henti melakukan apa yang di perintahkan keatas mereka. tumbuhan yang menghiasi permukaan dunia seakan-akan sujud beribadah kepada sang Pencipta.  diri mereka begitu tunduk kepada yang Maha Berkuasa.. tatkala angin bertiup, mereka menunjukkan kelemahan diri mereka dengan turut terbuai mengikut arah angin yang berhembusan. pantai nan biru terus bekejaran.. kedengaran kegembiraan mereka berlari turut menarik sang pasir yang kecil tidak bermaya untuk turut berlari bersama mereka.. lihatlah burung-burung di angkasa.. terbit fajar mereka keluar sebelum tenggelam mereka pulang ke sangkar. kelihatan seperti mereka tertawa dan bersuka ria di ruang angkasa, namun sebenarnya terdapat beberapa kantung perut yang perlu di isi di rumah, dan si ayah serta si ibu burung terpaksa keluar bagi mengisi kantung-kantung itu. jika cacing dan buah segar mereka peroleh maka bercicipan si anak kegembiraan,...

saya sayang ulama

Image
Menitis air mataku tatkala mendengar kata-katamu, sayu hatiku melihat susuk tubuhmu, sedih hatiku melihat keuzuranmu.. kagum daku melihat kecekalanmu, terharu hatiku melihat kesabaranmu.. Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha berkuasa dan Engkau Maha mengetahui segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini.. Ya Allah Dikau mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang benar-benar patuh dan taat pada pada perintahMU.. Dikau mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang taat pada suruhanMU.. dan Dikau juga mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang ingkar perintahMU.. Dikau juga mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang hanya bertopengkan kebaikan demi semata-mata mengaburi keiblisan mereka. Ya Allah.. sesungguhnya ulama itu pewaris nabi.. tiada sempat kami bertemu baginda Rasulullah.. namun Dikau tetap mengahdiahkan kami dengan pewaris baginda.. Ya Allah... jika dahulu baginda Rasulullah di julang tinggi sewaktu ISLAM berjaya di sebar... kini, Islam s...

ILMU

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan sekalian. apa khabar hari ni? semoga sihat sentiasa bersama insan yang tersayang ya. alhamdulillah kita masih boleh bersua lagi hari ini dan alhamdulillah kita masih di kurniakan nikmat pada hari ni. kawan-kawan hari ni saya ingin berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. sesuatu yang kita selalu terlepas pandang. kawan-kawan sejak dari kecil lagi kita sudah di kelilingi dengan pelbagai jenis situasi dan keadaan yang baru yang membantu kita untuk mengetahui lebih mendalam tentang sebuah kehidupan. dan tanpa kita sedari sejak kecil lagi kita sudah di dedahkan dengan ilmu secara tidak formal. sedarkah kita betapa pentngnya sebuah ilmu? kawan-kawan, masih saya ingat lagi sewaktu saya kecil saya masih tidak pandai untuk solat mengaji dan membaca. namun tatkala melihat kedua orang tua saya menegrjakannya hati saya mula tertarik untuk turut melakukannya. saya yakin dan percaya kawan kawan juga begitu bukan. kawan-kawan pepatah melayu ada meny...

kasih ayah

Pandangan matanya tertumpu kearah beberapa ekor burung merpati yang berterbangan di angkasa. Penglihatannya yang semakin kabur membuatkannya sukar untuk menikmati keriangan yang terpamer oleh burung-burung yang berterbangan.             “cantik betul burung-burung tu berterbangan.Kalau dulu, Akmal selalu sangat di minta dukung supaya dapat melihat burut terbang dengan jelas.” Monolognya sendiri. sesekali badannya bergoyang perlahan apabila kerusi malas yang di dudukinya bergoyang. “Ayah, Akmal nak dokong. Akmal nak tengok burung-burung yang terbang tu.”ujar seorang kanak-kanak lelaki sambil menaruk bajunya.             “Anak ayah nak tengok burung. Mari ayah dokong.”ujarnya lembut sambil mendukung anaknya. Sesekali kedengaran gelak tawa anak lelakinya itu tatkala dia mula berlari-lari kecil mengejar burung.          ...

Kawad kaki PBSM

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan dan para pembaca sekalian. alhamdulillah kerana saya masih lagi mampu untuk membuat entri baru dalam blog saya ni. tapi kali ini saya ingin berkongsi cerita bahagia dengan kawan-kawan semua. Baru-baru ni sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan. di sebabkan pada bulan Jun yang lalu sekolah kami di landa jerebu yang amat teruk,sukan tahunan sekolah kami terpaksa di tunda sehingga peperiksaan percubaan SPM tamat. walaupun ia agak mengejut tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. saya merupakan salah seorang ahli persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah saya. dan saya merupakan pengerusi bagi persatuan ini. masalah yang saya hadapi apabila hari sukan tiba adalah kesukaran untuk mencari peserta kawad kaki. saya hampir putus asa apabila ramai ahli persatuan yang enggan menyertai kawad kaki. namun di sebabkan tanggungjawab yang telah di berikan kepada saya, alhamdulillah di bantu dengan sifat kawan-kawan yang amat memahami mereka su...