saya sayang ulama

Menitis air mataku tatkala mendengar kata-katamu,
sayu hatiku melihat susuk tubuhmu,
sedih hatiku melihat keuzuranmu..
kagum daku melihat kecekalanmu,
terharu hatiku melihat kesabaranmu..

Ya Allah..
sesungguhnya Engkau Maha berkuasa dan Engkau Maha mengetahui segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini..
Ya Allah Dikau mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang benar-benar patuh dan taat pada pada perintahMU..
Dikau mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang taat pada suruhanMU..
dan Dikau juga mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang ingkar perintahMU..
Dikau juga mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang hanya bertopengkan kebaikan demi semata-mata mengaburi keiblisan mereka.

Ya Allah..
sesungguhnya ulama itu pewaris nabi..
tiada sempat kami bertemu baginda Rasulullah..
namun Dikau tetap mengahdiahkan kami dengan pewaris baginda..
Ya Allah...
jika dahulu baginda Rasulullah di julang tinggi sewaktu ISLAM berjaya di sebar...
kini, Islam sudah di hati.
namun pewaris nabi di musuhi..
Ya Allah..
kurniakan kekuatan kepada para ulama' yang benar-benar menjalankan suruhanMU.
kurniakan ketabahan kepada ulama' yang benat-benar ingin menyebarkan syariatMU..
lindungi mereka daripada fitnah dunia yang amat menyakitkan..

Ya Allah..
dengalah rayuan makhlukMU yang lemah ini..
berikanlah kekuatan kepada para Ulama' dalam menyebarkan syiar ISLAM...
dan berikanlah hamba peluang untuk bertemu dan bersua dengan mereka sebelum Dikau berkehendak untuk mengambil mereka kembali..
perkenankanlah doa hambaMU ini...

 saya sayang mereka.. terpulang kepada mereka yang mahu membenci, tapi saya tetap sayangkan mereka..

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu