DAMAINYA

kehidupan ini entah sampai bila kita sendiri tidak tahu.. putaran dunia terus berlaku tanpa henti melakukan apa yang di perintahkan keatas mereka. tumbuhan yang menghiasi permukaan dunia seakan-akan sujud beribadah kepada sang Pencipta. 

diri mereka begitu tunduk kepada yang Maha Berkuasa.. tatkala angin bertiup, mereka menunjukkan kelemahan diri mereka dengan turut terbuai mengikut arah angin yang berhembusan.

pantai nan biru terus bekejaran.. kedengaran kegembiraan mereka berlari turut menarik sang pasir yang kecil tidak bermaya untuk turut berlari bersama mereka..

lihatlah burung-burung di angkasa.. terbit fajar mereka keluar sebelum tenggelam mereka pulang ke sangkar. kelihatan seperti mereka tertawa dan bersuka ria di ruang angkasa, namun sebenarnya terdapat beberapa kantung perut yang perlu di isi di rumah, dan si ayah serta si ibu burung terpaksa keluar bagi mengisi kantung-kantung itu. jika cacing dan buah segar mereka peroleh maka bercicipan si anak kegembiraan, namun jika si ibu dan si ayah menjadi kerakusan manusia di pertengahan jalan, menangislah si anak burung menanti kepulangan insan tercinta. 

ku lihat pula deretan semut yang seakan-akan begitu disiplin membina barisan... ku lihat semut yang seakan-akan begitu akrab sesama mereka. kemana saja mereka pergi pastilah berteman dan berkumpulan. kehidupan semut yang di anggap seperti makhluk comel begitu rumit kerana perlu melalui dunia yang gergasi. bekerjasama membina rumah, mencari makanan, dan meneroka dunia yang serba canggih. kasihan si adik semut yang hilang arah.. terus berlari mencari arah di atas tanganku.. aku hanya tersenyum sendiri.. ku lihat teman yang lain semakin pantas bergerak tatkala menyedari si gergasi ini memerhatikan mereka.. ku hantar si kecil ke sarangnya. sebelu itu gigitan kecil di hadiahkan kepadaku.. mungkin agak gatal, namun ku tahu ia sebagai tanda terima kasih kepadaku..

sungguh indah ciptaan Yang Maha Berkuasa, ada si kecil ada si besar, ada yang di atas ada yang di bawah... ada yang bisa bertutur ada juga yang hanya berlagu bersama.. sungguh menenangkan. 
jika dahulu aku hanya bisa memerhati tanpa beruat apa-apa, namun kini aku semakin hampir dengan mereka. hatiku seakan-akan bersama mereka. aku ingin terbang merentasi dunia bersama sang burng, aku ingin melihat sang ikan berenang riang bersama sang ombak, aku ingin merasakan kedinginan angin bersama sang pokok aku ingin meneroka dunia kecil bersama sang semut.. 

kehidupan yang ku lalui ibarat sebuah mimpi.. mimpi yang kadangkala membuatkan aku tertawa dan kadangkala membuatkan aku menangis dan sengsara. aku hanyalah insan biasa, aku tidak pandai melahirkan kasih pada orang yang aku sayang kerana hatiku begitu keras... aku tidak pandai mendakap dan merintih kerana aku ingin menjadi kuat... akulah tiang akulah bangunan akulah tanah akulah air... jika aku tiada pastikah sebuah bangunan bisa terjadi? jika aku lemah dan tidak bermaya serta begitu goyang, adakah aku mampu mengharungi kehidupan yang begitu kejam. 

ramai yang berusaha menjatuhkanku, ramai yang berusaha menyakitiku, ramai yang berusaha mempermainkanku...  walaupun perit namun ku terima.. hatiku pernah seakan-akan di tusuk pisau dan di calar balarkan beberapa kali kerana aku di sisihkan.. hatiku pernah di pijak dan di remuk kerana aku di permainkan.. dan jujurlah aku katakan, kedua-dua belah tanganku inilah yang pernah mencalar balarkan dirinya sendiri.. kerana apa? kerana aku tidak mahu menyakiti hati insan lain jadi aku korbankan diriku.. aku melepaskan segala kesedihanku, kekecewaanku, dan sebuah kesakitan yang berpanjangan..

tindakan aku begitu bodoh... aku merasakan tiada yang mencintaiku, tiada yang menyayangiku... tapi sebenarnya cinta yang maha Kuasa begitu besar buatku.. tatkala air mataku mengalir, tatkala hatiku sakit dan perit, kasih dan sayangNYA menenangkan hatiku.. Air mataku akan mengalir deras apabila aku merasakan cintaNYA semakin jauh dariku.. 

kekejaman dunia membuatkan aku merasakan aku ingin hentikan saja kehidupan ini.. kebencian, dendam, iri hati, penipuan yang begitu banyak membuatkan aku rasa diriku memang benar-benar tidak di perlukan.. semakin ramai yang mencari jalan untuk menyakitiku semakin kuat hatiku untuk pergi.. namun kewarasan akal dan keteguhan iman sera keyakinanku kepada janji baikNYA membuatkan aku terus kuat untuk bangkit.. 

awan,angin,pokok,lautan, daratan,ikan, semut,burung merupakan temanku.. mereka memahami hatiku.. jadi tidak perlulah aku mematahkan sebatang rotan,tidak perlulah aku menyakiti diriku sendiri.. kerana masih ramai makhluk yang menyayangiku..

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu