kasih ayah
Pandangan matanya tertumpu kearah beberapa ekor
burung merpati yang berterbangan di angkasa. Penglihatannya yang semakin kabur
membuatkannya sukar untuk menikmati keriangan yang terpamer oleh burung-burung
yang berterbangan.
“cantik
betul burung-burung tu berterbangan.Kalau dulu, Akmal selalu sangat di minta
dukung supaya dapat melihat burut terbang dengan jelas.” Monolognya sendiri.
sesekali badannya bergoyang perlahan apabila kerusi malas yang di dudukinya
bergoyang.
“Ayah, Akmal nak dokong. Akmal nak tengok
burung-burung yang terbang tu.”ujar seorang kanak-kanak lelaki sambil menaruk
bajunya.
“Anak
ayah nak tengok burung. Mari ayah dokong.”ujarnya lembut sambil mendukung
anaknya. Sesekali kedengaran gelak tawa anak lelakinya itu tatkala dia mula
berlari-lari kecil mengejar burung.
“Ayah,
kalau Akmal dah besar,Akmal pula akan dukung ayah. Akmal nak bawa ayah
sama-sama terbang dengan burung.”ujar kanak-kanak itu dengan riang.
“Nak
bawa ayah terbang. insyaAllah ya nak. Ayah sentiasa doakan kesejahteraan Akmal.
Akmal jadi anak yang baik ya.”ujarnya sambil mengusap lembut kepala anaknya.
“Akmal
janji, bila dah besar nanti Akmal akan jaga ayah dengan ibu. Akmal tak akan
pernak sia-siakan ayah dengan ibu.”ujar kanak-kanak itu. Dia sekadar tersenyum
seraya memeluk erat anaknya.
“Pak Ya’kob, Pak Ya’kob...”tiba-tiba kedengaran satu
suara lembut menyapanya membuatkannya tersedar dari lamunan yang panjang.
Pandangannya segera di alihkan kepada empunya suara tersebut. Kelihatan seorang
perempuan muda berdiri di sisinya sambil mengukir senyuman pada bibirnya.
“Pak
Ya’kob, sekarang ni dah pukul 1.30, azan zuhur dah berkumandang. Pak Cik nak
solat dulu atau nak makan tengahari dulu?”soal perempuan tersebut lembut
membuatkan hatinya tenang.
“Pak
cik rasa pak cik nak solat dulu. Nak Suraya bolehkan bawa pak cik ke bilik pak
cik?”soalnya sambil tersenyum. Kudratnya yang semakin uzur membuatkannya sukar
untuk bergerak sendiri walaupun hanya untuk bergerak ke bilik sendiri.
“Boleh
pak cik. Apa salahnya. Mari saya bantu Pak cik masuk ke bilik.”ujar Suraya
lembut lalu Pak Ya’kob untuk bangkit dan bergerak ke biliknya.
“Pak
cik, nanti bila pak cik dan selesai solat, pak cik tak perlu ke dewan makan ya,
biar saya bawakan makanan ke bilik pak cik.”ujar Suraya.
“Tak
apalah nak. Pak cik tak nak susahkan kamu. Tentu nak Suraya ada banyak kerja
yang perlu di selesaikan. Lagi pula nak Suraya bukan hanya perlu menjaga pak
cik seorang, ramai lagi kawan-kawan pak cik yang nak Suraya perlu jaga. Pak cik
boleh berjalan sendiri nanti.”ujar Pak Ya’kob
“Pak
cik, janganlah cakap macam tu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab
saya. Saya tak pernah rasa terbeban. Penghuni di rumah warga emas ini sudah
saya anggap sebagai ibu bapa saya sendiri. jadi sudah menjadi kewajipan saya
menjaga kebajikan penghuni di sini.”ujar Suraya lembut. Setelah meminta diri,
Suraya segera meninggalkan Pak Ya’kob untuk menyiapkan makanan di dewan makan.
“Nak Suraya, mana Pak Cik Ya’kob?”soal seorang warga
emas lelaki tatkala Suraya melangkah masuk ke dewan makan.
“Ouh
Pak Malik. Pak Ya’kob ada di biliknya. Katanya mahu solat terlebih dahulu. Ni
saya nak siapkan makanan untuk Pak Ya’kob, kasihan pula saya bila lihat Pak
Ya’kob berjalan dengan kudratnya yang semakin uzur.”ujar Suraya.
“ouh
begitu.”ujar Pak Malik.
“Pak
Malik sudah makan?”soal Suraya sambil mencedok beberapa jenis lauk kedalam
pinggan yang berisi nasi putih.
“Alhamdulillah
sudah Suraya. Pak cik sekarang nak masuk bilik, nak solat dulu. Nanti lepas
solat pak cik pergi bilik Pak Cik Ya’kob.”ujar Pak Malik. Suraya sekadar
mengangguk memahami.
“Ya Allah, yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Berikanlah kepada hambaMU ini kekuatan serta kudrat untuk hamba terus
mengahrungi kehidupan ini. Ya Allah, lindungilah anakku Akmal. Ya Allah,
ampunilah kesalahan dan dosa yang telah anak hamba lakukan sepanjang hidupnya
ya Allah. Ya Allah sesungguhnya hamba telah memaafkan segala kesalahan dan dosa
yang pernah dia lakukan kepada hamba. Ya Allah, perkenankanlah doa hambaMU yang
lemah ini. Amin Ya Robbal Alamin.” Rintih Pak Ya’kob dalam doanya. Setelah usai
berdoa Pak Ya’kob bertafakur di atas sejadah tanpa mahu beranjak walau sedikit
pun.
“Ya Allah, Ayah. Apa ni!”jerkah satu suara dalam
nada yang tinggi membuatkannya terperanjat. Tangannya berusaha mengutip
serpihan kaca yang berkecai di atas lantai.
“Maafkan
ayah Akmal. Ayah tak sengaja terpecahkan pinggan di dalam almari sewaktu ayah
nak ambil tasbih ayah.”ujarnya terketar-ketar.
“Abang!
Ni pinggan kesayangan Ayang yang Ayang beli di Indonesia.”ujar seorang wanita
sambil mengambil serpihan kaca di atas lantai.
“Maafkan
ayah ya Mastura. Ayah betul-betul tak sengaja.”ujarnya terketa-ketar.
“Ayah
tahu tak berapa harga pinggan ni? Bukan senang saya nak dapatkan pinggan antik
macam ni dekat sini. Ayah senang-senang pula pecahkannya. Haisy ayah ni.” Marah
Mastura.
“Ayah
ni berapa kali Akmal pesan. Kalau nak ambil barang apa-apa, minta tolong bibik
Mia. Biar bibik yang ambilkan. Tengok sekarang apa dah jadi, pinggan kesayangan
isteri saya dah pecah. Ayah ni degillah. Susah betul nak faham apa yang saya
cakap.”ujar Akmal kasar sambil melepaskan dengusan kasar.
“Bibik,
bibik,.”laung Mastura nyaring. Kelihatan seorang perempuan warganegara
Indonesia terkocoh-kocoh mendekati mereka.
“bawa
ayah masuk ke dalam biliknya. Lepas tu bersihkan kaca-kaca ni semua. Pastikan
jangan ada yang tertinggal.”ujar Mastura. Pembantu rumah warga indonesia itu
sekadar mengangguk tanpa bersuara.
“Akmal,
maafkan ayah ya.”ujanya seakan-akan merintih tatkala pembantu rumah itu
membawanya masuk ke dalam biliknya. Namun katan-katanya tidak sedikit pun di
hiraukan oleh Akmal, anak lelaki tunggal yang telah di besarkan bagai minyak
yang penuh lebih-lebih lagi apabila isterinya telah meninggal dunia akibat
serangan jantung sewaktu Akmal berusia 17 tahun.
“Abang, saya rasa kita hantar sahajalah ayah ke
rumah orang tua-tua.”ujar Mastura. Tanpa di sedari kata-kata itu di dengari
olehnya sewaktu dia mahu mengambil sejadah di ruang sembahyang.
“Mengapa
kita perlu hantar ayah ke rumah orang tua-tua?”soal Akmal dalam nada yang
sederhana.
“Abang,
ayah tinggal seorang diri di rumah. Kita pula siang malam kerja. Mana ada masa
nak uruskan ayah. Lagipula saya lihat ayah abang tu dah makin uzur. Saya tak
mahu barang-barang dalam rumah pecah lagi seperti hari-hari sebelum ni.”ujar
Mastura agak tegas.
“Tapi
dia tu ayah abang. Takkan abang nak buat macam tu.”ujar Akmal.
“Ala
abang ni, selalu sangat lebihkan ayah abang dari Mas. Kalau abang nak sangat
bela ayah abang terserah, jika ada apa-apahal yang berlaku saya tak nak
bertanggungjawab.”ujar Mastura.
“Bukan
abang nak bela ayah, tapi abang tak sampa hati nak lihat wajah ayah kalau dia
tahu kita nak hantar dia ke rumah orang tua-tua.”ujar Akmal sambil menggaru
kepalanya yang tidak gatal.
“Tak
apa abang, saya ada idea..”ujar Mastura sambil tersenyum. Pak Ya’kob yang
sedari tadi mendengar perbicaraan mereka segera meinggalkan bilik anaknya itu
kerana tidak sanggup memikirkan kesanggupan anaknya Akmal membuang dirinya.
“PAK CIK...”satu suara menghalau pergi kenangan lalu
dari ruang fiiran. Dia mula menyedari terdapat bekas air mata yang sudah kering
di kedua-dua belah pipinya.
“Pak
cik mengapa menangis?”soal suara itu.
“Tidak
mengapa Suraya. Mata pak cik masuk habuk.”ujarnya berdalih.
“Pak
cik tak usahlah berahsia dengan saya. Saya pasti pak cik sedang rindukan anak
pak cik bukan.”ujar Suraya.
“Entahlah
Suraya. Pak cik masih tak habis fikir mengapa anak pak cik sanggup buat pak cik
macam ni. Pak cik rindukan anak pak cik yang dahulu. Anak pak cik yang
sayangkan pakcik. Menghargai pak cik. Selalu buat pak cik tertawa.”ujarnya
sambil menahan tangisan. Kelihatan bahunya sedikit terhenjut-henjut menahan air
mata daripada gugur.
“Pak
cik, sudahlah. Jangan di kenang perkara yang sudah berlalu. Jika pak cik rasa
pak cik rindukan anak pak cik,pak cik panggil aja Suraya. Suraya boleh jadi
anak pak cik. Pak cik boleh mengadu segala hal pada Suraya. Kalau pak cik
kurang selesa dengan Suraya, pak cik boleh berbual dengan kawan-kawan pak cik.
Mungkin mereka lebih memahami hati pak cik.”ujar Suraya jujur.
“terima
kasih Suraya. Beruntung ibu dan ayah kamu mendapat anak sebaik kamu.”ujar Pak
Ya’kob. Suraya sekadar tersenyum.
“Sekarang
ni pak cik makan dulu.”ujar Suraya lembut. Pak Ya’kob sekadar mengangguk.
“Ya’kob, semenjak dua menjak ni aku selalu tengok
kau termenung aja. Kau ada masalah ke? Kalau ada ceritalah pada aku. Mana tahu
aku boleh tolong.”ujar Pak Malik satu hari sewaktu mereka sedang menghirup
udara segar di kawasan perumahan Teratak Usia itu.
“Entahlah
Malik, aku rasa yang hidup aku ni dah tak lama lagi. Aku terfikir adakah anak
aku ingatkan aku kat sini? Adakah aku sempat bertemu dengan anak aku?”ujar Pak
Ya’kob
“mungkin
perasaan kau aja Ya’kob. Maklumlah kita semua yang ada di sini warga emas.
Sudah tak ada kudrat lagi. Fikiran pun sering fikir yang bukan-bukan
lebih-lebih lagi bila rindu dengan anak yang selama ini kita tatang macam minak
yang penuh. Ya’kob, kita ni sebenarnya terlalu bermimpi. Kita saja yang
fikirkan mereka, tapi mereka bahagia bila kita tiada.”ujar Pak Malik emosi.
“Malik,
tak baik kau kata macam tu. Sejahat-jahat mereka, mereka itu anak kita. Aku dah
tak simpan kisah lama tu lagi. Sekarang ni aku hanya berharap aku dapat bertemu
dengan anak aku sebelum apa-apa berlaku pada aku.”ujar Pak Ya’kob. Pandangannya
di lemparkan kearah jalan raya yang lengang.
“sudahlah
Ya’kob. Bila bercakap tentang anak ni, hati aku mula sakit. Jika warga di sini
semuanya di hantar oleh anak mereka, tapi aku, aku melangkah sendiri masuk
kedalam rumah ni dengan kerelaan hati. Ya semuanya kerana seorang anak yang tak
pernah hiraukan ayahnya yang sendirian di kampung,terkontang-kanting menyara
diri sendiri yang semakin uzur. Kerana seorang anak jugalah aku sanggup datang
jauh-jauh dari kampung ke bandar untuk bertemu dengan anakku pada hari ulang
tahunnya untuk memberikan pengat durian yang di sukainya tapi kau tahu apa yang
dia seorang anak ni buat. Dia halaunya aku keluar dari rumah. Dia tak ngaku aku
ni ayah dia. Dia malu lihat pakaian aku yang lusuh.”ujar Pak Malik menahan
sebak. Lantas pandangannya di arahkan ke wajah Pak Ya’kob.
“Kau
nak tahu Ya’kob, pada masa tu aku tak ada duit, aku datang ke bandar tak bawa
apa-apa kecuali pengat durian kesukaan anakku kerana aku sangka segalanya akan
di berikan oleh anakku. Rupanya aku salah Ya’kob. Seorang perempuan yang bukan
darah dagingku, dan tidak pernah aku kenali itulah yang membantu aku. Yang
memberikan tempat penginapan dan keperluan asasiku dengan sempurna.”ujar Pak
Malik. Kali ini pandangannya terarah pada Suraya yang sedang melayani beberapa
orang warga emas.
“Dia
seorang anak yang baik. Tapi sayang ibubapanya telah meninggal dunia. Jika
mereka masih hidup aku yakin mereka adalah orang yang paling beruntung.”ujar
Pak Malik lagi. Pak Ya’kob sekadar mendiamkan diri. Dia sengaja tidak mahu
mencelah luahan hati sahabat senasibnya itu. Dalam pada yang sama dia turut
mengiyakan tanggapan sahabatnya itu terhadap Suraya.
“Allahuakbar......Allahuakabar..”kedengaran laungan
azan berkumandang mengejutkan penghuni rumah Teratak Usia.
“Ya’kob..
Ya’kob, bangun Ya’kob. Dan subuh dah ni”kejut Pak Malik apabila menyedari tubuh
sahabatnya itu masih belum berganjak dari pembaringan.
“Kenapa
Pak Malik?”sapa satu suara dari arah belakang. Suara yang amat di kenalinya.
“Entahlah
Suraya. Tak macam selalu,hari ni Ya’kob bangun lewat pula. Biasanya dia dulu
yang bangun unuk solat subuh.”ujar Pak Malik masih sambil tangannya
menggoncangkan tubuh Pak Ya’kob yang masih tidak sedarkan diri.
“Pak
cik...Pak cik... bangun pak cik. Sudah subuh. Nanti terlewat pula solat
subuhnya.”kejut Suraya lembut. Namun tatkala tangannya menyentuh kaki Pak
Ya’kob,dadanya mula berombak laju. Kaki Pak Ya’kob begitu sejuk.
“Pak
cik.. pak cik..”kejut Suraya. Kali ini goncangan yang di berikan begitu kuat
membuatkan Pak Malik terkejut melihat tindakan itu. Lantas di semak nadi Pak
Ya’kob. Air matanya mengalir deras.
“mengapa
Suraya?”soal Pak Malik.
“Pak
cik sudah tiada.”ujar Suraya sambil menangis teresak-esak. Pak Malik segera
menelentangkan tubuh kaku Pak Ya’kob yang berada dalam keadaa mengiring. Di
lihatnya wajah Pak Ya’kob yang tenang seolah-olah sedang tidur.
“Suraya,
sabar ya nak. Allah lebih menyayangi Pak Ya’kob. Penderitaan Pak Ya’kob
terhenti di sini.”ujar Pak Malik. Namun hatinya tiba-tiba menjadi sayu tatkala
mengenangkan hasrat Pak Ya’kob yang tidak sempat menjadi kenyataan.
“ENCIK Akmal, jasad ayah Encik telah selamat di
kebumikan pagi tadi.”ujar Suraya sambil menatap simpati ke arah seorang lelaki
berkemeja biru tua yang sedang berada di hadapannya. Kelihatan seorang
perempuan yang agak seksi berdiri di sebelahnya.
“Ouh.
Terima kasih kerana telah menguruskan jenazah ayah saya. Berapa bayaran
yang perlu saya bayar?”ujar lelaki
tersebut tanpa sedikit pun terpamer rasa sedih di wajahnya. kata-katanya lelaki
itu membuatkan Suraya tersentak.
“Tidak
mengapa Encik, tujuan kami memanggil Encik bukan untuk meminta bayaran tapi
hanya untuk memberikan barangan arwah kepada Encik.”ujar Suraya menahan rasa
kesedihan di hati. Lantas di hulurkan sebuah kotak berisi barang-barang
peninggalan arwah Pak Ya’kob kepada Akmal.
“Tak
apalah, saya rasa kamu simpan sajalah barang ni. Kami tak memerlukannya.”ujar
Akmal. Kata-katanya yang sedari tadi di dengari oelha Pak Malik telah
membuatkan lelaki ua itu tersentak lantas dia bangkit mendekati lelaki
tersebut.
“Kamu
Akmal anak kepada Ya’kob?”soal Pak Malik. Lelaki itu sekadar mengangguk malas.
“ouh
jadi inilah anak yang sering di doakan oleh Ya’kob dalam doanya. Anak yang
sentiasa diingatinya siang dan malam. Anak yang sentiasa di nantinya sebelum
dia memejamkan mata. Namun di saat dia telah pergi, kamu sebagai anak tidak
menangisi pemergiannya,tidak merindui kehadirannya dan tidak menghargai barang
peninggalannya. Setelah dosa kamu kumpul kerana kamu membiarkan ayahmu di sini
sekarang kamu menambah lagi dosa kamu dengan tidak menghormati dirinya dengan
menghargai barang-barangnya.”ujar Pak Malik agak emosi namun berusaha untuk
menahan getaran suaranya.
“Pak
cik ni siapa nak sibuk hal saya? Kalau pak cik cakap saya berdosa,anak pak cik
pun berdosa juga sebab biarkan pak cik di sini.”ujar Akmal agak biadap.
“pak
cik adalah peneman ayah kamu sehingga akhir hayatnya. Bercakap dengan seorang
anak yang sudah keras hatinya seperti kamu hanya membuang masa pak cik saja.
Kalau barang-barang peninggalan ayah kamu,kamu tidak mahu tidak mengapa pak cik
yang akan simpan. Tapi pak cik rasa yang ini pak cik tak dapat simpan.”ujar Pak
Malik sambil menghulurkan sekeping kertas yang semakin kuning warnanya. Dengan
malas Akmal mengambilnya. Suraya dan Pak Malik segera meninggalkan pasangan
suami isteri itu.
“Abang,apa
tu? Macam kertas lama aja.”soal wanita di sisinya. Akaml sekadar menjungkitkan
bahunya.
Lantas
tangannya membuka lipatan kertas yang hampir keseluruhannya bewarna kuning.
Kelihatan lukisan sebuah keluarga yang di lukis menggunakan krayon. Tertera
nama ayah,ibu dan Akmal di setiap lukisan orang lidi yang terdapat pada kertas
tersebut. Hatinya mula menyedari sesuatu.
“Akmal buat apa tu?”soal satu suara yang amat di
sayangi.
“Akmal
lukis gambar keluarga Akmal.”ujarnya sambil tangannya ligat melakar gambar pada
sekeping kertas.
“wah
lawanya. Siapa lelaki dan perempuan di belakang tu?”soal suara itu lagi.
“ini
ayah,dan yang ini ibu. Yang di tengah-tengah ni pula Akmal.”ujarnya sambil
tersenyum.
“Kenapa
Akmal pakai baju warna putih?”soal suara itu lagi.
“Akmal
nanti dah besar nak jadi doktor, nak jaga ayah dengan ibu. Akmal nak merawat
ayah dengan ibu.”ujarnya.
“Pandai
anak ayah. InsyaAllah ayah sentiasa doakan kejayaan Akmal ya.”ujar suara itu.
Lantas di peluk tubuh kecilnya dengan manja.
Tanpa
di sedari air matanya mengalir. Kenangan sewaktu bersama insan yang di gelar
ayah amat meyentuh hatinya. Hatinya di serbu rasa bersalah dan berdosa yang
teramat. Lantas di terbalikkan kertas tersebut apabila menyedari terdapat
tulisan di belakang kertas itu.
Anak
lelaki ayah, Ahmad Faudzan. Mungkin di saat Akmal memdapat kertas ini ayah
sudah tiada lagi. Ayah simpan kertas ni sebagai kenangan dalam hidup ayah. Ayah
dapat rasakan kehadiran Akmal apabila ayah melihat gambar lakaran Akmal. Di
saat Akmal marah ayah, ayah sabar sebab ayah yakin Akmal tidak berniat
melakukannya. Ayah menyesal sangat kerana menyusahkan Akmal. Ayah banyak
membebankan Akmal. Maafkan ayah ya. Ayah tak marah masa Akmal hantar ayah ke
rumah orang tua-tua sebab ayah tahu ayah hanya menyusahkan Akmal. Maafkan ayah
ya. Akmal, ayah tak ada duit nak ganti balik barang-barang di rumah Akmal yang
ayah pecahkan. Jadi ayah harap Akmal halalkan barang-barang yang ayah telah
pecahkan sebelum ni ya. Akmal, ayah nak Akmal tahu yang ayah sayangkan Akmal
sangat-sangat.
“Abang..”tegur
usterinya beberapa kali. Baru dia sedar air matanya semakin galak mengalir.
Segera di tinggalkan tempat itu dan masuk ke dalam kereta.
“AYAH.....”laungnya sambil meramas tanah merah di
hadapannya.
“Ayah,
maafkan Akmal ayah. Akmal anak derhaka. Akmal biarkan ayah sendirian. Akmal
tipu ayah. Akmal tak jaga ayah seperti mana yang Akmal janji pada ayah dulu.
Ayah maafkan Akmal Ayah.”tangisnya penuh sedu sedan.
“Abang,
apa ni. Janganlah macam ni. Malu saya tahu tak.”ujar isterinya.
“Kau
diam. Gara-gara kau aku jadi anak derhaka. Mulai dari saat ini aku ceraikan
kau.”ujarnya.
“Ayah,
maafkan Akmal.. maafkan Akmal..”tiba-tiba pandangannya gelap.
“Akmal...
Akmal...”kedengaran satu suara bergema di sekelilingnya.
“Ayah...”laungnya..
“Akmal...
jangan menangis nak. Ayah dah lama maafkan Akmal. Ayah redha apa yang telah
berlaku. Akmal, janji pada ayah Akmal akan jaga barang-barang peninggalan ayah
sebaik mungkin. Simpanlah lukisan itu baik-baik... Akmal.. ayah sayang
Akmal..”ujar suara itu kemudian lesap.
Airmatanya
mengalir lagi. Kasih sayang ayahnya begitu bermakna buatnya.
Comments
Post a Comment